-->

1 Sep 2016

Sinopsis Drama Hajah Heathrow Kembali TV3

Sinopsis Drama Hajah Heathrow Kembali TV3

Assalammualaikum..
Drama Hajah Heathrow Kembali telah mula disiarkan di Tv3 mulai 30 Ogos yang lalu menggantikan drama Budak Magik yang telah tamat episodnya. Drama Hajah Heathrow Kembali ini disiarkan setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam dan merupakan kesinambungan kepada telefilem Hajah Heathrow yang pernah disiarkan di Tv9 sebelum ini. Drama ini dilakonkan oleh Ogy Ahmad Daud, Fadhil Dhani, Hafidz Roshdi, Nazeera Sardi dan ramai lagi. Drama 13 episod ini diarahkan oleh Along Kamaludin dan merupakan terbitan Wira Nusa Sdn Bhd. Wahh nampak macam best jer kan drama ni, apapun jom layann sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Drama Hajah Heathrow Kembali

Sebaik sahaja pulang dari Mekah dan Heathrow, Juriah dah jadi semakin melampau dan poyo. Kalau orang yang tak sebut nama dia 'Hajah Ju' atau akak 'Hajah' atau ' makcik Hajah', Ju akan betulkan. Penat-penat pergi Mekah, 'title' kenalah pakai. Katanya bukan sebab riak atau menunjuk-nunjuk tetapi lebih kepada nak beri semangat untuk orang lain yang belum pergi Mekah untuk menunaikan haji. Bukan itu sahaja, Juriah juga ingin mengembangkan perniagaan gerainya kepada sebuah warung. Ahli keluarganya terkejut dengan ideanya itu. Katanya, hidup kena berubah. Tetapi suaminya, Ramlan melarang. Lebih-lebih lagi Juriah mahu hidangkan spaghetti dalam menu warung itu. Macam-macam perangai Juriah ni!

1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017