Settle menonton drama Korea Twenty Again yang dilakonkan oleh Choi Ji Woo, Lee Sang Yoon, Choi Won Young dan ramai lagi. Drama ini mempunyai 16 episod dan baru saja habis ditayangkan di Korea pada 17 Oktober yang lalu. Setahu aku memang ramai yang suka tengok drama ni selain drama She Was Pretty betul tak? hehehe. Jalan cerita drama ni boleh tahan gak, ianya memberi banyak pengajaran dan inspirasi gitu. Di permulaan cerita memang stress tengok watak utama cite ni iaitu Ha No Ra yang agak lemah dan terlalu bergantung pada suaminya Kim Woo Chul. Makin stress bila tengok sikap suami dan anaknya yang memandang rendah padanya. Tapi mujurlah semuanya akan mula berubah nanti bila Ha No Ra mula yakin diri dan menjadi dirinya yang dulu. Begitu juga dengan anak lelaki Ha No Ra iaitu Min Soo yang akan berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.
Choi Won Young sebagai Kim Woo Chul berterusan memegang watak bad guy dalam drama korea ni hehehe, selepas memegang watak pembunuh psiko dalam cite I Remember You, die sambung lagi pegang watak jahat tapi kali ni xde laa jahat sangat cuma die jadi suami yang tidak menghargai isterinya. Manakala Lee Sang Yoon pula memegang watak sebagai Cha Hyun Seok, yang merupakan kawan sekolah Ha No Ra. Aku tak berapa berkenan dengan style rambut Lee Sang Yoon dalam cite ni hehehe nampak macam serabut jer. Apapun memang kesiann juga dengan Ha No Ra tu bila dirinya dipulau masa belajar kat Universiti tu disebabkan faktor usia. Banyak gak adegan2 flash back zaman Ha No Ra dan Cha Hyun Seok bersekolah dulu. Bila ada adegan2 flash back ni mulalah timbul pelbagai persoalan kenapa sikap Ha No Ra berubah dsbnya.
Aku suka tengok hubungan baik Ha No Ra dengan 2 student tu, sorang student lelaki dan sorang student perempuan, diorang ni satu group untuk kelas C.H.Seok. Cuma aku tak puas hati apabila Ha No Ra berhenti belajar dari Universiti tu di penghujung cerita walaupun die dah selesa dengan pembelajarannya. Sayang die tak habiskan pelajarannya tu, tapi Ha No Ra ada sebabnya tersendiri kenapa die putuskan untuk berhenti belajar. Lepas habis drama ni, drama Reply 1988 akan bersiaran, aku tak tonton pun lagi drama Reply 1997 dan Reply 1994, tup tup dah ada siri ketiga dah yang mana jalan cerita semua berlainan antara satu sama lain. Berbalik pada cite Twenty Again ni, agak lawak juga bila tengok sikap Cha Hyun Seok yang kebudak-budakan apabila die bersama Ha No Ra. Part tak leh blah sekali bila K.Woo Chul nak kembali dan dapatkan cinta Ha No Ra semula.
Rating drama Twenty Again ni pun agak tinggi juga manakala Lagu Tema/OST drama ni juga boleh tahan, ada gak lagu2 yang sedap didengar tapi takdela sampai aku rasa nak download ker aper kan. Berbanding kisah Ha No Ra di Universiti tu, aku lebih gemar dengan kisah hidupnya dengan K.Woo Chul tu. Walaubagaimanapun drama Twenty Again ni bukanlah drama favourite aku tapi aku still tengok sampai habis episod hehehe bukan aper cuma aku nak tahu kisah hidup Ha No Ra dari dulu sampai laa sekarang. Ending drama ni mestilah happy ending, walaupun di episod 15 tu menunjukkan H.No Ra tidak menerima cinta Cha Hyun Seok dan membuatkan penonton risau dengan ending cite ni, namun seperti yang dijangka ending cite ni memang memuaskan hati semua penonton. Apapun aku bagi 7 bintang dari 10 bintang untuk drama Twenty Again ni.
Sinopsis Twenty Again
Ha No-ra once dreamed of becoming a dancer, but she unexpectedly became pregnant at age 19 and had to quit school and get married. For the next two decades, her life revolved around being a housewife and mother. Now 38 years old and on the brink of divorce, No-ra is mistakenly diagnosed with terminal pancreatic cancer and given a six-month prognosis. So she decides to go back to school and experience college life for the first time. Among the incoming freshmen are her own 20-year-old son Kim Min-soo and his girlfriend Oh Hye-mi, who are horrified to have No-ra as their classmate. Unbeknownst to No-ra, her intellectual snob husband Kim Woo-chul recently accepted a job teaching psychology at the same university, and her prickly theater arts professor turns out to be Cha Hyun-seok, who had a crush on No-ra in high school.
Jom Baca gak --> Ciri - Ciri Lelaki Yang Nampak Seksi Di Mata Wanita..
my sister pun minat citer2 kt atas ni
BalasPadamJom Terjah : Fesyen Lelaki Popular yang.. Perlu ke?
berbaloi tak tgk?? huhu
BalasPadambila lah nk tgk ni.asyik xde masa jeee.
BalasPadam@Yana Libra berbaloi jugak sbb byk pengajaran gitu
BalasPadambest citer ni
BalasPadamciter cinta kapel yg dh matang..sweet jer..
Nak tanya.. awak download ke tgk on9 je citer2 korea ni? Sy nak cari website utk download citer2 lama tp x jumpe. Skrg ni sy download dr http://myasiantv.se jer.. tp citer lama xde. Huhuhu..
BalasPadam