-->

18 Jan 2016

Filem Bollywood Bajrangi Bhaijaan - Sinopsis & Review

Assalammualaikum..
Filem Bajrangi Bhaijaan release tahun 2015 dan merupakan salah satu antara filem Hindi / Bollywood yang terlaris disamping mempunyai jalan cerita yang mantap dan menyayat hati. Rasanya semua yang dah tengok Movie ni pastinya bersetuju yang cite Bajrangi Bhaijaan ni memang sangat best. Rugi tak tengok cite sebab memang best dan berbaloi-baloi gitu hehe. Budak perempuan yang pegang watak Shahida / Munni dalam cite ni memang sangat comel okey, cute giler hehe. Kat sini aku akan kongsikan Review serta Sinopsis cite Bajrangi Bhaijaan ni sekali yang aku copy dari http://thevocket.com/..credit untuk mereka. 
Bajrangi Bhaijaan mengisahkan tentang seorang lelaki naif India yang cuba menemukan seorang budak perempuan Pakistan super-cute tapi bisu dengan keluarganya semula. Filem ini dimulakan dengan memaparkan keluarga budak perempuan tersebut, Shahida (Harshaali Malhotra) yang digambarkan sebagai penduduk kampung di satu kawasan pergunungan Pakistan. Shahida tidak mengeluarkan bunyi dan bercakap sejak dilahirkan. Keluarganya mengambil keputusan untuk membawa Shahida ke sebuah tempat suci di India untuk berdoa supaya dia dapat bercakap selepas satu kejadian yang hampir meragut nyawa Shahida – Shahida terjatuh dari sebuah gunung dan tergantung pada sebatang pokok. Disebabkan dia bisu penduduk kampung hampir gagal menemuinya yang tergantung pada pokok.

Dalam perjalanan pulang dari India, keretapi berhenti akibat berlaku kerosakan. Shahida yang ternampak seekor kambing yang tersepit turun daripada keretapi untuk membantu. Ketika cuba membantu kambing tersebut keretapi tiba-tiba bergerak dan menyebabkan dia tertinggal di situ antara kawasan sempadan India dan PakistanIbunya tertidur ketika itu dan walaupun Shahida nampak ibunya di tepi tingkap ketika berlari mengejar keretapi dia tidak dapat menjerit meminta pertolongan.
Tidak lama selepas itu, sebuah keretapi yang mengangkut barang berhenti ditempat yang sama. Dan ini memberi harapan kepada Shahida untuk meneruskan perjalanan mengikut keretapi sebelum ini. Namun, keretapi itu sebenarnya berpatah balik dan membawa dia ke India. Di India, Shahida bertemu dengan Pawan Kumar (Salman Khan) seorang lelaki yang baik hati dan sangat taat kepada agamanya (Hindu). Senang cerita seorang yang alim dan iman kuat. Lelaki yang baik hati kalau sudah jumpa budak perempuan menangis memang tak sampai hati untuk tinggalkan dia bersendirian.
Selepas mengetahui budak perempuan itu tidak boleh bercakap, berasal dari Pakistan dan keseorangan di India, Pawan ambil keputusan untuk menyatukan semula Shahida dengan keluarganya dengan apa saja cara sekalipun. Ketika itu Pawan memberi nama Munni kepada Shahida (dah tak tahu nama kan). Tapi ada beberapa masalah yang Pawan hadapi apabila dia tidak mempunyai passport, tidak tahu kampung, bandar mana Munni tinggal di Pakistan, tidak pernah berbohong, dan dia seorang vegetarian.
Menariknya tentang Bajrangi Bhaijaan, filem ini memaparkan perbezaan antara agama Hindu dan Islam, perbezaan antara India dan Pakistan. Ini dapat dilihat pada babak di mana keluarga Pawan sedang menonton perlawanan kriket antara India dan Pakistan. Ketika semua orang menyokong India, Munni bersorak untuk Pakistan dan meraikan kemenangan Pakistan. Dari situ mereka dapat tahu Munni seorang rakyat Pakistan. Tentang agama Munni pula, Pawan dapat tahu selepas kejadian terserempak Munni memakan ayam (daging) di rumah jiran dan melihat Munni berdoa di Masjid.
Disebabkan tiada passport dan terlalu banyak karenah untuk mendapatkan passport daripada kerajaan India, Pawan ambil keputusan untuk menyeberangi sempadan India-Pakistan secara haram dengan bantuan kaki seludup. Dalam babak ini boleh lihat bertapa jujurnya Pawan apabila masih mahu dapatkan permintaan pihak berkuasa Pakistan di sempadan untuk masuk dalam Pakistan walaupun sudah berjaya menyeberangi sempadan secara haram. Dia tetap tidak mahu meneruskan perjalanan selagi tidak mendapat izin walaupun dituduh sebagai pengintip India. Kejujurannya berjaya melembutkan hati pihak berkuasa tersebut.
Cabarannya tidak berhenti disitu apabila sepanjang di Pakistan, Pawan diburu oleh polis yang menyangka dirinya seorang pengintip. Pawan dibantu oleh seorang wartawan Pakistan Chand Nawab (Nawazuddin) yang agak gagal dalam kariernya yang percaya dengan tujuan Pawan ke Pakistan. Walaupun berjaya menemukan Munni dan keluarganya, Pawan berjaya ditangkap oleh polisBabak Bajrangi Bhaijaan paling sedih sudah tentu apabila rakyat India dan Pakistan bersatu untuk melepaskan Pawan dari lokap. Di mana penduduk-penduduk berarak dan berkumpul di pintu sempadan untuk membawa pulang Pawan ke India. Munni yang ternampak Pawan berlari untuk mendapatkannya yang ketika itu berjalan kaki menyeberang pintu sempadan. Di sinilah berlakunya keajaiban yang mampu membuatkan air mata sesiapa pun jatuh hatta abang sado sekalipun apabila Munni secara tiba tiba boleh bercakap dan menjerit memanggil nama Pawan. Love can cure anything.
Bajrangi Bhaijaan semenangnya mengharapkan kepada bakat Salman Khan untuk menghidupkan cerita ini. Kareena Kapoor yang memainkan watak makwe Pawan tidak begitu menyerlah dan tenggelam dengan wajah extra-cute Munni. Sekiranya anda mahu tonton filem cinta Bollywood yang lain daripada yang lain anda patut tonton Bajrangi Bhaijaan. Berbaloi. 5 Bintang penuh untuk cite ni :)

10 ulasan:

  1. seriously sgt menyentuh hati. waktu part2 akhir tu lagi lah. tahan ayaq mata ja. huhu. best movie ni even sentuh keagamaan sikit huhu

    BalasPadam
  2. rasanya macam banyak scenes yg buat leleh air mata T___T

    BalasPadam
  3. nak tengok jugak...ada link untuk download tak?

    BalasPadam
  4. Ramai yang cakap cerita ni sangat best! kena tengok cerita ni nampaknya

    Set Cantik Gebu Shaklee

    BalasPadam
  5. insyaAllah akan tengok, best baca sinopsis ni

    BalasPadam
  6. nak tengok tak dapat2 lagi nak download asyik x lepas jaaaa ... :(

    BalasPadam
  7. org ramai review cam best je..lg best dr dilwale katenye..huhu

    BalasPadam
  8. Dah tengok citer ni. Banyak kali tengok pun tetap best

    BalasPadam
  9. Memang best gle . Sesapa nak feeling2 tu bleh ar lyn cta ni . Sebak weh.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017