-->

22 Jun 2010

SeMeRah CiNta StiLLeto vs 2 Hati 1 JiwA..

Ni antara 2 filem Melayu yg aku dh tonton dvdnyer..iaitu Semerah Cinta Stilleto lakonan Lisa Surihani dan Farid Kamil..dan juga filem 2 Hati 1 Jiwa lakonan Yasmin hani dan Fouziah ghous..bagi aku kedua-dua filem ni ada tarikan masing2 ..pape pun jom tgk synopsis filem Semerah Cinta Stilleto ni terlebih dahulu..




SiNopsis..



Semerah Cinta Stilleto mengisahkan kehidupan bahagia Siti Laila atau Stila (Lisa Surihani). Stila dilahirkan dan dibesarkan dalam kemewahan dan segala yang dihajati akan ditunaikan oleh kedua-dua ibu bapanya. Dia juga seorang remaja perempuan yang cantik, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi terkemuka di ibu kota.



Leto (Farid Kamil) pula seorang pemuda yang hidup dalam keadaan serba sederhana.


Bekerja sebagai penjual ikan di pasar borong dan tinggal di flat murah berhadapan kawasan banglo mewah keluarga Stila. Pertemuan Stila dan Leto bermula apabila ibu Stila iaitu Datin Fairuz ke pasar membeli ikan untuk dimasak bagi menyambut kedatangan teman lelaki Stila iaitu Raymond ke rumah.



Kejadian tidak disangka berlaku. Pergaduhan besar tercetus antara penjual ikan di pasar sehingga memaksa Datin Fairuz membatalkan niat untuk membeli ikan.


Di situlah, Leto terpandang dan tertawan dengan keayuan Stila. Dalam kejadian itu juga, Leto dibuang kerja.Pada malam pertemuan Stila dan Raymond, Stila telah cuba digoda dan dinodai Raymond. Stila lari dan berjalan seorang diri sehingga bertemu Leto dan kawannya Yani (Cat Farish).



Yani sebelum ini setiap hari mengganggu Stila untuk membalas dendam, tetapi mangsanya adalah Leto.


Stila menendang punggung Leto sehingga berdarah dengan menggunakan stilletonya.


Yani yang terkenal dengan sikap nakalnya telah membawa Leto mencuri kasut untuk dijual. Kebetulan semula, rumah yang dicuri itu adalah rumah banglo keluarga Stila.



Kehilangan stiletto telah mengundang rasa sedih Datin Fairuz dan membuatkan Stila berasa bersalah dan berusaha untuk mendapatkan sepasang lagi stiletto.


Pertemuan semula dengan Leto telah membantu Stila untuk mendapatkan semula kasutnya.Dalam tempoh pencarian stilletto itu, Stila terserempak ibunya bermesra bersama dengan lelaki lain tanpa rasa malu.



Melihat sikap acuh tak acuh bapanya, Datuk Azahar akan tinggah laku isterinya, Stila mengikut Leto pulang. Stila tidak tinggal di rumah kerana berasa kecewa dan sedih.


Di rumah Leto, Stila telah bertemu dengan erti kesempurnaan hidup.


Namun, hubungan Stila dan Leto mendapat tentangan dari keluarga Stila dan keraguan kedua ibu bapa Leto.



Dapatkah Stila mendapatkan stilettonya semula?



Apakah reaksi Stila terhadap segala tindakan keluarganya? Dan bagaimanakah kesudahan perhubungan antara Stila dan Leto?


Segalanya terjawab dalam filem "Semerah Cinta Stiletto" terbitan ke-37 MIG production arahan Ahmad Idham.




