-->

18 Dis 2013

Kumpulan Zero Tersingkir Di Minggu Ke-5 Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum..
Minggu Ke-5 MLM2013 menyaksikan Kump Zero tersingkir selepas mendapat undian terendah. Penyingkiran Kump Zero juga menyebabkan tiada lagi peserta Hot Seats yang tinggal di MLM2013. Tema untuk minggu ke-5 ini adalah Bebas. Jadi peserta bebas melakukan apa2 Sketsa mengikut kreativiti masing2. Bagi aku untuk minggu ke-5 ni aku paling suka persembahan Wala dan mereka satu-satunya kumpulan yang mendapat 4 bintang. Kump yang lain rata2 nya mendapat 3 bintang jer.
Nabil mengulang Watak penjual burger tu n sedikit bosan sebab kurang lucu. Manakala persembahan Shiro agak lawak juga cuma waktu nak last agak slow sikit. Jambu pula agak santai tpi kelakar part penyakit Karbon Dioksida tu. Bocey pula membuat sketsa berkaitan talkshow Primadona tu yang telah ditukar namanya. Kump Boboi pula membuat sketsa ala2 sindiran pada juri2. Terbaca satu artikel yang Nora Danish tersinggung dengan lawak kump Boboi yang menyindir juri itu. Manakala Afdlin menegaskan yang Juri x patut teringgung atau berkecil hati sebab itu hanya persembahan lawak.

Kump Sepahtu masih meneruskan persembahan lawak mereka secara sangat santai iaitu lepak2 dan borak2. Ramai juga penonton yang memberi komen tidak berpuas hati dengan persembahan Sepahtu. Jep turut terkena tempias kritikan yang dirinya mengutuk ahli kumpulan sendiri. Maybe tu cara Jep bergurau manja dgn geng die. Biasalah pelawak memang suka bergurau kasar hehe. Tapi rasanya Sepahtu tu okey jer dan rapat antara satu sama lain. Persembahan SYJ juga agak lawak especially part diorang kaitkan Nora Danish dan Fasha Sandha tu. Masuk jer AC terus die mention pasal Jejai hehe terus semua org ketawa.
Persembahan Saywho juga agak boring dah tak macam dulu2 maybe ketiadaan Eko agak memberi kesan dari segi idea untuk kump Saywho ni. Saywho buat sketsa pasal hantu2 memang bosan sikit. Manakala persembahan kump Comey agak boleh tahan juga. Bagi aku untuk Minggu ke-5 ni, persembahan semua peserta agak sederhana. Satu, Dua kumpulan jer yang agak menyerlah. Tak sabar tunggu minggu Muzikal Komedi hehe.

Gambar2 diatas cedit to Astro Gempak Dan Facebook Maharajalawak.

Baca Yang ni jugak k..

4 ulasan:

  1. zero agak best jugak last week..
    spatutnya kasi je lar bobi tu kuar..
    dh mmg x best dh diorg.

    BalasPadam
  2. oh kumpulan zero pun dah tersingkir ek??? akak pun dah mula tengok dan layan ni...

    BalasPadam
  3. deqla x tgk minggu yg ni.. huhuhu...

    BalasPadam
  4. dalam minggu ni, nur tgk ropi dgn sape tu...lawak gak..kekekke

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017