DuHai si Pari-pAri..
Emm bagi aku filem ni terlampau ringan..ala2 filem kanak2 ribena..aku mang mengantuk gler tgk cite ni..rasa jln cite die cm ringan sgt..mcm cite budak2..malas je rasa..rasa cm bengong je cite ni walaupun dibarisi para pelakon yg mantap gak..yg mang pemenang2 anugerah gitu..cite ni dibarisi oleh Que haidar, LiyaNa jasmay, Nabila Huda, Remy Ishak,Harun saLim Bachik..cite die ala2 cite fantasi gitu..kononnya percintaan pari-pari ngan manusia biasa..namun dr segi lakonan..que haidar bole la dipuji sbb die cuba bawa watak yg lari dri kebiasaannya yakni die bawa watak lelaki lurus bendul..kdg2 kelakar gak tgk watak die ni..manakala liyana jasmay pula..lakonan die trlalu biasa dn simple sgt..x nmpk yg istimewanya dlm lakonan die..manakala lakonan remy ngan nabila nmpk agak over sikit..tp pepn bole la layan gak cite ni utk sape2 yg nak isi masa lpng yg ada tu hehe..
SiNopsis cite Ni
Duhai Si Pari Pari mengisahkan Syadon (Que Haidar) seorang pemuda lurus bendul yang tidak pernah dilamun cinta.
Ditakdirkan dia terjatuh cinta dengan Mala (Nabila Huda), namun tanpa pengetahuan Syadon, Mala punya agenda jahat bersama rakannya Budi (Remy Ishak) untuk wang simpanan Syadon.
Walaupun Syadon hanya pekerja di stesen minyak tapi dia cukup cermat dan pandai menyimpan. Selepas ditipu Mala, Syadon masih tidak percaya Mala bersekongkol dengan Budi. Selepas dibelasah dan dibuang ke lorong gelap oleh Budi, Syadon terjumpa teko ajaib yang dihuni si Pari Pari (Liyana Jasmay).
Pari Pari kemudian mengharapkan cinta dari Syadon. Pada masa yang sama, bapa Pari Pari, Para Para (Harun Salim Bachik) mengesan anaknya yang lama menghilangkan diri. Kerana percaya Syadon adalah cinta sejatinya, Pari Pari enggan pulang dan menerima sumpahan dari para para iaitu lenyap dari dunia ini sekiranya cintanya gagal lagi.
Bagi aku filem ni dr segi jalan cite die..biase je kot..sbb filem2 org putih dh byk dh cite cmni..tp pepun bole la lau nk layan cite ni..x dela hampeh sgt pun..lagipun pemandangan dlm cite ni amat cantik..sedap la mata memandang..heroin die pun lawa..Cuma hero je kureng skit hehe..walau mcmmana pun aku rase filem ni x mampu nk cpai tahap box office la kt India tu.kemungkinan besar gagal di pasaran..
My Spy
SebeLum aku tgk cite ni..aku rase filem ni sure x best sbb die bergenrekan action komedi..aku x suke sikit cite2 aksi ni..namun bile aku dh tgk…x sangka kelakar gak cite ni..lawak gak..filem ni berjaya gak la buat aku gelak sorang2..hehehe..not bad..aku rase ni antara arahan Afdlin shauki yg terbaik juga la selepas filem Papadom tuh..Cuma dri segi pemilihan pelakon wanita aku x puas hati..patutnya amik la pelakon wanita melayu..bru la lgi best..lakonan AC ngan Harun salim bachik not bad gak..sesuai juga la gndingan diorang ni..
SiNopsiS cite Ni
AJ (AC Mizal) yang liar dan buta warna. Salleh(Harun Salim Bachik) - seorang pesara polis yang cuba menjual rekaannya kepada Polis Diraja Malaysia. Kedua-duanya membenci satu sama lain.Namun, penyiasat-penyiasat persendirian ini harus bergabung tenaga untuk menyelesaikan kes terbesar mereka. AJ dan Salleh akan berdepan dengan seorang Datuk O((Ridzuan Hashim) yang korup, pencuri dan pembunuh kembar, setiausaha yang seksi dan sebuah sindiket pencuri hasil seni.
My NaMe is KHaN
Filem yg dibintangi oleh ShaH Rukh KhaN dan KaJoL ni mengisahkan suka duka
Perjalanan hidup Rizwan Khan (SRK) yg mengidap Autism..intipati cerita ni adalah mengisahkan perjalanan Rizwan Khan utk menemui Presiden Amerika Syarikat..
Byk halangan yg terpaksa ditempuhi oleh beliau sehingga disangka sebagai pengganas pada mulanya..(tagline cite ni –My Name is Khan and im not a terrorist..-kehidupan Rizwan mula menemui bahagia apabila berkahwin dgn Mandira (Kajol) yg mempunyai seorang anak iaitu sameer hasil perkahwinannya yg terdahulu..
mereka bertiga hidup dengan bahagia serta penuh dgn kasih syg.. konflik bermula dgn insiden peristiwa 11 september di AS..ketika ini perasaan perkauman mula meletus di AS..org Islam menjadi mangsa..tempias konflik perkauman ini turut dirasai oleh Rizwan dan Mandira apabila akhirnya anak Mandira iaitu sameer mati dibunuh di padang bola sekolahnya oleh bbrp pelajar berbangsa org putih..Mandira x dpt mengawal perasaanya apabila kehilangan satu2nya anak kesayangannya..dia mula menyalahkan dirinya kerana berkahwin dgn rizwan..serta atas alasan agama dan perkauman membuatkan anaknya terbunuh dan menyalahkan rizwan serta menyuruh rizwan pergi dari hidupnya..
