-->

27 Jun 2011

FuLL REviEw MaHaRaja LawaK+(AkhiR)-JoZaN tewas huhu.

Seperti yg dijanjikan hehe setelah sedih aku berkurangan sebab JoZan kalah so hari nih aku uat review seperti biasa sperti yg selalu aku buat pada minggu2 awal hingga sekarang..Okey kalau dari segi populariti mmg JoZaN amat2 popular..dan JoZan sHow akan disambung untuk musim ke-2 hehe (sumber:astro view)hehe..kalau kita tgk finalis yg bertanding peringkat akhir, keempat-empat mereka pernah berada di kedudukan Bottom Three okey..Sepah berada di kedudukan Bottom Three pada minggu ke-9..manakala JoZaN pula berada di kedudukan bottom three pada minggu ke-10 (Pisa Penang) Nabil pula dah beberapa kali di bottom three dalam 4-5 kali juga..Manakala JamBu berada di kedudukan Bottom three pada minggu ke 11(kuantan) & 12(J.B)..Kumpulan Sepah sentiasa konsisten dari minggu 1 lagi hingga ke akhir..x pernah x best..so tahniah Sepah kerana menang dan rasanya mereka layak menang atas konsistensi mereka setiap minggu..Manakala JoZan pula bermula dengan kurang memuaskan pada minggu pertama kerana mereka masih sukar menyesuaikan diri dalam suasana pertandingan..kerana telah amat lama meninggalkan pentas pertandingan.mereka sering santai dan spontan..setelah dikritik agak keras oleh Mamat KhaLid mereka bangkit dari mimpi indah mereka pada minggu ke-2 yg mana persembahan mereka ketika itu memang menghiburkan dan komedi mereka bertambah baik dan kelakar habis..maka wujudlah karakter Mael Lambung dan juga lagu Awan Nano nano nano nano nano nano nano nano hehehe…………

Mereka konsisten hingga minggu ke-6 kot lau x silap yg menampilkan sketsa mengurut yg langsung x lawak bagi aku..mcm berlatih last minit jer..n start minggu ke-8 diorang bangkit kembali dengan jayanya sehingga akhirnya..Manakala Nabil bermula dengan amat cemerlang dengan sketsa Salesman nyer yg kononnya menjual tali pinggang berkalendar dsbnya yg sgguh mencuit hati..Nabil terus cemerlang untuk tema muzikal komedinyer dengan sketsa pelayan dikedai makan serta lalatnya.dgn memilih lagu Grenade mmg terbaek bagi aku..Nabil terus berjaya sehinggalah pada minggu ke berapa ntah die sudah tidak menggunakan props hanya menggunakan sebuah kerusi dan die terus buat stand up komedi tanpa menggunakan apa2 props kecuali kerusi putih tuh..hal ini telah menyebabkan aku dan mungkin juga orang lain menjadi bosan kerana dah biasa melihat Nabil berlawak sebegitu..maka selepas itu kedudukan Nabil mula turun ke Bottom three..Nabil mula Suram hinggalah pada minggu ke 11 di Kuantan dengan Sketsa Uruit tapai Kakainyer hehe yg menggunakan banyak props seperti patung Spiderman dll serta segmen spontan yg mana petola dan kuali dijadikannya sebagai macam2 benda spt UFO,jam,Kompas,askar,Ular mengandung dan macam2 lgi mmg kelakarrrr…best..dan masa Final juga Nabil tidak menghampakan..tahniah Nabil walaupun tempat ke-3 jer..die yg paling kaYa dari yg lain haha sebab x yah bahagi2 duit..die yg terbanyak sekali dpt duit iaitu RM 150,000 Tanpa perlu bahagi dengan orang lain..Sebab Sepah kena bahagi 3 org duit tuh..JozaN pula kena bahagi dua org hehehe..kaya ko Nabil.

Perjalanan JamBu juga sama seperti NabiL..yg mana sketsa yg dipersembahkan amat cemerlang dari awal..malah ketika undian ditutup..mereka berada di kedudukan teratas sekali mengatasi yang lain selain dipuji juri melambung tinggi..setiap minggu…persembahan kump Jambu mula merosot pada minggu ke-11 untuk segmen ke-2 iaitu untuk segmen spontan tuh dimana seterika dan hair dryer tuh gagal dimanfaatkan sebaik mungkin oleh mereka sehingga berada di kedudukan bottom three bermula pada minggu tersebut..alasan mereka kerana mereka kurang latihan bersama sbb amat sibuk dgn shooting masa tuh..manakala untuk minggu ke 12 di J.B mereka terus merosot sehingga hampir2 tersingkir..dan akhirnya melalui imuniti mereka layak Ke FiNaL…haha begitulah serba sedikit rangkuman perjalanan awal finalis2 M.Lwk nih dri minggu awal hingga final..well aku ada buat review setiap minggu mengenai persembahan mereka sejak dari minggu pertama lagi..kalau rajin sila la search hehehe..okey kita masuk pada penilaian aku mengenai persembahan mereka di FinaL MahaRaja Lawak yg baru nih nyer..

