-->

17 Mac 2012

ShiRo JuAra Raja Lawak Musim Ke-6 n My Review

JUARA
Assalammualaikum...
Seperti yang diramalkan oleh ramai orang dan akhirnya Kumpulan Shiro teleh dinobatkan menjadi Raja Lawak Musim ke-6 dan mendapat ganjaran sebanyak RM100,00..tahniah pada mereka!..Naib juara adalah Kumpulan Zero dan mereka mendapat ganjaran sbyk RM50,000 manakala tempat ke-3 jatuh kepada Kumpulan Cuit dan tempat Ke-4 pula adalah Kumpulan 2yol...kedudukan diorang macam dah boleh dijangka oleh semua orang kan..
Rata2 persembahan semua finalis sememangnya menghiburkan ditambah dengan bertemakan Bebas dan Muzikal Komedi persembahan mereka bertambah menarik..Opening Raja Lawak bagi aku agak menarik juga sebab nampak gah gitu..Apabila mereka semua diperkenalkan sorang demi sorang n pastu diorang menari gitu hehe..dari peserta,sampaila ke Chif Kechik dan Besar hinggalah kpd pengacara dan juga Juri semuanya berada diatas pentas dan menari waktu opening Raja Lawak..haha best3x..2 Jam ternyata x cukup sbb nampak mereka terutama pengacaranya iaitu Jozan yg seperti mengejar masa...Persembahan pertama dimulakan oleh Kump Zero mmg best tgk diorang bila ketiga-tiga mereka jadi KRU tuh hehe..mereka menyanyi sume n lagu wajib mereka pasti ada hingga Jozan pun hafal tau siap nyanyi sama2 lagi hehe..

Selepas Zero habis buat persembahan,Kump 2yol mengambil tempat..dengan sketsa kompang diorang ternyata tidak mengecewakan langsung..n semua terhibur dgn lawak diorang..Kemudian giliran Kumpulan Cuit pula membuat persembahan..Rasanya Kumpulan Cuit bermula perlahan bagi aku ditambah diorang mengulang aksi yang sama seperti persembahan mereka pada minggu pertama Raja Lawak cuma mungkin kali ni ada sikit perbezaan dri yg dulu n pada hujung2 persembahan diorang barulah nmpak kelakarnya tuh..dan Akhirnya Kumpulan Shiro pula membuat persembahan..yg bertemakan tok Guru dgn Anak Muridnya haha siap nyanyi lagu Siti Nurhaliza lagi sebelum Jozan masuk dan nyanyi sekali hehe...
Tamat sesi pertama,bermula pula sesi ke-2 yg bertemakan Muzikal Komedi,Zero mengulang watak2 yg mereka pernah buat sebelum nih spt watak2 dlm KL Gangster dan Muzikal Komedi mereka ditetapkan bergenrekan Rock..Manakala Kump 2yol pula bergenrekan Pop Yeh Yeh Byk lagu Pop Yeh Yeh yg popular yg dipilih oleh diorang..Kump Cuit pula bergenrekan Bollywood dan mereka membuat sketsa mengenai Hantu..aku rasa diorang patut pilih lagu Bollywood yg semuanya rancak2 baru lgi meriah..tapi diorang memilih lagu2 Slow dri filem Bollywood..Antara part yg best masa hantu pocong kuar diiringi dengan Lagu Chaiyya2(yg Shah Rukh Khan nyanyi atas kereta api tu) yg ditukar kepada Toink2 hehe...

Kump Shiro menjadi peserta terakhir yg membuat persembahan,Sketsa mereka ditetapkan untuk bergenrekan Dangdut..mereka juga mengulangi watak2 yg pernah dilakonkan sebelum ini iaitu watak Pengemis dan Y.B tuh hehe Hidup Y.B!...mmg kelakar bila kali ni si Y.B pula yg singgah ke rumah pengemis tuh hehehe...kemudian persembahan selingan dilakukan oleh para chif2 Kechik iaitu Yus,Tauke dan Angah n akhirnya JoZaN pula join sekaki bila diorang masuk hehehe dh mcm Reunion Finalis  Raja LaWak musim pertama plak aku tgk kt atas pentas tuh sbb semuanya ada hehe...sweeet...akhirnya tibalah sesi pengumuman Juara Raja Lawak hehe boleh plak si Jozan jadi nobita la sizuka dan suneo..siap pegang2 tgn gitu hehe n rambut Johan ala2 Reshmonu turut jadi perhatian hahaha...
hahaha comelll n sweet

Pendek katanya Final Raja Lawak 6 menghiburkan.....n gelaran juara pun sudah dijangka menjadi milik Shiro..lepas ni byk la muka2 diorang yg kita nmpk kt dlm drama2 tv terbitan Astro pasni...1st time tgk Shahrul kump Shiro trus tringat kt Jepp Sepah,gaya dan suara diorang mmg nk sama kan..tmbh2 dua2 pun org johor gak..diorang berdua leh blakon jdi adik beradik dlm mana2 drama pasni hehehe...

p/s-Alhamdulilah Astro aku dh okey..dh panggil org utk tlg tgkkan Astro aku..rupenyer piring Astro aku dah beralih sikit dri tempat die sbb tuh ada stgh chanel yg aku x dpt huhu..skrg dh okey n smlm dpt tgk Raja Lawak secara live kt tv hehe...

6 ulasan:

  1. tahniah kumpulan shirO . .
    tak tengok habis pOn mlm tu .
    tertido .hee~

    BalasPadam
  2. hehehe..yela habis lewat kan..xpe pasni leh tgk ulangannya..msti byk kali diorang ulang tayang kt tv tuh..

    BalasPadam
  3. layan sampai habis.. memang best

    BalasPadam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  5. cik nur pernah juma salah sorg kumpulan shiro tu..dia kan pelakon dalam drama cinta tampal kan..?

    diorg belakon sebelah dengan kedai cik nur..hihihi

    BalasPadam
  6. yeahh..shiro the best,
    yg sorg tu mcm jepp sepah(gaya ckap dy)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017