-->

21 Mei 2015

Rosy Lovers - Korean Drama Review

Assalammualaikum..
Hari ni nak buat Review Drama Korea yang aku baru habis tonton baru-baru ini iaitu Rosy Lovers. Drama ini juga baru habis ditayangkan di Korea pada bulan April 2015 yang lalu. Drama berunsurkan kekeluargaan ini mempunyai 52 episod. Awalnya drama ni hanya 50 episod jer tapi ditambah 2 episod lagi sebab mendapat sambutan baik dari penonton. Memang banyak episod drama ni tapi disebabkan para pelakonnya semua agak familiar bagi aku, so aku tengok jer. 3 Pelakon dari drama Marriage Not Dating turut berlakon dalam drama ni, macam reunion lak hehehe. Berbaloi tengok drama ni sebab memang best dan banyak pengajaran gitu. Pelakon drama Rosy Lovers ini terdiri daripada Lee Jang Woo, Han Sunhwa, Lee Mi Sook, Yoon Ah Jung, Kim Min Seo dan ramai lagi.
Drama ini mengisahkan 3 buah keluarga yang mempunyai hubungan yang complicated, saling membenci dan pergolakan yang berlaku. Penggerak utama jalan cerita ini bagi aku adalah disebabkan watak Baek Man Jong, watak yang paling tidak disukai dalam drama ni hehehe. Watak Baek Man Jong ni lah yang akan buatkan penonton rasa menyampah, geram dan benci dengan wataknya yang sangat tamak, makan rasuah, dan pentingkan kekayaan semata-mata. Antara babak yang paling aku x leh blah adalah masa watak Baek Man Jong ni ada hati nak bertanding dalam pilihanraya walaupun die ada banyak buat salah tu. Boleh plak menang pilihanraya tu hahaha. Tapi satu kebaikan Baek Man Jong ni die sangat sayangkan ibunya lebih dari segalanya. Aku suka tengok kisah cinta Park Se Ra dengan Jae Dong ni. Kisah cinta diorang qiut jer dan berbelit-belit disebabkan hubungan kekeluargaan mereka. Sayangnya sampai ke ending drama ni kisah cinta diorang tergantung jer, patutnya biarlah diorang kahwin kan hehe.
Selain itu aku juga awalnya geram dengan watak utama drama ni iaitu Jang Mi, yang boleh jer tinggalkan anaknya yang baru lahir camtu jer sebab die macam trauma dan stress hidup susah. Pastu releks jer tinggal baby die n pastu duduk luar negara dalam 5 tahun. Tapi nanti die akan berubah dan lebih matang serta akan menebus balik kesalahan die tu. Selain itu ramai juga yang tension dengan watak hero drama ni Park Cha Dol yang baik sangat dan boleh maafkan kesalahan Jang Mi tu dan nak berbaik semula sedangkan masa tu ade jer perempuan lain yang suka Cha Dol tu, tapi die x habis2 dengan Jang Mi tu hahaha. Kiranya ramai gak yang tak suka Cha Dol berbaik semula dengan Jang Mi tu dan patutnya Cha Dol tu just move on dan teruskan kehidupannya tanpa terlibat lagi dengan Jang Mi dan familynyer. Antara babak yang paling aku suka masa kakak Cha Dol iaitu Park Se Ra yang secara tiba2 terjumpa Jang Mi setelah bertahun x jumpa terus mengerjakan Jang Mi tu dengan menarik rambut Jang Mi sekuatnya hahaha pastu boleh plak tunjuk beberapa helai rambut Jang Mi yg tercabut tu kat emaknyer sebagai bukti die dah kerjakan Jang Mi hehe lawak betul.
Disebabkan episod drama ni agak panjang, jadi kadang2 jalan cerita ni dah jadi sedikit meleret-leret sikit contohnya watak Cha Dol tu hanya tahu siapa ibu kandungnya pada episod 49 sedangkan penonton dah dapat teka siapa ibu Cha Dol dari episod awal lagi hehehe. OST drama ni pun not bad gak, sedap2 lagunyer. Selain kisah cinta budak-budak muda dalam drama ni ditunjukkan juga kisah cinta orang2 lama gitu. Aku juga x berapa suka tengok rambut Cha Dol masa awal2 episod drama ni sebab nampak x hensem hahaha tapi bila Jang Mi dan tinggalkan die rambut die dah okey plak makin hensem gitu hihihi. Anak2 Baek Man Jong iaitu Jang Mi dan Soo Ryun tu boleh plak jatuh cinta dengan Cha Dol dan abangnya Kang Tae, dah macam xde orang lain, boleh plak dua2 tu suka dekat anak2 Jung Shi Nae tu yang dibenci oleh Baek Man Jong sebab miskin. Selain tu banyak gak scene2 sedih dalam drama ni terutamanya selepas Jang Mi meninggalkan Cha Dol dan Cha Dol terpaksa bekerja sambil menjaga babynya tanpa bantuan sesiapa, part paling kesian masa Cha Dol terpaksa curi susu bayi sebab xde duit nak bayar.
Selain itu scene masa Baek Man Jong meluangkan masa bersama ibunya ketika die melarikan diri dari polis tu pun sedih gak sebab masa tu ibu die dah hilang ingatan sikit dan menganggap B.Man Jong adalah anaknya yang masih sekolah. Masa inilah Baek Man Jong mula sedar akan kesilapan die selama ini. Tapi nanti ibu Baek Man Jong tu akan mati sebab dilanggar kereta dan kemudian Baek Man Jong akan dimasukkan ke dalam penjara atas tuduhan menerima rasuah. Ending drama ni memang happy ending lah sebab Jang Mi dan Cha Dol akan berkahwin dan anak diorang pun dah besar dah berusia 5 tahun. Manakala ending untuk watak B.Man Jong ni sedikit tidak dijangka sebab tak sangka plak lepas die keluar penjara die akan buat buat rumah pondok dekat kubur ibunya dan jaga kubur ibu sebaik mungkin, die dah x fikirkan kekayaan dah cuma isteri die jer yang rajin datang melawat suaminya yang macam gi bertapa tu hehehe. Apapun drama ni memang layannnn, kiranya memang tak rugi tengok walaupun episodnya agak panjang. Aku bagi 4 bintang dari 5 bintang untuk drama ini.
Sinopsis Drama Rosy Lovers

