-->

14 Ogo 2016

Sweetheart By DD Cosmetics Pilihan Hatiku

Sweetheart By DD Cosmetics Pilihan Hatiku

Assalammualaikum..
Penggunaan Minyak Wangi atau Perfume dah jadi satu kemestian untuk semua orang sama ada lelaki dan juga wanita. Di pasaran sekararang pun ada pelbagai jenis Perfume yang pelbagai bentuk, sama ada keluaran tempatan mahupun luar negara. Baru-baru ni aku berpeluang menjadi peserta bertuah untuk mencuba Minyak Wangi Sweetheart By DD Cosmetics. Apabila terpilih mestilah seronok kan, tambahan lagi berpeluang mencuba dan menggunakan perfume Sweetheart ni. Lagi pun sape yang tak suka untuk berbau wangi sepanjang hari. Susah nak jumpa perfume yang betul-betul wangi dan tahan lama sehingga 12 jam gitu. Tambahan lagi aku ni jenis yang suka pakai perfume walaupun hanya berada dalam rumah saja. Rasa macam tak lengkap hidup, kalau tak sembur perfume tu, walaupun hanya berada dirumah dan tak keluar ke mana-mana. Pendek katanya aku ni jenis yang suka berbau wangi sepanjang masa gitu hehehe. Tertarik betul aku dengan botol minyak wangi Sweetheart ni, comel betul, rasa macam nak beli banyak-banyak gitu, Selain itu minyak wangi Sweetheart ni juga merupakan minyak wangi yang paling wangi yang pernah aku cuba. 
Minyak Wangi Sweetheart ni khusus untuk wanita tapi untuk golongan lelaki pun ada juga, iaitu minyak wangi Braveheart. Korang mesti tertanya-tanya apa yang bestnya guna minyak wangi / perfume Sweetheart keluaran DD Cosmetics ni?. Mari sini ramai-ramai aku nak bagitau apa yang syoknya guna minyak wangi Sweetheart ni. Firstly mestilah sebab baunya yang mekar mewangi di sanubari ini disamping halal, suci dan mesra solat. Kiranya korang tak perlu rasa ragu-ragu dan boleh menggunakan minyak wangi sweetheart ni dimana saja dengan rasa yakin gitu. Kalau korang nak tahu pati minyak wangi Sweetheart dan Braveheart diimport dari Paris dan kemudian ekstrak haruman ini diformulasikan mengikut kesesuaian dan citarasa pengguna Malaysia, patutlah wangi betul kan. Berdasarkan pengalaman aku guna minyak wangi Sweetheart ni, memang bau wanginya tahan lama sehingga 8 hingga 12 jam. Baru spray sikit kat tangan dah rasa wangi, tambahan lagi baunya yang kuat membolehkan baunya tahan lama serta segar. Bila diri dah berbau wangi tu, barulah rasa confident kiranya macam membangkitkan semangat gitu. Bau harumannya setanding dengan jenama antarabangsa,
Selain itu saiz botol minyak wangi yang tidak terlampau besar memudahkan untuk dibawa kemana-mana saja contohnya pergi travel, pergi kerja dan lain - lain lagi. Harga perfume Sweetheart ni juga murah dan sangat berpatutan iaitu RM 49.90 untuk Semenanjung dan 59.90 untuk Sabah dan Sarawak. Pendek kata memang tak rugi memiliki minyak wangi Sweetheart ni kerana sangat berbaloi baloi gitu. Untuk keterangan lanjut dan cara-cara nak membeli perfume ini mahupun menjadi ejen ataupun stokis, korang boleh rujuk maklumat kat bawah ni k..

--> Whatsapp: 0192018014 / 0192018015

Tunggu apa lagi, jangan lupa dapatkan perfume Sweetheart di pasaran sekarang, sebagai penutup review ini, jom berpantun sekejap hehehe..

Menunggu teksi untuk ke Bangi,
Singgah sebentar ke Kajang untuk membeli buku,
Tercari - cari minyak wangi mana yang paling wangi,
Tentulah Sweetheart By DD Cosmetics pilihan hatiku,

Giveaway Minyak Wangi Braveheart & Sweetheart DD Cosmetics : Review Produk dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh DD Cosmetics. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.


1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017