-->

8 Sep 2013

Filem Baru Shah Rukh Khan- Chennai Express

Assalammualaikum..
Hari tu sempat tgk filem baru Shah Rukh Khan ngan Deepika Padukone iaitu Chennai Ekpress. Ini kali kedua SRK bergandingan ngan Deepika, kali pertama masa filem Om Shanti Om. Ini filem Komedi+Aksi dan filem ini lebih keindiaan gitu sebab lokasi shooting mmg semua di India n sekali tengok dah macam filem Tamil gitu hehe sbb shooting pun kt kawasan pedalaman n pelakon tambahan pun ala2 dari filem tamil gitu. Filem ni kurang unsur kebaratan gitu x byk seksi2 sgt n Deepika pun nampak sopan jer dlm filem ni sebab die pakai sari dari awal sampai habis filem,xde seksi2 mcm selalu tu. Filem ni 40 % dalam tamil n 50 % dlm Hindi n Deepika pun ada bercakap dalam tamil n hindi dlm filem ni manakala SRK mmg bercakap dlm Hindi. Jalan cerita filem ni mmg kelakar, lawak jer, Shah Rukh Khan berjaya bawa watak komedi dgn baik sekali.
Filem ini ditayangkan di India pada Aidilfitri yang lalu dan berjaya menjadi filem yang Box Office. Dlm filem ini SRK tidak faham dan tak tahu cakap tamil jadi die sentiasa akan suruh Deepika atau org2 lain translate utk die hehe tu yg jadi kelakar tu sebab die sering salah faham. Antara yang menarik dalam filem ni bila SRK selalu cakap dialog2 famous dari filem2 die yg terdahulu cthnya mcm "Im Not A Terrorist" hehe pas cakap dialog tu terus die buat muka blur pastu senyum hehe. Ada juga dialog, lagu & scene dari filem Dilwale Dulhaniya Le Jayengge diulang utk filem ni expecially masa adegan Deepika kejar kereta api pastu SRK hulur tangan die hehe pastu terus muncul lagu dari filem tu hehe best2..
Selain tu antara yg menarik bila ada scene SRK ngan Deepika yg try cover line dari org lain dgn saling berkomunikasi melalui lagu2 bollywood yg famous yang mana diorang menyanyi sendiri tapi menukar lirik lagu berkenaan. So benda ni antara tarikan dalam filem ni.
Jom tengok Sinopsis filem ni..

