Drama Hot Chocolate & Tea Lady adalah drama terbaru di slot Selekta Prima TV2 RTM yang disiarkan bagi menggantikan drama Lara Syakila yang telah tamat episodnya. Antara pelakon drama Hot Chocolate & Tea Lady ini adalah Nafiez Zaidi, Afifah Nasir, Farah Wahida, Ungku Hariz, Kay Maria dan ramai lagi. Drama Hot Chocolate & Tea Lady ini sudah mula bersiaran di TV2 sejak 29 Januari 2020 yang lalu, setiap Isnin hingga Khamis, jam 8.30 malam. Drama ini juga adalah adaptasi daripada Novel Hot Chocolate & Tea Lady karya Ramlah Rashid. Selain itu drama Hot Chocolate & Tea Lady ini mempunyai 13 episod dan diarahkan oleh Dato Ahmad Tamimi Siregar serta diterbitkan oleh Filmer Network Distribution Sdn Bhd. Nampak menarikkan drama ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye.
Sinopsis Drama Hot Chocolate & Tea Lady - Drama Adaptasi Novel
Pertemuan pertama di pantri membuatkan Adam Aiman menyangka Shaza Amira sebagai ‘tea lady’baru meskipun penampilan gadis itu langsung tidak menyamai pekerjaan itu. Dengan pakaian Muslimah moden yang ‘trendy’ dan berjenama, Shaza Amira layak dianggap seorang pengurus muda atau anak pengarah syarikat. Tetapi kerana ego berdepan gadis yang cerdik dan cantik, Adam Aiman sengaja menyakiti lebih-lebih lagi apabila mengetahui gadis itu adik tirinya. Shaza Amira mengikut sahaja rentak abang tirinya, saling membenci dan berdengki. Setelah lama mengenali keperibadian Shaza Amira, diam-diam Adam Aiman jatuh cinta dan berangan-angan mahu memperisterikan adik tirinya itu.
Tetapi tidak seperti yang diangankan Adam Aiman, Shaza Amira masih merindui kekasih awalnya. Mulut berkata tiada lagi cinta, tetapi hati masih mengenang Zafreil. Mereka berjumpa tanpa disangka lalu cerita lama disambung dengan sengaja. Sengketa angkara orang ketiga terus dilupakan. Cinta Zafreil pada Shaza Amira membenihkan dendam dalam hati Elsa. Bukan kerana cinta plastiknya pada Zafreil membuatkan Elsa nekad menghapuskan Shaza Amira, tetapi kerana impian jahatnya, kakak tirinya mesti mati!. Berjayakah Adam Aiman memiliki Shaza Amira? Apakah cinta Shaza Amira dan Zafreil memahat semula dan berjayakah Elsa melunaskan misi jahatnya?
Jom Baca Ini Juga ➔ Baca Online Novel Hot Chocolate & Tea Lady karya Ramlah Rashid
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.