Aku rasa tarikan utama filem ni adalah sebab adanya Lisa Surihani yg quit tuh.hehe disamping filem ni diarahkan oleh pengarah yg sering menghasilkan filem box office iaitu Ahmad Idham..pape pun aku rase filem ni antara filem yg paling x best sekali yg diarahkan oleh Ahmad Idham.Jalan cerita die terlampau biasa sgt..stereotype..cite anak org kaya jatuh cinta ngan anak org Miskin..berlaku konflik lari dr umah jap..bla bla blab la blab la….cmne la diorang leh buat jalan cerita cmni pastu dijadikan filem la plak..adoiiii..nasib la lisa surihani ada n sgt comel die dlm cite ni..aku rase jalan cite cmni lau dijadikan drama pun org cm malas je nk tgk..huhuu..rasenye Filem Syurga Cinta lakonan HeLiza AF5 ngan Awal Ashaari lebih best dri filem Semerah Cinta Stilleto nih..jalan cite die lgi mantap, penuh pengajaran dan seronok utk ditonton berbanding cite ni S.C.T nih..



Bagi aku S.C.T adalah sebuah filem cinta (romantic komedi) yg gagal di mata sanubari aku..jalan cite sume hampeh dan terlampau biasa..dah boleh diteka apa akan jadi seterusnya dlm filem nih..



Dri segi lakonan pula. Lakonan Lisa mcm biasa jer..xde apa2 yg istimewa or menarik sgt pun..lgipun watak die watak gadis kaya yg berperwatakan budak baik..so mmg kena ngan personality die yg lembut dan comey tuh..


Manakala farid kamil plak..lakonan die pun bagi aku x best laa..die berlakon ala2 anak emak gitu.budak baik..lurus bendul gitu..watak ni x begitu menguji lakonan die..aku rse aku x suke tgk farid kamil dlm filem ni..dgn rmbut die yg pjg dn serabut…huh..pastu melakonkan watak sedemikian..x berkenan den..pendek kata filem ni x sesuwei ngan jiwa aku.. aku bagi filem ni 2.5 bintang dr 10 bintang.



Ok..untuk filem 2 hati 1 jiwa nih yg dilakonkan oleh Yasmin Hani ngan Fouziah Ghous..bagi aku kire ok sikit la dr sudut jalan cerita die..yg mengisahkan ttg kembar siam..




‘Dua Hati Satu Jiwa’ merupakan filem ke-29 arahan Razak. Ianya mengisahkan bagaimana kehidupan dua pasangan kembar, Lana dan Lina, yang pada mulanya saling sayang-menyayangi berubah apabila meningkat dewasa. Mereka semenjak kecil sentiasa di bawah jagaan ayah dan ibu, sehingga tidak bersekolah di sekolah awam. Namun suatu hari, ibu bapa mereka menyedari sejauh mana anak-anak kesayangan mereka perlu dilindungi. Ketika itu juga, Lana dan Lina diterima masuk ke universiti…Maka bila di Universiti mereka mula sedar dan merasa payahnya menjadi kembar siam..perbalahan dan perasaan x puas hati mula muncul sehingga akhirnya mereka mangambil keputusan utk dipisahkan..




Jalan cite die mang lain dri yg lain..wajar dipuji..sbb xde lagi filem2 di Msia yg mengetengahkan isu kembar siam ni..filem ni kire okla gak utk ditonton..Cuma ada beberapa babak yg aku rasa x relevan cthnya babak yg Irma Hasmie kena rogol dan pukul tuh..tiba2 jer ada..pastu dtunjukkan Irma msuk hospital x lama pastu die leh ke Universiti dgn suka hatinya mcm xda apa2 yg blaku..ish2 penin..

lakonan Yasmin hani kire ok laa..tp aku meluat ngan lakonan Fouziah Ghous..sakit telinga aku dgr suara die..menjerit-jerit..mmg la watak die ala-ala keanakan sikit..tp lakonan die agak over..smpai menyampah jadinya aku tgk die berlakon..pastu aku rase ending cite ni pun kurang umpph la..entah mcm x best jer..walaupun ada eleman kejutan yg tjukkan rupa2 nya fahrin ahmad ada kembar..namun ending cite ni x best laa..aku bagi filem ni 4.5 bintang dr 10 bintang..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017