Sejarah ASEAN
Hari ini jom belajar Sejarah sikit hehehe, rindu pula dengan subjek Sejarah masa sekolah dulu - dulu hehe. Jom kita ketahui serba sedikit mengenai Sejarah ASEAN ini okey. Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) mula dibentuk dengan penubuhan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Persatuan Asia Tenggara (Association of Southeast Asia atau ASA) yang dianggotai oleh Filipina, Malaysia dan Thailand pada tahun 1961. ASA merupakan asas kepada pembentukan ASEAN sekarang. pada 8 Ogos 1967, lima pemimpin - Menteri Luar Indonesia, Filipina, Malaysia, Singapura dan Thailand (Adam Malik, Narciso R. Ramos, Tun Abdul Razak, S. Rajaratnam dan Thanat Khoman) - duduk bersama di dewan utama Jabatan Hal Ehwal Luar di Bangkok, Thailand dan menandatangani satu dokumen yang kini dikenali sebagai "Deklarasi ASEAN". Brunei menganggotai ASEAN pada 8 Januari 1984 iaitu seminggu selepas mencapai kemerdekaan. Hanya selepas 11 tahun kemudian barulah ASEAN menerima anggota baharu. Vietnam menjadi anggota yang ketujuh pada 28 Julai 1995. Laos dan Myanmar menjadi anggota dua tahun kemudiannya, iaitu pada 23 Julai 1997. Walaupun Kemboja sudah menyertai ASEAN bersama-sama Myanmar dan Laos, negara itu terpaksa menangguh disebabkan masalah politik dalam negara tersebut. Kemboja menyertai semula ASEAN pada 30 April 1999.
Gambar di atas credit to Harian Metro.
Sumber: Wikipedia
Bagus untuk kita ambil tahu soal sejarah sebab ada banyak pengajaran dari orang dulu
BalasPadamSalam perkenalan
Wahh belajar sejarah pulak Fatin malam ni. Hehee teringat dulu kelas sejarah je mesti tidur. Hahaaa :p
BalasPadamVery good info
BalasPadamteringat belajar ni time study dulu
BalasPadamawesome
BalasPadamlebih teliti dan warna warni