-->

26 Mei 2010

NoVeL VS FiLeM LaGeNDa BuDaK SetAN yg suRe BeSt..



Filem Jogho arahan Uwei yang dihasilkan pada tahun 1997 adalah filem terakhir yang diangkat daripada naskhah sebuah novel. Jogho merupakan adaptasi daripada novel Juara, karya S. Othman Kelantan.

Selepas filem ini, 11 tahun industri seni tempatan ketandusan karya yang diadaptasi daripada sebuah novel. Malah, dalam tempoh lebih 70 tahun dunia perfileman Malaysia wujud, hanya terdapat sembilan buah karya yang diadaptasi daripada bahan bacaan itu.

Berbeza dengan Barat, mereka telah mula mengadaptasi novel ke filem sejak tahun 1924 dengan ratusan filem yang bersifat pop, komik atau fantasi dilahirkan daripada misi adaptasi.

Statistik industri filem dan TV Amerika menunjukkan 85 peratus filem yang menang anugerah Oscar berdasarkan cerita yang diadaptasi daripada novel.

Selepas 11 tahun, Malaysia bakal dihidangkan dengan karya yang diangkat daripada sebuah novel pop paling laris pada tahun 1980-an. Dihasilkan oleh Ahadiat Akasyah, novel Lagenda Budak Setan (LBS) kini bakal divisualkan di layar lebar oleh pengarah dari India, Sharat Sharan.

LBS yang novel perdananya menggunakan judul Budak Setan mendapat sambutan luar biasa di kalangan pengikut novel.

Ia berkisar tentang kenakalan seorang pelajar sekolah bernama Kasyah hinggakan dia digelar ‘Budak Setan’.

Novel ini berkembang dengan pelbagai plot - lucu, nakal, sedih dan cinta yang membawa tumbuhnya karakter Ayu dan lain-lain. Novel itu itu kemudian disambung kepada Budak Setan II, Budak Setan III dan dikompilasikan dalam karya Lagenda Budak Setan.

Namun, satu fenomena yang bakal dilalui produksi adalah adakah filem ini akan laris sama seperti novelnya?


NOVEL Lagenda Budak Setan laris dijual pada 1990-an.

Ini kerana di sebalik lambakan adaptasi novel ke filem yang sukses seperti adaptasi komik Superman dan fiksyen Narnia atau Harry Potter, terdapat segelintir filem yang hasilnya mengecewakan seperti Da Vinci Code.

Sedar akan fenomena tersebut, Sharat memberitahu dia begitu teliti dan teruja memproses LBS dalam bentuk visual.

Duduk berbincang dengan Ahadiat yang menjadi penulis skrip filem terbitan Astro Shaw Sdn. Bhd. hasil kerjasama Nusantara Films dan Tarantella Pictures ini, janji Sharat, imaginasi khalayak tidak akan lari daripada fokus novel.

Apa yang difilemkan hampir sama dengan apa yang pernah dibaca.

“Saya sedar bahawa penonton akan mencari persamaan antara jalan cerita novel dan filem.

“Namun, realiti yang harus diterima mereka adalah kami menghimpunkan semua jalan cerita itu menjadi satu tanpa menghilangkan nilai atau karakter yang hidup dalam novel ini,” katanya.

Sharat menyifatkan LBS sebagai hasil kerja paling mencabar buatnya kerana tidak dihasilkan dalam kepakarannya sebagai pengarah filem semi Bollywood.

Kenyataan itu disokong oleh pelakon utama LBS yang memegang watak Kasyah, Farid Kamil.

Menurut pelakon kelahiran Perlis ini, sebuah novel tidak boleh difilemkan sepenuhnya.

Bagaimanapun katanya, dengan pemahaman untuk menerbitkan sebuah filem, novel yang ditulis dengan ratusan muka surat akhirnya diterjemahkan dalam durasi kurang tiga jam.

Jelas Farid yang tidak terbeban membawa karakter Kasyah: “Benar karakteristik dari segi imaginasi seseorang terhadap sesebuah novel yang diadaptasi ke dalam sebuah filem akan berkurangan. Namun, itu tidak bermakna sesebuah filem yang diadaptasi tidak boleh sukses.


FARID KAMIL sebagai Kasyah dan Lisa Surihani sebagai Ayu akan mengemudi LBS di layar perak.

“Saya percaya dengan memahami plot juga karakternya, dan disokong oleh lakon layar yang baik, sebuah filem adaptasi akan berjaya.

“Lagipun, pengikut novel ini pasti ingin melihat bagaimana bentuk imaginasi yang mereka fahami sewaktu membaca novel ini divisualkan ke dalam sebuah filem.”

Lisa Surihani yang membawa karakter Ayu dan Que Haidar sebagai Azmi turut berpendapat LBS pasti akan mencapai kejayaan kerana label yang sudah dicipta sejak novel ini diterbitkan pada tahun 1984.

“Inilah cabaran yang harus kami semua pikul iaitu memberi persembahan terbaik dan membawa imaginasi pembaca selari dengan apa yang bakal mereka tonton di layar lebar.

“Namun dengan label LBS sendiri yang sudah kukuh dan mempunyai pengikut, kami yakin bahawa LBS akan menarik minat orang ke panggung,” ujar Lisa yang tidak pernah membaca novel LBS, berbeza dengan Que yang merupakan penggemar novel Ahadiat.

Biar apapun persepsi dan sambutan yang bakal diterima kelak, mereka sepakat menyatakan bahawa imaginasi setiap individu berbeza sewaktu membaca novel.

