-->

3 Okt 2015

Make a Woman Cry - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Akhirnya aku habis juga menonton drama Korea yang best ni yang bertajuk Make A Woman Cry yang dilakonkan oleh Kim Jung Eun, Song Chang Eui, Ha Hee Ra, Lee Tae Ran dan ramai lagi. Aku terfikir jugak awalnya kenapalah diorang guna tajuk macam tu untuk drama ni hehehe tapi biasalah dalam drama ni memang banyak gak babak2 sedih gitu. Drama ni agak panjang juga episodnya iaitu sebanyak 40 episod, tapi bila korang dah start tengok drama ni memang tak boleh berhenti dah lepas tu sebab asyik nak tahu apa yang akan terjadi seterusnya. Satu yang aku perasan tentang drama ni ialah kalau korang tengok online memang susah nak cari yang full episode ada English Subtitle. Tak faham jugak kenapalah lambat diorang masukkan sarikata untuk drama ni, tapi kalau korang nak tengok online sekarang memang dah lengkap dah semuanya beserta sarikatanya sekali. Aku suka dengan gandingan hero dan heroin drama ni nampak sepadan dan serasi gitu, kisah cinta diorang juga sweet jer, slow and steady gitu walaupun berhadapan dengan pelbagai dugaan berat.
Selalunya drama yang banyak episod macam ni sememangnya berkisarkan tentang kisah kekeluargaan gitu. Seronok tengok kesemua watak dalam drama ni. Aku juga suka dengan karakter watak heroin drama ni yang digambarkan sebagai seorang yang tegas, pandai berlawan, baik hati, penyabar dan bijak, lagipun watak die ni merupakan bekas polis gitu. Selain itu aku juga suka tengok persaingan antara menantu dalam drama ni yang mana watak Na Eun Soo dan Choi Hong Gran sering bersaing antara satu sama lain untuk membuatkan anak mereka menjadi pewaris utama harta keluarga. Pelakon Lee Tae Ran yang membawakan watak C.Hong Gran tu ada iras2 pelakon Lee Da Hae laa sikit2 tang muke die tu hihihi. Apapun aku memang geram giler tengok perangai suami heroin cite ni, dah la curang pastu tak sedar diri plak tu, slumber jer menghina isteri die macam2. Isteri die ni mulanya sabar jerlaa dengan perangai suami die tu tapi last2 suami die tu kena gak penumbuk kat muka hehehehe.
Aku juga suka dengan fesyen rambut hero cite yang pelbagai jenis, awal episod rambut die pacak2, pastu rambut die belah depan pulak dan akhir sekali rambut belah tepi pulak hihi manakala heroin cite ni awalnya rambut die agak kerinting dan messy sikit kemudian dirinya makin cantik dengan gaya dan stail rambut yang lurus. Selain itu aku agak menyampah juga dengan perangai Na Eun Soo yang sangat tamakkan harta tu sampai sanggup merancang macam2, tapi seronok tengok die berperang psikologi dengan bapa mertuanyer tu untuk tengok sape yang akan berjaya akhirnya. Selain Na Eun Soo aku juga menyampah gak dengan adik ipar N.E.Soo merangkap suami C.Hong Gran iaitu Kang Jin Myung yang tak habis2 nak membela dan melindungi Na Eun Soo yang tamak tu. Berbanding kisah berebut harta di pihak Na Eun Soo tu, aku lebih suka dengan kisah hidup serta kisah cinta heroin cite ni iaitu Duk Kin. OST cite ni sesuai dengan juga dgn drama ni tapi aku xdela suka mana2 lagu dalam cite ni. Aku juga suka tengok hubungan baik Duk Kin dengan keluarga mertuanya nampak sweet jer.
Awalnya memang cite ni memfokuskan tentang kisah watak utama cite ni iaitu Duk Kin dan Kang Jin Woo tapi bila watak utama ni menghadapi konflik besar dan berpisah sekejap, cite ni dah berubah sikit bila terlampau memfokuskan pasal Na Eun Soo tu jer. Dah macam watak Na Eun Soo tetiba naik pangkat plak bila asyik fokus tentang die dan misi jahat die tu jer. Apapun Ending drama ni tetap sweet dan happy ending gitu bila ianya berakhir dengan majlis perkahwinan watak utama cite ni. Manakala ending untuk watak2 lain dalam cite ni juga dilakukan dengan baik sekali, kiranya macam nice ending for all gitu. Mula2 aku pun macam tak yakin nak tengok ke tidak drama Make a Woman Cry ni tapi bila sekali dah tengok memang terus tersuka sampai tak boleh berhenti untuk tengok episod yang seterusnya. Apapun aku bagi 8.5 bintang untuk drama ni. Jom tengok Sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Make A Woman Cry

Mengisahkan Duk Kin yang merupakan bekas Polis yang bersara selepas kematian anaknya. Duk Kin akhirnya membuka sebuah kedai makan di depan sekolah sebagai tanda mengingati anaknya itu. Die kerap menjadi pelindung kepada pelajar sekolah yang menjadi mangsa buli di sekolah tersebut. Dirinya turut berkenalan dengan seorang guru lelaki sekolah tersebut yang bernama Kang Jin Woo, yg mana K.Jin Woo gemar singgah makan di kedainya. Lama-kelamaan diorang menjadi semakin rapat, tambahan lagi Kang Jin Woo juga telah kematian isterinya dan mempunyai seorang anak lelaki. Manakala Duk Kin pula dalam proses penceraian dengan suaminya yang curang. Ketika mereka saling menyintai, timbul konflik apabila adik bongsu K.Jin Woo bercinta dengan suami Duk Kin dan K.Jin Woo sebenarnya merupakan anak orang kaya. Walaubagaimanapun Bapa Kang Jin Woo sangat menyukai Duk Kin untuk menjadi menantunya.
Timbul perasaan tidak selesa dikalangan kakak2 ipar (Na Eun Soo) Kang Jin Woo mengenai kehadiran Duk Kin dalam keluarga mereka kerana risau Duk Kin akan mempengaruhi K.Jin Woo untuk bekerja dlm syarikat bapa mertua sekaligus menjadi pewaris. N.Eun Soo mula mencari jalan untuk memisahkan mereka. Akhirnya Duk Kin mengetahui satu kebenaran terbesar yang mana anak Kang Jin Woo iaitu Yoon Suh merupakan penyebab utama anaknya mati. Duk Kin mendapati dirinya sangat sukar untuk memaafkan Yoon Suh dan seluruh keluarga K.J.Woo. Mereka sama2 terseksa tapi masih merasakan cinta di hati antara satu sama lain. Apa yang bakal berlaku seterusnya?

2 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017