-->

27 Sep 2013

Review Super Spontan 2013 Minggu Ke-4

Assalammualaikum..
Diam tak diam dah selesai pun minggu ke-4 Super Spontan 2013. Minggu ke-4 ini menyaksikan Almy Nadia tersingkir setelah diundi keluar oleh rakan2 pasukannya dari Semut Sentap, selepas tewas di Minggu ke-3. Semut Sentap menang kembali dalam minggu ke-4 ini dan menyebabkan Team Ketam Konfius terpaksa menyingkirkan sorang dari ahlinya. Siapa yang tersingkir bakal terjawab di minggu ke-5 nanti. Aku harap Munir atau Suhaimi yang tersingkir nanti sebab diorang tak berapa nak lawak pun.
Mereka memulakan permainan dengan Game baru yang diberi nama "Emosi Tidak Stabil", Kedua-dua team bermain dengan baik, Team S.S diwakili Johan, Rahim & Tauke yg terlebih dahulu memulakan permainan diikuti dgn Team K.K. Rasanya untuk Game ini, team Ketam Konfius lebih menyerlah. Best juga game Emosi Tidak Stabil ni sebab agak kelakar juga bila diorang masukkan emosi setiap kali pegang benda2 tu hehehe.
Seterusnya diorang bermain Game "Dialog Dalam Tin". Game ini memerlukan hanya 2 pemain untuk setiap kumpulan. Team S.S menghantar Noorkhiriah & Jepp untuk bermain game ini. Dah beberapa kali juga Jepp dgn Noorkhiriah main game ni sama2. Patutnya diorang tukar orang bagi Jepp dgn orang lain pula. Sebab kalau asyik diorang berdua jer main game ni, boring gak.
Kemudian diorang main game "Kesan Bunyi" yang mana 4 pemain akan main game ni, 2 orang dari team lawan akan buat bunyi-bunyian manakala 2 org yg lain akan berlakon. Bagi aku game Kesan Bunyi ni bukanlah game favourite aku, sebab kadang2 game ni boring juga.
Seterusnya diorang main game "Keluar Masuk". Game ni mmg best n sangat kelakar. Team K.K agak huru hara sikit sebab diorang asyik pekena Yus jer sbb asyik2 Yus keluar pastu masuk n keluar balik berulang kali sampai last2 terus die terbaring hehe..Team Semut Sentap bermain game ni dengan sangat bagus, Jepp, Johan, Ajak & Tauke main game ni dgn terbaik sekali, diorang keluar dan masuk dengan sangat teratur, alasan yg diberikan untuk keluar dan masuk juga sangat kelakar, part paling kelakar bila JoHaN cakap "Tayar Habis Minyak!" hahaha yg tu mmg lawak. terbaik laa diorang main game ni..
Game terakhir yang diorang main adalah "Dikir Spontan". Aku suka gak game Dikir Spontan ni. Semua pemain akan bermain dalam game Dikir Spontan ni. Team Ketam Konfius bermain agak baik dalam game ini, Bila diorang mengambil giliran untuk berdikir, maknanya semua pun tukang karut. Diorang cedok2 gak dikir2 dari program Karoot Komedia tu hehe tapi memang kelakar gak.
Untuk team Semut Sentap, aku memang mengharapkan agar Johan atau Jepp yang jadi tukang karutnyer. Awalnya Johan dah berdiri dah pastu Rahim pun berdiri gak. Bila Johan tengok Rahim macam teringin sangat nak jadi tukang karut tu, maka die pun terus duduk. Bila Johan dah duduk tu, aku tau dah game ni konform jadi x best punya. Rahim jadi tukang karut tak best langsung. Entah apa yang die cakap n die macam nak cepat2 habis. Nasib ada Jepp yang tetiba merapu menyanyi lagu lain kat situ hehehe. Ni mesti sebab die tgk Rahim ntah apa2 maka die pun masuk line untuk buat lawak. Yang x boleh blah bila Jepp berdikir n cakap "Minggu depan singkir dia" haha maksudnya die ajak kawan2 lain untuk undi Rahim kalau pasukan diorang kalah, terus Rahim jadi cuak & takut dah masa ni.
Akhirnya Team Semut Sentap menang dengan peratusan undian sebanyak 54% berbanding team Ketam Konfius yang hanya mendapat 47%. Rahim memang nampak lega sangat bila Team die menang, sebab kalau kalah mmg nampak sangat die boleh tersingkir hehe. Apapun malam ni kita boleh tahu sape yang tersingkir dari Team Ketam Konfius.
StayTune k. Agaknya Team mana yang akan menang di minggu ke-5 ni..Ada gak khabar angin yg mengatakan Zizan mungkin akan jadi tetamu jemputan untuk Final Super Spontan 2013, tapi tak tahu betul ke tak, sebab pada hari yang sama dgn SS2013 ni, Zizan terlibat dgn program yg berkaitan dgn AF2013. So camne die nak datang kan?? huhuhu tapi sape tahu die boleh datang kan, jadi bolehlaa tengok Sweet Moment JOZAN di Super Spontan lagi lalalala.

7 ulasan:

  1. hehe...sweetnyer diorg
    aah kan zizan tu bz
    byk job dia skrg
    alhamdulillah

    BalasPadam
  2. zizan nak dtg?? af pun mcm tukar siaran ke ahad dah lps ni

    BalasPadam
  3. salam cik banu...tahniah sbb cik banu antara pemenang my segmen..blog cik banu skrg dlm my bloglist... :)

    BalasPadam
  4. busyra pown minat super spontan. tak miss lagi. hehe

    BalasPadam
  5. deqla tgk kat rumah kakak je skrg ni.. al-maklum xde astro...hihi..

    BalasPadam
  6. mmg tergelak sesorg dibuatnya..ni mcm running man versi malaysia..hahaha

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017