-->

27 Mei 2016

Episod Akhir Dia Semanis Honey

Ending Drama Dia Semanis Honey

Assalammualaikum..
Drama Kesukaan ramai iaitu Dia Semanis Honey telah pun tamat episodnya, drama lakonan Alif Satar dan Siti Nordiana ni menjadi popular dalam sekelip mata. Drama Adaptasi Novel ini berjaya mendapat tempat di hati penonton, disamping sentiasa trending di Twitter. Drama 16 episod ini akan digantikan dengan drama baru yang bertajuk Assalammualaikum Cinta lakonan Kamal Adli, Saharul Ridzwan, Ayda Jebat dan Emma Maembong yang akan disiarkan pada 30 Mei ini. Ending drama Dia Semanis Honey ni simple jer, dan dengar cerita akan ada drama Dia Semanis Honey Raya nanti. Episod akhir drama Dia Semanis Honey ni bermula dengan Insiden Hani dan Ahnaf yang diculik oleh Bella tu. Tak leh blah dengan Bella ni, siap bawak Tok Kadi bagai untuk kahwin dengan Ahnaf. Bella mengugut akan mencederakan Hani jika Ahnaf tidak mengikuti arahannya. 
Bella juga sempat memberitahu Ahnaf tentang berita Hani sedang hamil seterusnya menembak abang kandungnya sendiri. Ahnaf bersetuju untuk bernikah dengan Bella namun nasib baiklah pihak polis sampai tepat pada waktunya dan berjaya menggagalkan cubaan Bella untuk bernikah dan mencederakan Hani. Kemudian Hani dimasukkan ke dalam Hospital namun Ahnaf berasa marah, merajuk serta kecewa dengan tindakan Hani yang tidak memberitahu tentang kehamilannya. Ahnaf menjadi sedikit dingin dengan Hani, namun tidak lama, kerana selepas itu mereka dah berbaik-baik semula dan meminta maaf antara satu sama lain. Ending cite ni berakhir dengan Ahnaf dan Hani berborak-borak di tepi kolam renang dan meluahkan apa yang terpendam di hati selama ini dan last sekali Ahnaf terjun ke dalam kolam tersebut hehehe. Korang camne suka tak dengan ending cite ni?

2 ulasan:

  1. Tak tengok cerita ni tapi ramai komen cakap best...ending tu harus la happy ever after..hehe

    BalasPadam
  2. Ala.. comelnye... Ending sweet sangat..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

  • BERITA MLM2012~ZiZaN Sebak Beraksi Berseorangan05.01.2013 - 7 Comments
  • Senarai 30 Lagu Yang Layak Ke Separuh Akhir Muzik - Muzik 30 (TV3)22.11.2015 - 4 Comments
  • Sinopsis Filem Hanyut15.12.2016 - 3 Comments
  • CPUV Nuffnang - Sony Xperia Z3 Launch13.11.2014 - 2 Comments
  • Review Drama Korea Miss Hammurabi 12.12.2018 - 2 Comments
  • Angola's Leila Lopes crowned Miss Universe 201113.09.2011 - 2 Comments
  • Sinopsis Telemovie Nota Silam (Astro)29.05.2017 - 0 Comments
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017