Assalammualaikum..
Akhir-akhir ini kaftan sering menjadi
alternatif favourite ramai wanita yang ingin tampil bergaya untuk ke
majlis-majlis istimewa. Apa yang digemari mengenai kaftan adalah ia berpotongan
loose dan sememangnya memberikan keselesaan yang ideal kepada para pemakai.
Bukan itu sahaja, koleksi kaftan ini juga sesuai dipakai oleh semua wanita
tidak mengira umur dan bentuk badan. Bagi anda yang juga menggemari koleksi
kaftan, berikut merupakan 4 rekaan terkini atau kaftan new styles yang boleh
anda temui di pasaran:
Style 1
Berikut merupakan rekaan asal kaftan
di mana bahagian badan dan lengan adalah loose tanpa apa-apa ubahsuaian. Rekaan
ini paling diminati ramai wanita dan sering digayakan untuk menghadiri
majlis-majlis keramaian seperti majlis perkahwinan.
Style 2
Rekaan
kedua pula dengan sedikit ubahsuai pada bahagian lengan kaftan. Rekaan jenis
ini lebih mudah digayakan oleh wanita bertudung kerana tidak memerlukan mereka
untuk memakai inner untuk menutupi kawasan lengan yang terdedah.
Style 3
Bagi
rekaan yang seterusnya pula adalah dengan penggunaan belt sebagai aksesori
tambahan. Mungkin sesuai bagi wanita yang bertubuh langsing, namun bagi wanita
yang bertubuh gempal, anda boleh mencabut belt tersebut untuk mengelakkan
daripada anda kelihatan ‘besar’ ketika menggayakan kaftan tersebut.
Style 4
Dan rekaan yang ke 4 adalah koleksi
kaftan pendek yang boleh anda gayakan bersama pemakaian jeans mahupun skirts.
Rekaan jenis ini juga boleh anda pakai sebagai pakaian kasual anda.
tak pernah beli kaftan nie...dulu dulu panggil baju kelawar...hihihi...
BalasPadamCantik-cantik semuanya, tak berani nak pakai kaftan nanti nampak lagi berisi..huarghhh.. ;)
BalasPadamcantik2 semuanya..
BalasPadamBaju kaftan ni lebih kurang la ea dengan baju kelawar..hehe
BalasPadam