Jang Mi bercinta dengan Cha Dol ketika masing2 belajar di Kolej, Keadaan mula menjadi rumit apabila Jang Mi mengandung dan Cha Dol ingin bertanggungjawab sekaligus mengahwini Jang Mi namun ayah Jang Mi iaitu Baek Man Jong tidak dapat menerima Cha Dol kerana Cha Dol tidak mempunyai ibu bapa serta dibesarkan oleh ibu tunggal Jung Shi Nae yang miskin. B.Man Jong memaksa Jang Mi mengugurkan kandungannya namun die enggan. Akhirnya B.M.Jong menghalau anak bongsunya itu dari rumah kerana die yakin Jang Mi akan kembali semula ke rumah kerana Jang Mi tidak mampu dan tidak tahan untuk hidup susah dengan Cha Dol. Ibu angkat Cha Dol juga menghalang Cha Dol dari berjumpa dengan Jang Mi, namun Cha Dol tetap dengan keputusannya untuk hidup dengan Jang Mi dan anaknya yg bakal lahir. Mereka berdua akhirnya menyewa sebuah rumah lalu hidup bersama seperti suami isteri.
Cha Dol berhenti dari Kolej dan bekerja siang dan malam untuk mencari duit lebih untuk mereka berdua. Jang Mi mula berasa susah dan mengharapkan bantuan dari emak dan kakaknya dari segi kewangan. Ibu angkat Cha Dol juga turut memberikan sedikit duit buat Jang Mi yang tengah mengandung. Namun Cha Dol menghalang Jang Mi dari menerima bantuan sesiapa, ego Cha Dol yang tinggi tu yang yakin dirinya mampu menyara Jang Mi menyebabkan Jang Mi menjadi semakin stress dan tertekan. Hidupnya mula tidak gembira bersama Cha Dol, die makin tak tahan hidup susah. Jang Mi akhirnya melahirkan anak perempuan yang bernama Park Cho Rong. Suatu hari ayah dan ibu Jang Mi melawat Jang Mi dan memujuk Jang Mi agar keluar dari rumah itu dan Jang Mi akur lalu meninggalkan rumah tersebut, Cha Dol serta anaknya. Baek Man Jong menghantar Jang Mi ke luar negara untuk melupakan segala yg berlaku.
Cha Dol akhirnya kembali ke pangkuan ibu angkatnya semula dan mereka semua marah dengan kelakuan Jang Mi yg sanggup meninggalkan anaknya. Selepas 5 tahun Jang Mi kembali semula dan memutuskan untuk menjadi seorang model dan pelakon. Manakala Cha Dol berjaya menamatkan pengajian di kolej dan cuba membuka perniagaan menjual kasut secara kecil-kecilan. Cho Rong membesar menjadi budak yang comel, bijak dan kini sudah belajar di tadika. Kakak Cha Dol iaitu Park Se Ra gemar membawa anak saudaranya Cho Rong untuk pergi uji bakat berlakon dalam iklan mahupun drama. Suatu hari Cho Rong telah terpilih untuk berlakon dalam satu drama yang mana Jang Mi menjadi pelakon utama drama berkenaan. Sejak dari itu Jang Mi dan Cho Rong mula rapat tanpa mengetahui hakikat mereka adalah ibu dan anak. Secara kebetulan Jang Mi akhirnya mengetahui kebenaran Cho Rong adalah anaknya dan Jang Mi menjadi sangat terkejut dan rasa bersalah setiap kali melihat Cho Rong. P.Se Ra cuba merahsiakan dari keluarganya yang Cho Rong berlakon dengan Jang Mi.
Namun rahsia itu diketahui Cha Dol dan Chadol juga cuba untuk menghentikan penglibatan Cho Rong dari drama Jang Mi. Dalam masa yang sama ada businessman yang sudah terpikat dengan Jang Mi dan keluarga Jang Mi juga sangat menyukainya sebab die kaya dan berjaya. Manakala rakan Cha Dol yang juga business partner Cha Dol iaitu Joo Young turut ada hati dengan Cha Dol. Apa yang bakal berlaku seterusnya??..

Baca gak Review2 Drama Korea yang lain kat bawah ni k..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017