Dalam keadaan marah Mandira telah pun menyuruh Rizwan pergi menemui Presiden As dan membersihkan nama mereka..Mandira tidak menyangka yg Rizwan benar2 melaku
Kan apa yg disuruhnya itu..
Bagi aku jalan cerita die agak menarik..lain dari yang lain..x bosan menontonnya walaupun isu yg diutarakan dlm filem ni agak serius..karan johar yakni pengarah filem ni
Cuba lari dr kebiasaannya dgn menerbitkan filem sebegini..tnpa perlu ada banyak lagu dlm filem ni dn bergntung sepenuhnya pembawaan watak SRK dan KajoL dlm filem ni..bagi aku kajol sememangnya x de masalah membawa watak sebagai Mandira..begitu Juga Shah Rukh Khan yg memaparkan lakonan cemerlang sebagai lelaki yg mengidap Autism..dr segi gaya, percakapan, gerak geri agak meyakinkan..so aku rase semua patut menonton cite ni..selain itu cite ni juga ada menyelitkan unsur2 patriotik..berbaloi utk ditonton..
Niyang Rapik
Dibarisi ramai pelakon..serta pemilihan lokasi yg menyeramkan menjadi kekuatan utama cite ni..dri segi jalan cite filem ni rasanya biase je..jln cite die mudah je..dn pernah kite tgk dlm drama2..Namun pemilihan lokasi yg bersesuaian..serta pemilihan para pelakon yg sdg meningkat naik menjadi tarikan utama..serta membuatkan filem ni agak sesuai juga ditonton..pendek kata boleh layan la cite ni..hehe..
SiNopsiS cite Ni
Filem Niyang Rapik adalah sebuah Filem seram. Plot persembahannya menjurus kearah pengembaran dan triler. Cerita bermula apabila dikejutkan dengan kematian Zack secara misteri. Kematian Zack benar-benar memeranjatkan 4 rakan karibnya iaitu Helmi , Saiful ,Zizan dan Amir. Mereka semua merupakan lepasan pelajar jurusan Kajian Sejarah Selepas majlis tahlil arwah Zack, mereka berempat di kejutkan lagi dengan cerita dimana Zack menderita penyakit tersebut sejak setahun yang lepas selepas balik dari kampung Niyang Rapik.
Setelah di selidik, mereka berempat mendapati Zack telah mengambil sebuah Kendil lama dari kampung Niyang sewaktu mereka melakukan projek tahun akhir kajian peninggalan sejarah di kampung Niyang Rapik. Atas nasihat seorang bomoh di kampung Zack, mereka berempat di arah untuk memulangkan semula Kendil tersebut. Maka bermulalah pengembaraan mereka untuk memulangkan semula Kendil tersebut. Setibanya mereka di sana mereka di sambut dengan kedatangan anak gadis Ketua Kampung iaitu Laila. Kendil telah dipulang kan kepada bapa Laila. Tetapi gangguan keatas mereka berempat semakin menjadi-jadi.
Keadaan semakin huru-hara, anggapan mereka mengenai Kendil tersebut sebagai punca ternyata salah. Rupanya ada sebab lain yang menyebabkan mereka diseksa sedemikian. Rupanya ada kesalahan besar yang telah salah seorang dari mereka berlima lakukan sewaktu berada di Kampung Niyang Rapik setahun yang lalu. Salah seorang dari mereka telah meniduri Laila dan meninggalkan Laila. Beberapa bulan kemudian Laila didapati mengandung dan telah membunuh diri sebab malu dengan ayahnya. Ayah Laila telah mengambil keputusan untuk membalas dendam dengan menghantar santau yang akan membawa maut kepada mereka berlima bermula dengan Zack. Ini adalah kerana beliau tidak dapat tahu siapa sebenarnya yang bertanggungjawap sebab Laila merahsiakannya. Disebabkan terlalu marah beliau ambil keputusan untuk menghapuskan kesemuanya.
FILEM YG AKU NAK TENGOK ;) HEHE
MAGIKA
Bile ntah tarikh tayangan filem ni..tp rasanya cam menarik jer..sbb jalan cite die lain drp yg lain selain dibarisi dgn ramai pelakon hebat..ditambah dgn susunan muzik membuatkn
Cerita ni nmpk mcm istimewa utk ditonton..pape pun kite tggu je kemunculan filem ni di panggung wayaNg t.. =)
SiNopSis cite Ni
"Magika" menceritakan tentang Ayu dan Malik, dua beradik yang berada dalam kesedihan selepas kematian ibu mereka. Malik berasa lebih tertekan kerana memikirkan dialah punca kematian ibunya. DI suatu senja selepas bertengkar dengan kakaknya, Malik berjalan-jalan di hutan sehinggalah tersesat ke dalam sebuah alam ghaib bernama Magika. Namun, nasib tidak menyebelahinya .
Malik ditangkap oleh Nenek Kebayan dan pengikutnya Awang Kenit untuk dijadikan bahan ubat jamu muda yang dihasilkan melalui air mata kanak-kanak manusia. Ayu yang terdengar jeritan adiknya cuba menyelamatkan Malik tetapi turut terperangkap didalam "Magika'. Penjelajahan Ayu mencari Malik di "Magika' membuatkan Ayu menempuh pelbagai rintangan .
Di situ Ayu dan Malik akan bertemu pelbagai watak mitos kepercayaan orang Melayu diantaranya termasuklah 'Badang, Naga Tasik Chini, Nenek Kebayan, Puteri Bunian, Bawang Putih, Bawang Merah dan ramai lagi. Yang peliknya watak-watak ini juga bernyanyi sambil berbicara sesama mereka. Dapatkah Ayu selamatkan Malik serta keluar dari 'Magika"? Apa akan terjadi kepada Badang? Nenek Kebayan dan watak-watak lain di 'Magika".?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.