-->

5 Sep 2014

Sinopsis Drama Selamat Pengantin Madu Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Ada drama baru di TV3 untuk Slot Lestary iaitu Selamat Pengantin Madu lakonan Aiman Hakim, Fasha Sandha, Eina Azman dan ramai lagi. Drama ni berkisarkan pada kisah suami isteri, kecurangan suami dan orang ketiga yg muncul dlm sesuatu perhubungan dan kehidupan bermadu. Mmg sedih cerita nih kan. Apa pun jom layan sinopsis drama ni dibawah yer.

Sinopsis Selamat Pengantin Madu
Fasha Sandha membawakan watak Hana seorang isteri mithali yang melaksanakan segala tanggungjawab sebagai seorang isteri kepada suaminya yang tersayang, Zul. Dalam usia 30-an, Hana merasakan dia telah mengecapi segala impiannya terutama dalam memiliki sebuah keluarga bahagia. Hana juga dikurniakan dua cahaya mata iaitu Isya dan Shafik. Hidup mereka juga agak mewah kerana Zul memegang jawatan tinggi di sebuah syarikat swasta. Hana digambarkan sebagai seorang wanita yang taat kepada suami dan hanya meluangkan masa lapangnya bersama keluarganya sahaja. Malah undangan rakan sepejabatnya terbatas apabila di luar waktu kerja.

Zul pula memang menjalankan tugasnya sebagai suami yang bertanggungjawab. Dilihat sentiasa ceria dan suka berseloroh, menjadikan Zul seorang yang mudah didampingi. Namun sebermula kisah ini dikembangkan, wujud seorang lagi watak antagonis lakonan Eina Azman sebagai Masmira. Kewujudan wataknya yang mulanya misteri kini menjadi tamparan hebat buat Hana. Apatah lagi apabila menerima sepucuk surat menceritakan wanita itu telah diperisterikan Zul.
Wanita mana yang sanggup dimadukan? Lantas dunia Hana gelap seketika cuba mencari kekuatan dalam menempuh dugaan dan pembohongan Zul. Sebaik mana juga Hana namun pasti ada sekelumit perasaan hati yang terguris. Namun, dengan jalan cerita yang unik, Hana menerima nasihat rakannya agar cuba menerima baik takdir yang menimpanya dengan melakukan perubahan positif.
Sedar bahawa anak-anaknya tidak boleh menerima kenyataan bahawa Zul telah menduakan ibu mereka menyebabkan Hana simpati dan tetap cuba menjayakan rumah tangganya. Namun niat baik Hana bakal berhadapan jalan sukar apabila Masmira menginginkan yang sebaliknya. Tamak dengan kasih sayang dan menginginkan perhatian penuh Zul, Masmira bakal cuba memiliki Zul sepenuhnya. Mampukah Hana bertahan? Apakah rancangan jahat Masmira? Saksikan “Selamat Pengantin Madu” di slot Lestary TV3.

4 ulasan:

  1. Seriously fasha comeii sebab jrg nmpk fasha pgg watak bertudung perhaps. Semoga ada baiknya utk dia kan. Cerita mcm sedih sgt la nk tgk huu

    BalasPadam
  2. geram tengok rambut Eina Azman dalam drama nie hahaha

    BalasPadam
  3. Menarik jgk cite ni.. Tp xbape berkenan dgn eina azman tu..

    BalasPadam
  4. Mmg x suka dgn Eina Azman....x pandai langsung berlakon...mcm dah xde org lain nak ambik....tapi ok lah watak dia tu pun sesuai dgn perangai dia...

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017