-->

18 Nov 2017

Sinopsis Drama Jurnal Suraya (Zehra TV3)

Drama Jurnal Suraya, Sinopsis Drama Jurnal Suraya, Drama Melayu, Slot Zehra, TV3, Kisah Sedih, Pelakon Drama Jurnal Suraya, Nad Zainal. Johan As'ari, Ryzal Jaafar, Aisya Hasnaa, Sasqia Dahuri, Noniswara, Kuza, Wanna Ali, Adam Shadan, Khairi Anwar, Hilman Aleef. Ikhlas Jalil, Cinta, Ending Jurnal Suraya, Drama 13 Episod,
Sinopsis Drama Jurnal Suraya Slot Zehra TV3 Lakonan Nad Zainal dan Johan As'ari

Drama Jurnal Suraya sudah mula disiarkan di Slot Zehra TV3 bermula 15 November 2017 yang lalu. Antara Pelakon Drama Jurnal Suraya ini adalah Nad Zainal. Johan As'ari, Ryzal Jaafar, Aisya Hasnaa, Sasqia Dahuri, Noniswara, Kuza, Wanna Ali, Adam Shadan, Khairi Anwar, Hilman Aleef. Ikhlas Jalil dan ramai lagi. Selain itu drama Jurnal Suraya ini mempunyai 13 episod serta diarahkan oleh Zul Huzaimy dan diterbitkan oleh Primeworks Studios Sdn Bhd. Kalau tengok dari sinopsis drama Jurnal Suraya ini, memang nampak sedih kisah hidup Suraya ini, apa pun jom tengok sinopsis drama ini dibawah ye..
Fanpage Superstar - Tips Lonjakkan Jualan di Facebook, Ebook, Elektronik Book, Iklan,

Sinopsis Drama Jurnal Suraya Slot Zehra TV3

Mengisahkan ketabahan Suraya (Nad Zainal) dalam meneruskan kehidupan sebagai penghidap Leukimia. Kekuatan yang dimiliki oleh Suraya untuk menghadapi kehidupan seharian ketika hendak menamatkan pengajiannya ternyata dikagumi oleh rakan-rakan senasib dengannya. Selain rakan-rakannya, Alif (Johan As’ari) yang menghidap kanser tulang tahap tiga turut mengagumi wanita itu dalam diam. Perhubungan antara Suraya dan Alif pada awalnya terbatas sebagai rakan karib sahaja kerana bapa Suraya, Datuk Hisham (Khairi Anwar) mahu mengahwinkan Suraya dengan Imran (Ryzal Jaafar). Namun, Imran mempunyai niat tersembunyi disebalik kesungguhannya untuk menikahi Suraya, iaitu untuk membolot harta keluarga Suraya. Bagaimanapun, lakonan Imran dapat dihidu oleh Suraya kerana Suraya tahu sikap sebenar Imran yang suka berfoya-foya di kelab malam. Penyakit yang dihidapi Suraya membuatkannya terpaksa ke Singapura untuk melakukan rawatan dan merupakan usaha terakhir atas saranan doktornya, Dr. Nadia. 
Drama Jurnal Suraya, Sinopsis Drama Jurnal Suraya, Drama Melayu, Slot Zehra, TV3, Kisah Sedih, Pelakon Drama Jurnal Suraya, Nad Zainal. Johan As'ari, Ryzal Jaafar, Aisya Hasnaa, Sasqia Dahuri, Noniswara, Kuza, Wanna Ali, Adam Shadan, Khairi Anwar, Hilman Aleef. Ikhlas Jalil, Cinta, Ending Jurnal Suraya, Drama 13 Episod,

Bukan sahaja Suraya, Alif juga sering diserang penyakitnya dan berulang-alik ke hospital. Ekoran daripada tempoh rawatan yang panjang membuatkan Suraya dan Alif terputus hubungan buat seketika. Ibu mertua Suraya, Puan Sharifah menyokong niat jahat Imran dan melayan Suraya secara endah tidak endah. Puan Sharifah sememangnya tidak berkenan dengan menantunya, Suraya dan menganggap penyakit yang dialami oleh Suraya tidak lah seteruk mana dan hanya sengaja dibuat-buat seperti kelihatan kritikal. Namun, bukan sahaja kebencian yang diterima daripada ibu mertuanya, perangai buruk Imran yang kaki mabuk dan bersifat curang mereka memberi tekanan kepada Suraya. Hari demi hari, tekanan yang diterima oleh Suraya membuatkan penyakitnya menyerang dirinya kembali. Melihat keadaan Suraya yang kritikal dan memikirkan harta yang bakal dimiliki, Imran menghantar Suraya ke hospital. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, Adakah cinta Suraya dan Alif terkubur begitu sahaja? Mampukah Suraya bertabah dengan segala cabaran kehidupannya? 
Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

8 ulasan:

  1. Nad zainal mmg best blakon..makin cantik die skrg ni..,layan juga drama baru ni..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum & salam jumaat kepada Sis Mulan

    Semoga sihat & di kurniakan rahmat Allah swt

    BalasPadam
  3. Nampak pelakon macam menarik drama ni..

    BalasPadam
  4. Selamat bercuti hujung minggu ni mulan

    BalasPadam
  5. eh.. maaf ya, alif bukan ke dia penyakit barah paru-paru

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha aaa betul dia pnyakit barah paru2

      Padam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017