-->

14 Mac 2016

I Have A Lover - Sesi Review Drama Korea

Assalammualaikum..
Settle sudah tengok Drama Korea yang bertajuk I Have a Lover ni yang tamat episodnya pada 28 Feb yang lalu. Drama ini dilakonkan oleh Kim Hyun Joo sebagai watak Do Hae Gang dan Dokgo Yong Gi (watak kembar), manakala hero cite ni adalah Ji Jin Hee sebagai Choi Jin Eon, Park Han Byul sebagai Kang Seol Ri, Lee Kyu Han sebagai Baek Seok dan ramai lagi. Drama ni bergenre Melodrama dan mempunyai 50 episod. Awalnya aku malas nak tengok drama ni sebab episodnya agak banyak dan aku juga tak berapa suka dengan hero dan heroin drama ni, tapi aku tersuka plak dengan pelakon pembantu dalam drama ni sebab lawa dan hensem hahaha. Dalam tak pasti tu aku tengok gak drama ni, n bila dah tengok cite ni memang best gak especially part wujud orang ketiga tu, memang suspen n menarik jalan cerita drama ni terutamanya di permulaannya.
Cerita ni bermula dengan hubungan dingin antara Do Hae Gang dan suaminya Choi Jin Eon selepas kematian anak tunggal perempuan mereka. Disebabkan sikap Do Hae Gang yang tegas serta sukar untuk menunjukkan kesedihannya di hadapan suaminya itu membuatkan Choi Jin Eon berasa makin benci dengan sikap isterinya itu lalu menumpukan perhatian pada kerjanya saja. Di tempat kerja, C.Jin Eon berkenalan pula dengan seorang perempuan muda lagi cantik yang bernama Kang Seol Ri dan K.Seol Ri menjadi pembantu C.Jin Eon di tempat kerja. Disebabkan sikap Kang Seol Ri menyerupai sikap isterinya ketika zaman2 mereka bercinta dulu menyebabkan C.Jin Eon tertarik pada Kang Seol Ri, manakala K.S.Ri pula benar2 sudah jatuh cinta pada C.J.Eon. Do Hae Gang yang menyedari situasi ini mula bertindak dan memberikan amaran pada K.S.Ri agat tidak mengganggu suaminya itu. Amaran dari Do Hae Gang itu merupakan satu cabaran bagi Kang Seol Ri dan membuatkan dirinya makin berani untuk menggoda Choi Jin Eon. Memang stress bila tengok Kang Seol Ri tu bukan main lagi untuk cuba membuatkan C.Ji Eon mencintainya. Rasanya masa ni memang ramai penonton akan membenci wataknya itu.
Antara part paling sedih adalah masa Do Hae Gang merayu serta melutut dihadapan Kang Seol Ri agar dirinya tidak lagi menggangu rumahtangga mereka namun gagal bila K.S.Ri buat tak endah jer. Geram jer tengok perangai K.S.Ri masa ni. Satu lagi scene masa Do Hae Gang cuba bunuh diri di depan suaminya dan K.Seol Ri tu lepas lihat kemesraan diorang berdua. Suaminya berjaya selamatkan D.Hae Gang tu dan menjaganya sampai die sedar. Bila die dah sedar, suami die pergi balik kat K.Seol Ri dan nak bercerai dengan Do Hae Gang tu. Serius memang geram tengok perangai Choi Ji Eon dan K.S.Ri masa ni, dua2 sama benggong hahaha. Pastu satu lagi scene masa Choi Ji Eon merayu kat bapa die suruh bapa die paksa D.H.Gang tandatangan surat cerai semua sebab die dah benci sangat kat D.H.Gang tu. Memang emosi sikit tengok perangai Choi Ji Eon masa ni, pastu bila dah cerai boleh plak C.Ji Eon dan Kang Seol Ri tu sama2 gi luar negara untuk sambung belajar selama 4 tahun. Part paling x leh blah bila C.Ji.Eon tu balik n jumpa semula dengan Do Hae Gang yang dah hilang ingatan tu, die akan mula suka dan terhegeh-hegeh semula dengan ex-wife die tu. Pastu nanti K.Seol Ri tu plak yang akan rasa benda yang sama macam yang D.H.Gang rasa masa dulu tu.
