Sinopsis Telemovie Fatonah Azali Cerekarama TV3
Telemovie Fatonah Azali akan disiarkan di Slot Cerekarama TV3 pada 2 Disember ini sempena sambutan Maulidur Rasul. Antara Pelakon Telemovie Fatonah Azali ini adalah Nad Zainal, Redza Rosli, Raja Azura, Sharifah Sakinah, Zaibo, Mustaqim Baharom, Shahronizam Noor dan ramai lagi. Selain itu Telefilem Fatonah Azali ini diarahkan oleh Shuhaimi Lua dan diterbitkan oleh Tanah Beris Film Production. Kalau tengok dari iklan di TV dan sinopsis telemovie ini, memang nampak menarik dan best gitu, pelakon - pelakon telemovie ini juga hebat - hebat belaka. Jadi haruslah tonton nanti kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye.
Sinopsis Telemovie Fatonah Azali Cerekarama TV3
Azali pulang ke kampung halaman setelah 7 tahun meninggalkan kampung tercintanya itu demi mencari kehidupan yang lebih baik di bandar. Dia terkejut apabila mendapat tahu bahawa ayahnya, Pak Tam baru menikah dengan Fatonah, yang merupakan seorang gadis terencat akal dan jauh lebih muda daripadanya. Pak Tam menikahi Fatonah kerana terhutang budi dengan bapa gadis itu. Kehidupan Fatonah berubah apabila Pak Tam meninggal dunia dan mengamanahkan Azali untuk menjaga Fatonah dengan baik dan menghormatinya bagai ibu sendiri. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Dapatkah Azali menjaga Fatonah dengan sebaiknya?.
Ending Fatonah Azali ini agak menyedihkan jugalah.
Jom Baca ini juga ➔ 9 Tips Penjagaan Kulit Terbaik Bagi Mereka Yang Rajin Travel!
Ending Fatonah Azali ini agak menyedihkan jugalah.
Jom Baca ini juga ➔ 9 Tips Penjagaan Kulit Terbaik Bagi Mereka Yang Rajin Travel!
Baru tengok cerita ni tadi..keliru sikit tentang hukum kahwin dengan ibu tiri..di akhir cerita Azali nikah dengan Fatonah yg sebelum ni dah bernikah dengan ayahnya..
BalasPadamKalau ikutkan kata2 org kampung tu, Pak Tam baru merancang nak kahwin, belum kahwin lagi. Kan? Sbb tu Azali boleh kahwin dgn Fatonah.
PadamFatonah kan terencat..pak tam kawen dgn dia..tp x melakukan hubybgan seks.. jd perempuan yg di kahwini dan tidak disetubuhi tidak haram dibkahwini oleh anak tiri..yg haram di kahwini selama2nya apabilaibu tiri ini telah di campuri atau di setubuhi.. maka haram selama2nya kepada si anak menikahi ibu tirinya ni.. wallahu aklam.. sekadar kongsi pengetahuan yg ada..betulkan kalau saya salah yer
Padamsalam..bole tau jwapan utk sokln ni? dlm cter tu pak tam bukn baru nk merancang tp da kawin da pon klu x silap..org kg pon da tau pak tam kawin lg 1..so ap hukum kawin mak tiri ni?mtk pncerahan..
BalasPadambukan pak tam belum menikah lagi ke dgn Fatonah tu?, saya kurang jelas juga dgn hukum kahwin mak tiri ini, hope nanti ada yg bagi komen pasal isu ini..
BalasPadamKalau x silap, ibu tiri ni kalau belum bersama ayah, lepas bcerai atau kmatian suami tu boleh kahwin dgn anak lelaki tu. Tp kena belum 'bersama'
BalasPadam