-->

15 Mac 2010

MTEST KPLi dan Isu guru berkhiDmat di PedaLaman




Aku akhirnya dh pun buat ujian MTEST utk KPLI tu..Alhamdulilah dpt gak aku merasa cmne la uat ujian tu..tpi terus terang aku kata yg aku x rasa leh terpilih ke peringkt temuduga..bukan x nak berpikiran positif..aku cuma berpegang pada hakikat..ada calon2 sebelum ni 7-8 kali uat ujian MTEST ni tp x lulus2 juga..

Soalan utk Mtest aku kali ni susah juga..penin..terutama bahagian Kuantitatif dan Analitikal..mengelirukan..alih2 apa lgi tembak sajalah dengan harapan jwpn yg ditembak itu betul..huhu..kawan aku kata kpli tahun ni nak pakai guru sikit je..iaitu dri 10,000 yg memohon hanya 1,800 calon saja yg terpilih..huhu..x tahula ada ke x rezeki aku..
Aku dh berusaha so tawakal jela kan..kalau dpt lepas ke peringkt temuduga tu pn kire ok la..tp biasala temuduga nya lgi la susah..huhu..tp sekurang-kurangnya dpt la gak pengalaman kan..berbalik pada cite Mtest sbtu ritu..aku dan mak aku serta ditemani kawan mak aku (yg aku pernah cite lurus bendul sikit tu)kuar umah dlm 7.30 pg naik teksi sapu..kami sampai awal..tercangak-cangak gak la nk cri tempat ujian ktne sbb luas gak Institut perguruan tu..masa tgh berdiri dok tgk2 tmpt..mber aku merangkap kawan sek,kwan satu universiti..pun dtg..jd lepak sekali ngan die dn 2 org rakan die..xdela takut sgt sbb jumpe geng kan..
Tmpt pun x pyh penin2 nk gi cri..ikut je depa hehehe..aku rasa lega sebab mak aku ada gak teman..xde la sorang2..

So setelah selesai uat Mtest aku dn mber aku turun dn mencari mak aku..turun2 je tangga nampak dh mak aku dok duduk dekat kerusi dgn mak2 org lain..x nmpk lak budak yg teman mak aku tu..aku tnya la mana pi budak tu..mak aku kata die dok gaduh nak balik…boyfren bangle die dok tepon dok ajak jumpe..jd die x senang duduk..die asyik nk pi jmpe boyfren die tu kt lorong kulit..hampeh tul budak ni..x leh harap lak…selalunya budak yg lurus bendul ni agak pasif or x berapa berani..ni terbalik lak..boleh pi naik bus sorang2..pandai cri tempat dan jalan..die ni bersekolah sampai drjh 5 je..emmm hampeh3x…tp pe pn die sempat la pi makan dulu ngan mak aku kt tmn saadon..sebelum patah balik kt IPG tu..kirenya die balik pas makan sume la..ok la kurang2 mak aku dh kenyang makan kan..Cuma mak aku kena tggu aku dlm 1 jam gak la..masa balik aku call teksi sapu yg aku naik td..n kwn aku td pun tumpang gak..so alhamdulilah selamat sumenya..tggu result jelaaa…

Sekarang ni heboh ttg Guru-guru baru akan diwajibkan mengajar di pedalaman dlm 3-5 tahun bagi mengelakkan system pendidikan Negara berada dalam kepincangan berikutan keenganan guru bertugas di kawasan berkenaan..Walaubagaimanapun, guru yg dihantar berkhidmat ke pedalaman bakal menerima beberapa ganjaran baru selain elaun maksimum RM 1,500 sedia ada sbg pembakar semangat dan supaya mereka tidak dirundung kesedihan apabila diarahkan ke kawasan itu..emm pada pendapat aku ada pro dan kontra ttg cadangan ni..emm aku sokong dgn cdgn guru2 bru dihantar ke pedalaman..namun ianya mestila dijalankan secara adil..Maksudnya, semua guru tidak boleh menggunakan org dalam atau pun org politik utk membuat sesuatu bagi pihak mereka agar tidak dihantar ke pedalaman..biar semua guru sama2 merasa susah dan senang disana..

Jika hal ini boleh diatasi..barula ianya adil utk semua guru…
Seperti yg kita tahu berkhidmat di kawasan pedalaman bukanlah mudah..terutamanya di sabah dan Sarawak..kekurangan byk kemudahan di kawasan pedalaman amat menyukarkan hidup para guru..oleh itu pihak kementerian harusla menyediakan kemudahan yg cukup dan sewajarnya pada guru…barula lebih ramai guru yg bersedia berkhidmat dgn hati terbuka disana..berdasarkan pengalaman guru2 lain yg aku dengar ketika mereka berkhidmat di kawasan pedalaman mmg amat menakutkan..bekalan elaktrik xde,kuaters guru yg teruk,bekalan air yg kotor or xde lgsng,kena mandi dan guna air sungai jer..,klinik yg jauh,kena redah hutan,naik sampan utk sampai ke sekolah..fuhh dengar je pun dah meremang bulu roma..mmg salute la pada guru2 yg boleh hadapi cabaran ni..aku sendiri pun x tahu leh ke x hadapi cbrn ni..aku harap pihak kementerian akan meningktkan kemudahan2 utk para guru di kwsan pedalaman bagi memberi keselesaan pada guru..jgn lepas tgn..buat derk je..guru yg tanggung azab..

Selain itu,guru2 yg mempunyai masalah kesihatan haruslah diberikan pertimbangan utk dikecualikan dri dihantar berkhidmat ke pedalaman..yela klinik di kwsan pedlman amat jauh dan guru2 amat sibuk utk ulang alik ke Bandar..sekiranya guru jatuh sakit lagila menyusahkan para pelajar..jadi diharapkan juga la rekod kesihatan seseorg guru diteliti terlebih dahulu..dan jgn pakai hantar jer…
Ni antara pandangan aku la..aku sendiri pun x tahu berpeluang ke x menjadi guru..huhu..apa2 pun kite sentiasala berusaha kearah yg lebih baik..

Sekiann….
p/s=dlm dok tggu keptusan mtest..berdebar juga dok tggu result dpli utk uat ujian Medsi tu..emm dpt ke x ek?? Tggu jelaaa…huhuhu
..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017