-->

28 Okt 2015

Sinopsis Drama Kau Aku Kita Slot Lestary TV3

Assalammualaikum..
Drama Kau Aku Kita adalah drama terbaru di Slot Lestary Tv3, yang akan bersiaran mulai 28 Oktober ini menggantikan drama Lari Mira yang telah tamat episodnya. Drama Kau Aku Kita ni dilakonkan oleh Janna Nick, Syarul Ridzwan, Isey Titan, Adeline Tsen, Hafidz Rashdi dan ramai lagi serta mempunyai 13 episod. Selain itu Drama ni merupakan adaptasi daripada Novel Kau Aku Kita karya Orkid Edyliyne. Dari Sinopsis cite ni memang nampak macam best jer drama ni kan, so jom layannn Sinopsis drama ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Kau Aku Kita

Kau, Aku, Kita memperkenalkan dua karakter penting yang berkongsi nama yang sama, Iman Firdaus. Si gadis lebih senang disapa dengan nama Iman (Janna Nick) manakala si jejaka dipanggil ringkas dengan nama Aus (Syarul Ridzwan). Nama yang sama namun perwatakan mereka berbeza. Iman merupakan seorang gadis yatim piatu dan terpaksa bekerja keras bagi menyediakan keperluan adik-adiknya. Semuanya bermula kerana pinjaman lintah darat yang memporak-perandakan kehidupan Iman. Berbeza dengan Aus yang hidup serba mewah dan merupakan artis ternama yang digilai ramai. Jika iman diancam gengster kerana terpaksa melunaskan hutang, Aus pula diancam dengan para peminatnya yang ingin menjadikan dirinya sebagai pasangan kekasih.
Lebih menarik apabila pertemuan Iman dan Aus adalah kerana mereka berkongsi nama yang sama. Iman dikejar geng lintah darat ketika dia mencari pekerjaan manakala Aus pula menyamar sebagai orang biasa bagi lari dari dunia glamornya. Penjahat yang menjerit nama ‘Iman Firdaus’ menyebabkan mereka berdua menggelabah dan berlari bersama. Kekeliruan itu menjadi detik pertemuan mereka. Apa yang pelik bagi Aus ialah Iman langsung tidak mengenalinya sebagai seorang selebriti. Jawapannya mudah kerana Iman sendiri tidak mampu mempunyai televisyen apatah lagi masa untuk menontonnya.

Dalam masa yang sama, Aus sering ditanyakan ayahnya, Dato’ Ashari Irfan seorang ahli perniagaan berjaya yang tidak tahan mendengar cerita gosip mengenai anaknya yang dikaitkan dengan ramai pelakon dan model wanita. Ayah Aus seorang yang rendah diri namun permintaannya mudah agar Aus segera menamatkan zaman bujangnya dengan sesiapa sahaja tanpa memilih pangkat dan status. Aus tertarik dengan Iman yang tidak mengenali dirinya langsung lantas memikirkan bahawa Iman adalah jodohnya yang paling tepat. Aus dengan segera melamar Iman. Iman tidak tahu sama ada dia mampu mencintai Aus tetapi dia tahu tanggungjawabnya adalah untuk memberi kesenangan kepada adik-beradiknya. Aus berjanji untuk melangsaikan hutang Iman bagi mereka memulakan hidup baru. Mampukah perkahwinan tanpa landasan cinta membawa mereka kepada kemanisan berumah tangga? Mampukah Iman bertahan dengan dunia glamor Aus? Adakah Aus berjaya menambat wanita polos sesuci Iman?

Lagu Tema / OST Drama Kau Aku Kita
-> Kau Bagai Udara nyanyian Bahrain

3 ulasan:

  1. mau jatuh jantung tengok keletah semua 'iman' ni, maunya tidak.. asyik dok jerkah je...ai, sabar ajelah..

    sib baik dah baca novel dia, memang sebijik la...tapi menjadik la watak diorang..

    BalasPadam
  2. mcm mana boleh terlepas nie..best best !! nak kena tgk nie..
    tq for sharing info!!

    BalasPadam
  3. Bru hbes tgok eps 2 td..best sgat sbab lawak diorg ni..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017