-->

23 Sep 2013

Review Super Spontan 2013 Minggu Ke-3


Assalammualaikum..
Minggu ke-3 Super Spontan 2013 telah pun berlalu, yang menyaksikan Team Ketam Konfius membuat kejutan dengan menang buat kali pertamanya setelah kalah 2 kali berturut-turut. Mereka berjaya menewaskan team Semut Sentap sekaligus menyelamatkan Along daripada tersingkir. Di awal rancangan Haniff & Ray mengumumkan yg Eko (Saywho) dari Team Semut Sentap terpaksa menarik diri dari Super Spontan 2013 atas masalah kesihatan. Format penyingkiran untuk musim ini memang berbeza dari musim sudah. Dah minggu ketiga tapi xde yang tersingkir lagi hehe ntah2 sampai ke akhir xde yg terkeluar pe, sebab boleh diselamatkan atau diserap masuk haha.
Permainan dimulakan dengan game Terteruk Di Dunia dan Di Ladang. Untuk game ni, dua2 team main sekali dan secara bergilir-gilir.  Game kedua, diorang main Sketsa Berabjad. Dua2 Team bermain dengan baik untuk game ni..lawak gak.  Seterusnya diorang main game baru yang dinamakan Maju Mundur. Aku rasa game Maju Mundur ni tak best n agak membosankan sebab peserta asyik mengulang jer ayat dan perbuatan diorang so benda tu buat game jadi boring.  Permainan keempat yang diorang main adalah jurujual langsung. Game ni memang agak susah gak sebab menguji kreativiti peserta serta memerlukan peserta berfikir dengan pantas. 
Ada beberapa peserta yang jadi blur kat situ hehe dan mengharap kan masa berlalu pantas. Tak kurang juga ada peserta yang terlebih bercakap dan terkejut masa habis cepat hehe..Aku x leh blah tengok Johan main game ni siap lepas rambut gitu dan ala2 sopan gitu cakap diri die nama liza haha terbaik2.  Tak silap aku yang main game ni adalah Nabil, Shuib dan Yus kot serta Ajak, Noorkhiriah dan Johan.
Permainan terakhir yang diorang main untuk minggu ketiga ni adalah Jamuan Cik Kiah. Bagi aku game ni sangat best n kelakar. Game ini dimulakan dengan team Ketam Konfius dulu yang mana Along yang jadi Cik Kiahnya dan meneka watak2 yg kawan2 die bawa. Shuib jadi kucing yang ketakutan, manakala Yus jadi Doraemon yang buluh terbangnya hilang kot kalau tak silaplah. Rasanya Yus macam keberatan nk bawa watak doraemon tu, mungkin die x biasa tengok cite doraemon ni dulu2 kot sampai die nak tukar dgn Shuib last2 Nabil cakap kat Yus yang Doraemon tu pun kucing gak hehehe.
Aku paling suka tengok nabil bawak watak ibu tiri Snow White yang  hilang buah epal kot. Nak tergelak tengok nabil cakap "cermin cermin sape paling cantiik kat sini" pantas die fikir n kaitkan ibu tiri snow white dengan cermin tu..terbaik. Along dapat teka watak2 diorang cuma x lengkap je, tapi die langsung x dapat teka watak doraemon yg yus bawa tu. Patutnya Yus nyanyi je lagu doraemon konform semua tahu dah tu Doraemon hehe.
Manakala untuk team Semut Sentap, Rahim yang jadi Cik Kiahnyer dan Almy Nadia bawa watak Pontianak Harum Sundal Malam yang tak boleh terbang, Tauke jadi James Bond yang hilang pistol manakala Johan jadi Orang Minyak yang kehabisan minyak. Tauke dengan Johan memang sangat lawak. Tauke dengan lagu James Bond nyer, Johan dgn gaya orang minyaknyer hehe. Rasanya Rahim macam sukar nak teka watak Johan, dah lama2 baru die dapat tangkap apa watak yang Johan bawak. 
Almy Nadia macam xde idea, die hanya menyanyi 2 ayat jer dengan lirik Seharum Bungaaaa..pastu die x ingat lirik dah haha. Pastu die mengilai sikit. Nasib Rahim dapat teka dengan betul hehe & akhirnya Team Semut Sentap kalah n tak tahu sape yang dipilih oleh ahli2 team S.Sentap untuk disingkirkan dan mungkin juga diserap masuk ke team Ketam Konfius.

8 ulasan:

  1. Assalamualaikum. sheila tak suka sangat musim kedua ni. sebab jozan tak disekalikan.. heeeeeeeeeee. tapi suami sheila suka betul tengok ni :)

    BalasPadam
  2. belum berkesempatan nak tgk la miss banu..duk layan running man jee..huhuhuhu

    BalasPadam
  3. hehehehhe,kathy tak tau rancangan2 untuk astro ni sis..

    BalasPadam
  4. hehehehhe,kathy tak tau rancangan2 untuk astro ni sis..

    BalasPadam
  5. almy ada lagi tak? rasanya dia tu baik out je.. yg peliknya boleh lak masok blk..hihi..

    BalasPadam
  6. smpat gak layan msa astro bg free channel msa hari malaysia.. hehe.. mmg kita pun spontan gelak.. mmg kna kreatif pelawak ni kan..

    BalasPadam
  7. slalu tengok ulangan jer...hurmmmm....CiM dh kata...kluorkan jet munip tu, bukan lawak pown. seb baik ada nabil & yus kat situ

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017