-->

16 Jan 2016

Sinopsis Filem Mat Moto

Assalammualaikum..
Filem Mat Motor akan mula ditayangkan di pawagam bermula 14 Januari 2016 ini. Filem Mat Moto ini diarahkan secara bersama oleh Pekin Ibrahim dan Shafiq Yusof serta dilakonkan oleh Pekin, Dato Rosyam Nor, Shaheizy Sam, Zul Huzaimy, Syamsul Yusof, Falisha Crosley dan Kamarool Yusof. Wah ramai pelakon hebat dalam filem Mat Moto ni, tagline filem ni juga menarik iaitu "Kami Mat Moto Bukan Mat Rempit". Apapun jom layan sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Filem Mat Moto 

Mat Moto mengisahkan AL, pemilik syarikat suntingan filem menjelajah empat negeri bagi menunaikan hajat sahabatnya, Spark yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya. AL mencari empat topi keledar yang menjadi buruan penggemar motosikal. Turut serta dalam misi itu adalah pelajar praktikal, Sikha. Dua insan itu jatuh cinta, namun Sikha menyembunyikan rahsia yang boleh menggugat hubungan merekaApakah rahsia itu? Berjayakah mereka menamatkan pengembaraan mencari helmet itu? Semuanya dapat disaksikan dalam filem Mat Moto yang menjanjikan kepuasan maksima buat penonton khususnya pencinta motosikal.

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017