Bagaimanapun, satu yang pasti, semua titik fokus akan bersatu apabila menyaksikan sebuah naskhah diadaptasi dalam sebuah filem.

Sinopsis Lagenda Budak Setan

Kasyah bersama rakan sekumpulannya, Sapi, Man dan Cin Cai merupakan pelajar nakal yang sering membuat onar dan terkenal kerana sering dikenakan tindakan disiplin. Mereka juga melabelkan kumpulan mereka sebagai anti perempuan. Namun, sikap dan kenakalan Kasyah berubah dengan kemunculan pelajar baru, Ayu. Ayu telah benar – benar menambat hati dan perasaan Kasyah, membuat dia jatuh cinta. Ayu mencabar Kasyah untuk berubah dan sebagai syarat untuk dia menerima Kasyah. Episod baru hidup Kasyah pun bermula.

Tiba masanya Kasyah perlu melakukan tugasan kajian tesisnya ke pedalaman. Kasyah berpisah sementara dengan Ayu. Azmi yang pernah mengecewakan Ayu, kini muncul kembali menagih cinta dari Ayu. Azmi hampa bilamana Ayu menolak permintaannya itu. Melalui ibu Ayu, Mak Leha, Azmi merencanakan sesuatu untuk membolehkannya bernikah dengan Ayu. Melalui perancangan Azmi, Mak Leha berpura sakit jantung dan tidak boleh kerisauan. Ayu yang serba salah terpaksa menerima Azmi dalam hidupnya, kerana bimbangkan keadaan ibunya. Ayu berkahwin dengan Azmi. Kasyah kecewa. Kebahagian yang diharapkan tidak menjelma.

Azmi kembali kepada tabiat lamanya yang pemabuk, panas baran, kaki perempuan dan sering membelasah Ayu. Suatu malam, mereka berdua bergaduh besar. Ayu yang dipukul bertindak melarikan diri dengan kereta. Ketika memandu dalam keadaan trauma dan emosi, Ayu hilang kawalan lalu kemalangan. Ayu cedera parah. Mukanya hancur. Azmi menuntut maaf tapi Ayu sebaliknya menuntu cerai dan minta wajah yang baru. Episod baru hidup Ayu pun bermula. Ayu yang kini berwajah baru tampil sebagai Emilia. Ayu ingin memulakan hidup baru dan melupakan episod dukanya.

Ayu / Emilia, menubuhkan syarikat melalui wang simpanan dan pampas an dari Azmi. Melalui kawannya, Suzana, Kasyah dijejaki dan dipelawa untuk bekerja dengan syarikat Emilia. Kasyah yang pada mulanya tidak menyangka apa–apa, mula mengesyaki sesuatu setelah baru bekerja. Melalui Suzana juga Kasyah mengetahui segalanya tentang Ayu / Emilia. Hubungan mereka kembali bertaut. Azmi yang sakit hati cuba mengagalkan hubungan itu kembali. Azmi sekali lagi meminta bantuan Mak Leha untuk memujuk Ayu / Emilia.

Semasa di rumah Emilia, Azmi telah memukul Emilia dihadapan Mak Leha sehingga milia terjatuh dan tidak sedarkan diri. Emilia cedera parah di kepala dan hilang ingatan. Berbagai cara dilakukan oleh Kasyah dan Mak Leha untuk memulihakn ingatan namun belum berhasil. Emilia yang senakin pulih, akhirnya mengahwini Kasyah. Kebahagian yang diharapkan Kasyah tidak kekal lama. Ayu / Emilia meninggal dunia ketika melahirkan anak.

Actually semasa Ayu hilang ingatan..Kasyah telah berkenalan ngan Katerina lakonan Fazura..kasyah bekerja satu syrikat ngan Katerina..dan katerina jatuh cinta ngan kasyah..begitu juga Kasyah mula menyukai Katerina..mereka sempat menyulam cinta sebelum akhirnya Kasyah mengambil keputusan mengahwini ayu dan mengecewakan Katerina..namun stelah Ayu meninggal dunia..katerina kembali dlm hdup Kasyah..dan akhirnya setelah plbagai halangan mereka berkahwin..dan anak ayu dan kashah meninggal..kerana sakit dan kehilngan anak kasyah diganti dgn anak abng kasyah yg dijaga oleh kasyah..

Ikutkan pas Novel LegENda BudaK seTan ada samBungan lg…bertajuk KateriNa…sebelum bersambung dgn KaSyah:LageNda BerAkhir..ketiga-tiga siri sambungan Lagenda Budak Setan..aku pernah baca..jadi sedikit sebanyak aku teruja gak nak tgk hasilnya dlm bentuk filem pulak..namun dlm bentuk filem ada sedikit perbezaan dri novel..misalnya dlm novel menggambarkan Kasyah dlm alam persekolahan…dlm bentuk filem pula mengambarkan Kasyah di alam Universiti…
Apa pun aku rasa sure cite die best..promo iklan filem ni kt tv pun nampak menarik..n dgr cite pas filem ni ada plak drama bersiri LagenDa Budak Setan ni di tv..Cuma pelakonnya x sama dah..utk drama bersiri pelakonnya mang bertukar..x silap aku yg aku tau watak katerina utk versi drama akan dilakonkan oleh Melissa Maureen Rizal..manakala watak Kasyah dan Ayu aku x tau sape yg akan lakonkan..apa pun pasti menarik..

teringin nak gi tgk kt pnggung wyg t..hehehe..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017