1) SePah- Aku memilih Sepah berada ditangga pertama kerana persembahan mereka dalam dua2 pusingan mmg best dan kelakar habis..walaupun pada awalnya aku lebih memilih JoZan kerana masih terpukau dengan persembahan kedua Jozan yg mmg Amazing..tapi bila fikir2 balik mmg patut la Sepah di tangga pertama sbb kedua-dua sketsa mereka adalah muzikal komedi n mmg kelakar hbis..sketsa pertama menampilkan dua perompak yg masuk rumah seorang Ustazah popular hehehe..manakala sketsa ke-2 pula ialah Sketsa Suami isteri yg bergaduh dan munculnya Dafi membuatkan semua penonton bersorak bagai nak rak..hahaha mang best…tahniah dan syabas SePah..
2) JoZaN-tempat kedua mestilah JoZan..walaupun x menang..show pasti x menang tangan pasni hehehe..Sketsa pertama menampilkan seorang perompak yg ingin merompak keris taming sari di sebuah Muzium..sebelum ditegur oleh patung Hang Tuah..emm bagi aku sketsa pertama nih lawak juga..Cuma x leh lawan Sepah laa..patutnya Jozan turut menyelitkan elemen muzikal komedi untuk sketsa pertama juga..baru laa lagi meletup..sebab kekuatan JoZaN juga pada Muzikal komedi..dh ada band disediakan tapi x nak guna…emm mungkin diorang takut keliru kot nanti sbb dua2 nak buat muzikal komedi..entahlaaa..Mamat Khalid telah memberi komen yg tersirat untuk Jozan haha pandai mamat khalid nih..kena dengar dan faham betul2 baru tahu..rupanya Mamat khalid suruh Jozan tingkatkan lgi persembahan diorang sbb persembahan pertama agak kurengg laa..mereka mesti buat lagi terbaikkk..tu yg die guna perumpaaan di pinggir kali,kaki bukit,prepaid tuh sume..x tahula si zizan dan johan nih faham ke tak hahaha..


Manakala untuk Sketsa kedua yg bertemakan Muzikal Komedi..wowwww!! mang terbaekkk laa..Sketsa kedua memaparkan Si Ah Chai dan Mael Lambung merebut kawasan dan bergaduh..hahaha yg kelakarnya diorang bergaduh macam menari gitu hahaha..pandai tul diorang create pergerakan tangan, badan sume..pemilihan lagu pun bestttt..dan akhirnya mereka berdamai dan sepakat membuka rumah orang2 tua..hahaha bleh plak ada lagu bahasa jiwa bangsa..pandai tul menerapkan semangat 1 Malaysia gitu..Cuma yg aku terkejut sikit time mike zizan tercabut sbb asyik menari sume sampai mike terpelanting dan tercabut..so tuh dah ganggu sikit la mood dan persembahan diorang..suspennnnn tul time tuh..yela kejutan2 yg x dijangka cmtu boleh melunturkan semangat tuh.nasibbb laaa diorang dapat sambung balik sketsa tu dengan jayanya lepas tuh..fuhhhh!!!..menakutkan tul hahaha..apa pun terbaek laaaaa JoZannnn =) =-)
3) NaBiL-Not bad juga lah persembahan Nabil…pada sketsa pertama memaparkan Salesman diculik oleh Alien hehehe..yg paling best bila patung Spiderman tuh bergerak..ingatkan patung mula2 tapi sedikit pelik gak sbb patung tuh nampak kembung sikit dan berisi…tapi orang rupanya..dia pakai costume patung tuh..haha tapi x tahu siapa orangnya..n patung tuh pandai tau berlakon haha..mati2 aku ingat tuh patung..bila die bergerak mmg kelakar hahaha..pandai la Nabil nih buat kejutan hehehe…Sketsa kedua adalah muzikal komedi yg mana Nabil memilih lagu Bruno Mars lagi hehe..die menampilkan sketsa seorang jutawan yg bankrup yg tinggal dekat tempat sampah gitu..hehehe..Namun Nabil sedikit over run sbb ambik masa yg banyak sbb lagunya terlalu panjang hahaha …apa pun tahniah Nabil..bukan senang jadi peserta solo..n hasilnya Nabil juga yg paling untung berbanding yang lain even juara pun x dpt duit yg leh bolot sorang2 hahaha..rezeki tuh…
4) JaMBu-Agak memeranjatkan juga la persembahan Jambu agak merosot pada minggu2 akhir M.Lawak dan akhirnya hanya berjaya dapat tempat ke-4 saja…ok berbalik pada persembahan Jambu di Final..sketsa pertama memaparkan Yus dan Tauke berlawan menguji kekuatan satu sama lain..emm bagi aku x best laaa..kurang menyengat uhuhuhu…Manakala Sketsa kedua mang menarik dari segi pilihan lagu dan munculnya ZiLa Bakarin membuatkan penonton bertambah terujaa..hahaha.. untuk sketsa kedua Jambu mmg best!!!..apa pun dah rezekiiiii…

Hahaha sekian sahaja laporan saya untuk Maharaja Lawak 2011..



Finalis MaHaraja Lawak semuanya best dan hebat2 belaka…wah sunyilahhh hari2 ku tanpa Maharaja Lawak…emmmmmmmmmmmm…. Bila lah dapat tgk JoZan berganding lagi yer…nak tgk semua finalis M.Lawak bergabung lagi emmmmm…korang dah berjaya menghiburkan semua rakyat Malaysia..tahniah dan syabas untuk semua…


p/s-selama 13 minggu juga aku dah menjadi pengkritik Maharaja Lawak Yg tak bertauliah hahaha di BLog aku nih hehehe…-enjoy semua-


Peace yooo!!! And


SEE yaaa!!!!!

2 ulasan:

  1. nie leh jadi wartawan n juri Raja Lawak nie kak!

    BalasPadam
  2. hehehe ye ker?tu pujian ke sindiran haahhaha..xdelaa dh nama pun minat..kalau dh minat apa pun leh jadi betul tak..kalau dh minat yg x tau pun jadi tau..apa yg penting..kita puas hati dengan minat kita..saya sekadar pemerhati di pinggir kali hehe..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017