Rahul(SRK) dibesarkan oleh datuknya, Ibu bapanya telah meninggal dunia, Pada hari jadinya Rahul telah berpakat dgn kawan2 nya untuk bersuka ria di Goa. Namun tak lama pastu Datuknya meninggal dunia dan neneknya telah meminta Rahul menghanyutkan abu datuknya di sungai yg terletak di Rameswaram (kawasan pendalaman). Walaubagaimanapun Rahul telah pun ada plan untuk ke Goa jadi die telah menipu dgn berpura-pura berjanji dengan neneknya lalu menaiki kereta api, namun die telah merancang untuk turun di stesen tertentu dan bertemu dgn kwn2 nya lalu bertolak ke Goa. Walaubagaimanapun plannya untuk ke Goa telah musnah apabila dia bertemu dengan Meena (deepika) yang melarikan diri dari konco2 samseng ayahnya. Rahul yg tidak tahu apa2 telah menolong Meena serta samseng2 ayah Meena menaiki kereta api lalu die terperangkap apabila samseng2 tersebut memaksa Rahul untuk mengikut mereka pulang ke kpg yg terletak di Tamil Nadu.
Keadaan mula menjadi kelam kabut apabila Meena mereka-reka cerita yg Rahul adalah kekasihnya dan mereka ingin berkahwin. Meena berbuat demikian bagi mengelak dirinya dari dipaksa berkahwin. Rahul yg tiada pilihan terpaksa bersetuju dan mengikut plan Meena. Ayah Meena adalah ketua samseng terbesar di daerah berkenaan. Rahul semakin tertekan dan cuba melarikan diri berseorangan lalu terperangkap dgn situasi yang lain dan akhirnya dia dihantar semula ke kampung Meena. Ketika itu Meena sudah hampir2 hendak dikahwinkan namun tiba2 Rahul muncul dan keadaan mula kecoh lalu sebagai jaminan keselamatan dirinya  Rahul telah berpura-pula menculik Meena lalu melarikan diri bersama-sama.
Bagi Rahul Meena adalah penyebab dirinya terperangkap disini jadi die sering menyalahkan Meena namun akhirnya Rahul sedar die terpaksa bersama Meena untuk keselamatannya dari samseng2 ayah Meena yg tgh mencarinya, lalu mereka tiba di sebuah kampung dan mencari tempat berteduh, kali ini Meena mereka-reka cerita lagi pada penduduk kpg disitu yg mereka baru kahwin lari. Rahul yang tidak faham tamil hanya mendiamkan diri. Setelah dia tahu Meena mereka-reka cerita baru,dia mula rasa tension hehe. Akhirnya mereka terpaksa berpura-pura menjadi pasangan yg baru berkahwin. Dalam berpura-pura menjadi suami isteri tu, Meena mula jatuh cinta dengan Rahul. Manakala bagi Rahul pula dirinya hanya fikir cara untuk melarikan diri dari situ. Apa yang akan terjadi pada Rahul dan Meena seterusnya? Adakah Rahul akan jatuh cinta dgn Meena dan sanggup berdepan dgn ayah Meena?bagaimana dengan abu datuk Rahul berjayakah Rahul menyempurnakan amanah neneknya itu? Macam2 situasi lucu yang berlaku sepanjang perjalanan Rahul jadi kalau nak tahu ending die kenalah tengok filem ni nanti..
Aku tengok filem ni secara online kat internet..Apapun mmg cite ni mmg kelakar, suka tgk muka SRK yg konpius sbb tak faham tamil dan tertekan dgn samseng2 ayah Meena tu.

13 ulasan:

  1. wahh , awak suka ye layan cite nihh

    BalasPadam
  2. Bestnyaaaa. Baca Banu tulis jer pun akak dah sengih2 dah. Mesti tergelak2 kalau tengok kan. Banu, mana akak nak cari CD2 lama cerita SRK ek? Banyak yang orang pinjam lepas tu lenyap macam tu jer. Mohabbatein tu sampai 3 kali beli pun hanyut juga. Lepas nie nak simpan dalam peti besi laa.

    BalasPadam
  3. @Nur Atira saya suka layan cite bollywood, korea dan melayu hehe..

    BalasPadam
  4. nak tgk la...sbb dah lama tak tgk hndustan!

    BalasPadam
  5. @Aziela CD2 lama SRK ek, maybe akak leh try cari kt Mydin sbb setahu saya kt Mydin mmg byk jual cite hindustan lama dan baru. Kalau xde mungkin akak leh try search kt tenet pastu download n masukkan ke dlm CD kosong.

    BalasPadam
  6. walla mesti best ada SRK ni

    BalasPadam
  7. ada tgk poster kat panggung hari tu.. tp x tgk pun.. just bergmbr kat poster tu je..hahaha..opkos la best kan.. tgk la sape yg berlakon.. SRK kot..! hihi

    BalasPadam
  8. banu berilah line tenet yg banu tgk tue...akak nak tgk jugaklah kikiki

    BalasPadam
  9. wahh mcm bez ayu xtgk g yg ni..deqla msti suka ni ada srk.haha

    BalasPadam
  10. SRK ...deqla mesti suke ni..heheh

    BalasPadam
  11. tergelak baca komen ayu ngan lela.. haha.. mesti la sukeeeee... ingat SRK ingat DEQLA ye.. ;)

    BalasPadam
  12. hahaha spt yg dijangka deqla happy sgt la hero kegemaran dia belakon kihkihkih :p

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017