Sinopsis Drama Assalammualaikum Cinta
Assalammualaikum..
Drama Assalammualaikum Cinta telah mula disiarkan di Astro Ria mulai 30 Mei yang lalu, menggantikan drama Dia Semanis Honey yang telah tamat episodnya. Drama ini dilakonkan oleh Emma Maembong, Ayda Jebat, Kamal Adli, Saharul Ridzwan, Ku Faridah, Wan Raja dan ramai lagi serta mempunyai 20 episod. Drama ini diterbitkan oleh Dark Wave Pictures dan diarahkan oleh Michael Ang. Wahh 2 drama arahan Michael Ang disiarkan secara berturut-turut gitu, bermula dengan drama Dia Semanis Honey dan kini Assalammualaikum Cinta. Disamping itu ada 4 pelakon popular berlakon drama ini dan membuatkan drama ni makin menarik. Selain itu, drama ini diadaptasikan daripada Novel Assalammualaikum Cinta karya Zura Asyfar. Apapun jom layann Sinopsis cite ni kat bawah k..
Sinopsis Drama Assalammualaikum Cinta
Bermula dengan pertaruhan semangkuk cendol yang menyebabkan Rykal lakonan Saharul Ridzwan dan Azrif (Kamal Adli) memulakan satu misi. Dalam misi tersebut, mereka berdua perlu memikat dua orang gadis bernama Emma (Emma Maembong) dan Nia (Ayda Jebat). Salah seorang dari mereka yang dapat memikat gadis itu dan gadis tersebut mengungkapkan kata I Love You, maka dialah yang akan memenangi pertaruhan tersebut. Emma merupakan seorang gadis yang bencikan lelaki kaya. Emma sering beranggapan bahawa lelaki kaya suka berlagak dan mempermainkan perasaan perempuan. Kebenciannya bertambah parah bila melihatkan Natasya yang merupakan kakaknya dikasari oleh Daniel, abang ipar Emma. Mengenali Azrif ibarat mimpi ngeri buat Emma. Dia bencikan Azrif. Lebih memburukkan keadaan bila Azrif seringkali memaksa Emma untuk berkawan dengannya.
Berbeza pula situasinya dengan Nia. Dia dan Rykal berkenal akibat merebut parking. Ayah Nia adalah seorang yang sangat tegas dan sangat mengawal kebebasan Nia, lebih-lebih lagi dalam bab berkawan dengan lelaki. Demi untuk memastikan misi berjaya dan kerana niat untuk memenangi pertaruhan semangkuk cendol, Azrif dan Rykal terus berusaha mengorat Emma dan Nia biarpun dihamburkan dengan macam-macam kata dan amaran. Biarpun pada awalnya Emma dan Nia tidak berkenan dengan Azrif dan Rykal namun tidak lama kemudian hati mereka berdua mula jatuh cinta pada kedua orang lelaki itu. Namun akibat keterujaan yang melampau bila akhirnya misi mereka berjaya, pertaruhan semangkuk cendol terbongkar juga membuatkan Emma dan Nia berjauh hati dan mengambil keputusan untuk tidak lagi berjumpa dengan Azrif dan Rykal.
Azrif dan Rykal juga sedar sebenarnya mereka juga telah jatuh cinta pada Emma dan Nia dan bukan sekadar hanya kerana pertaruhan semangkuk cendol. Lebih merumitkan keadaan dan merunsingkan mereka bila nenek mereka membuat keputusan mengejut untuk menyatukan mereka berdua dengan calon pilihannya.
Lagu Tema / OST Assalammualaikum Cinta
--> Di Amaran Mama Nyanyian Hazama
Jom Baca ni jugak --> The Conjuring 2 Seram Atau Tidak!?..
Not bad la untuk first episode..
BalasPadamboleh di layan juga laaa.. :)
best cerita ni, emma sangat cantik.
BalasPadamJom sertai giveaway kami http://alyasygsanda.blogspot.my/2016/05/giveaway-nalmr-blog-featuring-sassyrose.html, banyak hadiah menarik untuk dimenangi.
Memang layan citer nie lebih2 lagi ada emma maembong
BalasPadam