Kesian tengok Baek Seok sebab cintanya bertepuk sebelah tangan tu, die ni punyalah cintakan Do Hae Gang namun D.Hae Gang tu tetap sukakan ex-husband die tu. Tapi bila die ada masalah atau sedih die akan cari Baek Seok ni sebab die tak suka nak bebankan ex-husband die tu. Benda ni pun turut berlaku kat K.Seol Ri bila die gagal untuk buat Choi Ji Eon lupakan Do Hae Gang. Paling best Baek Seok dan K.Seol Ri ni adik beradik angkat sebenarnya, Baek Seok tu abang angkat K.Seol Ri, memang kesian plak masa ni kat diorang, tragis betul sebab cinta diorang tu bertepuk sebelah tangan. Apapun memang rasa tak puas hati bila D.Hae Gang tu tak terima lamaran Baek Seok yang sangat baik hati tu sebaliknya tetap sukakan bekas suaminya tu. Lagu Tema/ OST drama I Have A Lover ni sangat sedap okey, aku suka dengan lagu tema cite ni, sedap jer dengar. Apapun kisah cinta tiga segi diorang ni smeua akan berakhir di episod 42 macam tu, sebab selepas tu drama ni akan memfokuskan tentang kisah Do Hae Gang yang cuba melawan bekas bapa mertuanya yang membunuh bapanya serta bekas abang iparnya yang cuba membunuh dirinya dan juga adik kembarnya. So ada banyak jugalah scene2 di mahkamah dan sebagainya, tambah2 lagi D.Hae Gang dan Baek Seok tu memang peguam.
Di penghujung episod drama ni nampaklah yang Baek Seok dan Kang Seol Ri tu dah move on dan tak mengharap cinta lagi dari Do Hae Gang dan Choi Ji Eon. Diorang juga macam dah bertemu pengganti namun tak ditunjukkan pula percintaan diorang semua. Aku juga jadi kesian tengok watak Min Tae Seok yang jadi pelarian tu sebab takut kena tangkap dengan polis tu tapi dulu punyalah jahat kan. Aku juga takdelah tengok kesemua episod drama ni sebab ada gak yang aku langkau/skip hehehe sebab rasa menyampah dan malas nak tengok. Pastu aku sambung balik tengok n di penghujung cerita drama ni aku dah hilang minat nak sambung tengok drama ni, so aku just baca sinopsis/ recap setiap episod, bermula dari episod 43 hingga 50. Manakala ending drama ni memang happy ending lah kan sebab Choi Ji Eon dan Do Hae Gang akhirnya berkahwin semula. Pendek katanya drama ni bermula dengan baik dan berjaya menarik perhatian penonton namun di pertengahan cerita, jalan cerita dah sedikit bosan bagi aku. Manakala di penghujung cerita aku dah jadi hilang minat untuk terus menonton n just baca recap jer.
Selain tu ramai gak penonton yang tertanya-tanya apa jadi dengan adik kembar Do Hae Gang iaitu Dokgo Yong Gi tu?. Lepas Dokgo Yong Gi tu ngan anaknya serta doktor tu sama2 gi US, dah takde tunjuk langsung apa jadi dengan kisah diorang tu. Adakah D.Yong Gi tu akan kahwin ker dengan doktor tu? n takkan lah doktor tu tak balik semula sebab abang die dah masuk penjara kan. Apapun ada part2 yang menarik perhatian aku, ada gak yang bosan. Apapun drama ni masih okey dan sesuai untuk ditonton dan aku bagi 6.5 bintang dari 10 bintang untuk drama ni. Hero drama ini iaitu Ji Jin Hee pernah beberapa kali muncul dalam Running Man manakala Park Han Byul pernah mucul sekali dalam RM episod berapa ntah hehe.

4 ulasan:

  1. tengah follow ceta ni..adik kembar dia dalam episod berapa eh????

    BalasPadam
  2. Best cerita Ni. Lagi2 bila perempuan yg feminist cair di tangan lelaki yg kira nakal. True love will always win.. And nice guy like baek sok will always finish last. Tapi kesian gak Kat baek sok dapat awek downgrade Gila dari do hae gang

    BalasPadam
  3. Salam.. saya pun layan citer ni.. memang best giler citer ni.. hehe.. siap rakam lagi tu.. so boleh tengok berulang kali.. hahaha.. bab lagu dalam citer ni memang semua nya best giler terutama lagu yang dinyanyikan penyanyi Ryu-Year(세월) dan Lee Eun Mi-Us Two(우리 두 사람)

    만나서 반갑습니다,
    Aryani Binti Azwar

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017