-->

8 Sep 2013

I Hear Your Voice Review


Assalammualaikum..
Hari ni nak buat review Drama Korea yg terbaru & popular hehe..Dah lama habis tengok drama ni sebelum puasa lagi, baru sekarang berkesempatan nak buat review. Drama I Hear Your Voice ni mmg sangat popular, jalan cerita yang menarik dan mendebarkan gitu sampai Running Man pun buat parody cite ni di episod 157. Drama ni menarik sebab ianya berkaitan dengan Mahkamah, Peguam, Polis dan Penjenayah. Seronok melihat Peguam Bela dan Pendakwa Raya berusaha untuk menang kes2 masing2. Hakim dalam cite ni mmg sgt kelakar, Drama ni juga memaparkan cinta tiga segi antara peguam dengan peguam dan peguam dengan budak Sekolah Menengah. Kiranya macam perempuan berusia bercinta dgn lelaki muda gitu.
Di samping itu, cite ni memaparkan juga bagaimana seorang peguam dihantui dengan kisah masa silamnya apabila dirinya dijadikan sasaran seorang penjenayah yang ingin membalas dendam lamanya yang akhirnya mengorbankan ibunya sendiri apabila ibunya dibunuh oleh penjenayah berkenaan. Apa pun jom tengok sinopsis dibawah ini.
Sinopsis
Jang Hye Sung yg masih bersekolah telah menjadi saksi kes pembunuhan ayah Park Soo Ha dan ketika ini Park So Ha masih lagi kecil. Min Joon Gook akhirnya ditangkap dan dipenjarakan atas keterangan J.Hye Sung & M.J.Gook akhirnya bersumpah akan membalas dendam pada J.H.Sung bila die keluar penjara nanti.Manakala Park Soo Ha yg masih kecil itu telah pun berjanji akan melindungi J.Hye Sung apabila die dewasa kelak. Sejak peristiwa itu Park Soo Ha sentiasa mengingati J.Hye Sung dan lama kelamaan die sedar yg J.H.Sung adalah cinta pertamanya. Dia turut mempersiapkan diri dgn belajar Taekwando dll. Manakala J.H.Sung cuba untuk melupakan peristiwa tersebut dan meneruskn hidupnya sperti biasa. Dia akhirnya berjaya menjadi seorang Peguam Bela. Park Soo Ha turut mempunyai kelebihan istimewa apabila die mampu membaca fikiran seseorang dengan melihat mata orang tersebut.
Setelah sekian lama mencari, akhirnya P.S.Ha bertemu dgn J.H.Sung namun J.H.Sung tidak mengenalinya. Tambahan lagi J.H.Sung juga sdg menguruskan kes kawan sekelas Park Soo Ha & menyebabkan Park So Ha dapat bertemu J.H.Sung dengan kerap. Lama kelamaan J.H.Sung sedar yang Park Soo Ha mempunyai kelebihan istimewa iaitu dpt membaca fikiran orang maka J.H.Sung menyuruh P.S.Ha membantunya dgn menggunakan kelebihan P.S.Ha ketika perbicaraan di mahkamah. Dalam masa yg sama Min Joon Gook telah keluar dari penjara dan mula memburu J.H.Sung. Park Soo Ha yg sedar akan situasi ini mula risau dan cuba melindungi J.H.Sung sebaik mungkin sehingga dirinya ditangkap polis kerana bergaduh dgn Min Joon Gook. J.H.Sung yg cuba menjamin P.Soo Ha, akhirnya mengetahui kebenaran dan dpt mengingati siapa Park So Haa. Mereka berdua mula rapat dan saling melindungi antara satu sama lain. Dalam pada itu kawan sekerja J.H.Sung iaitu Cha Gwan Woo turut menaruh hati pada J.H.Sung.
Min Joon Gook berasa sukar untuk mendekati J.H.Sung disebabkn P.S.Ha sentiasa bersamanya maka die mula mengubah sasaran kpd ibu J.H.Sung yg akhirnya mati dibunuh olehnya. M.J.Gook akhirnya ditangkap dan didakwa namun dia akhirnya die terlepas disebabkn peguamnya iaitu Cha Gwan Woo menang kes tersebut. Cha Gwan Woo mula berasa bersalah pada J.H.Sung kerana die telah membela penjenayah di mahkamah. Min J.Gook mula merancang untuk mengenakan Park So Ha pula & akhirnya Park So Ha telah ditangkap atas tuduhan membunuh Min J.Gook sedangkan Min J.Gook masih hidup. Paling tragis apabila Park Soo Ha hilang ingatan namun J.H.Sung tetap membela kes Park Soo Ha di mahkamah dibantu dengan peguam Cha Gwan Woo walaupun sukar untuk menang.
J.H.Sung mula jatuh cinta dgn Park Soo Ha namun dlm masa yg sama die sentiasa takut dan risau kalau P.So Ha meninggalkannya suatu hari nanti disebabkan perbezaan usia mereka. J.H.Sung juga telah menolak cinta Cha Gwan Woo. Walaubagaimanapun Min Joon Gook terus-terusan menguji,menganggu dan mengugut J.H.Sung & P.S.Ha sehingga akhirnya Jang Hye Sung diculik oleh Min Jook Gook. Apa yang terjadi seterusnya korang kena tengoklaa drama ni. Seriusly drama ni sangat best dan merupakan drama paling top di Korea setakat ini. Drama ni sepatutnya ada 16 episod jer tapi disebabkan rating drama ni sgt tinggi dan meletup-letup di Korea, maka diorang panjangkan sikit menjadi 18 episod kesemuanya. Sangat berbaloi tengok cite nih..aku bagi markah penuh utk drama ni hehe 5 bintang.
Drama ni kini digantikan dengan drama baru yg bertajuk The Master's Sun yg sedang ditayangkan, best gak drama baru ni lawak jer.

11 ulasan:

  1. tq for d info...nant nak tgk lah ;)

    BalasPadam
  2. sounds good.. tp deqla mmg x penah lyn korea.. kalo lyn kang, bila dah terminat x jadi keja lain pulak..mcm citer hindustan la..haha..

    BalasPadam
  3. wah..macam best citer ni...

    BalasPadam
  4. Macam best je awak cita ni . tapi blom pernah tengok . tapi dah tgk dh Running man tu . hehe

    BalasPadam
  5. haii...mcm best..bila masa nak tgk...skrang tgh layan RM..hahaha

    BalasPadam
  6. cam best je....hehe...skrg tengah layan BIG dulu kat 8tv...dah tak sempat sgt nak tengok DVD...

    BalasPadam
  7. wah..menariks tu..Ayu dah ada cita nie..cuma belum mula tengok lagi jer..best!!

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017