-->

17 Jun 2010

REviEw FiLeM LaGeNDa BuDak SEtaN..(FroM My PerSpecTiVe..)





Sejak akhir2 ni ramai yg memperkatakan ttg Filem Lagenda Budak Setan (LBS)..ramai juga para bloggers membuat review filem ni..ada yg mengkritik bagai nak rak..ada gak yg menyanjung filem ni..Hampir pasti filem ni mengaut keuntungan berlipat ganda setelah sekian lama xde filem romantik cinta di panggung wyg..sebelum ni kalau kita lihat byk filem yg bercorak seram mahupun komedi..paling kurang pun romantic komedi laa..susah nak jumpe filem yg brtemakan cinta tragis mcm LBS ni..Ianya diadaptasi dri Novel tulisan Ahadiat Akashah..aku merupakan salah seorang penggemar novel2 tulisan beliau..aku ada masuk beberapa laman blog dn membaca pandangan mereka ttg filem ni..emmm bagi yg suka akan filem ni mang xde masalah la..kebanyakannya menitiskan airmata terutama bgi yg jiwa2 lembut yg jiwang ni hehe..namun bagi yg mengkritik byk benda yg dipersoalkan..antaranya kenapa jalan cite berbeza dr novel?kenapa xde adegan tu adegan ni mcm dlm novel?dan mcm2 lgi..


Jom tgk pendapat aku…



Kenapa Aku Nak tgk Filem LBS Nii…?



1) sebab aku dah baca Novel nyer..malah bukan setakat novel LBS ni jer..aku dh pun baca sambungannya dlm novel Katerina dan juga novel terakhir siri LBS ni iaitu Kasyah:Lagenda berakhir kot tjuk buku die..x ingt dh aku..bukan setakat baca sekali..malah ada la khatam balik sekali dua kali hehe..semua novel2 diatas tu aku punye..aku x pinjam dr sesape..



2) Sebab barisan pelakon filem ni yg mantap dan aku rasa amat sesuai dgn watak2 dlm cite ni.. yg mana watak Kasyah dipegang oleh farid kamil,

watak Ayu-Lisa surihani,

watak Katerina-Fazura..

watak Azmi-Que Haidar..


Cuma watak Emilia tu jer guna pelakon bru..so kureng skit tang sini..tp aku rase mggunakan pelakon baru utk watak Emilia ni mang pilihan bijak krn penonton x kan membandingkan lakonan Lisa dgn pelakon baru ni..berbanding kalau diletakkan pelakon yg sudah ada nama, mesti pembandingan akan dibuat oleh peminat..jd langkah selamat baik letak pelakon baru jer..


aku rasa utk watak Kasyah mang sesuai kot dipegang oleh Farid kamil..sbb kalau bukan F.kamil sape yg layak ek..Aqasha?Zulhuzaimy? emm rasanya dri segi gambaran fizikal Farid kamil lebih sesuai pegang watak kasyah dgn ketinggiannya, putih lg, suara pun ok..mungkin die kena lgi feel lg utk bawa watak kasyah ni..



Lisa surihani mang amat sesuai sesangat bawa watak Ayu..amat kena dgn wajah die sume..Fazura lak mmg comey..aku mang suke die..cntik sgt..sesuwei jd katerina..harap kalau ade smbungan cite ni aku harap watak katerina ttp diberi pda fazura..Que haidar xde masalah nak lakonkan watak azmi..mang mantap lakonan die..



Apa yg aku tahu, sebelum berlakon filem ni, kebanyakan para pelakon telah pun membaca Novel Lagenda Budak Setan terlebih dahulu bagi memahami watak masing2 dan jln cerita..so bile diorang berlakon diorng mang dh faham watak masing2 disamping telah pun diajar oleh Ogy Ahmad Daud selama 2 mggu sbelum penggambaran filem ni dimulakan.



3) Lagu tema yg best serta promosi yg brterusan membuatkan aku sedikit teruja nak menonton filem ni..Lagu Bila Cinta mang best utk didengar..mendayu-dayu je..menusuk kalbu gitu hehe..


4) aku antara penggemar novel2 Ahadiat Akashah..banyak gak koleksi novel beliau yg aku ada..sebelum ni mmg sudah ada beberapa karya beliau telah diadaptasi menjadi drama di tv. So bile salah satu novel beliau diadaptasi ke bentuk filem so membuatkan sedikit sebanyak aku menjadi teruja ingin melihat bagaimnakah hasilnya bila ianya difilemkan.


5) aku juga ingin melihat bagaimanakah agaknya sentuhan pengarah Sharad Sharan yg mana beliau bukannya berasal dr Malaysia sebaliknya dr India (kalau aku x silap la) jiwanya mmg sudah sebati dgn cara pembikinan filem ala-ala bollywood..so aku terpikir bagaimanakah die nak mengarah filem yg mana jalan ceritanya agak kemelayuan dan bagaimanakah die nak mengambil isi2 penting dlm novel tanpa mencacatkan sedikit pun jalan ceritanya..sebelum ni beliau sudah pun menghasilkan dua filem iaitu Filem DiVA (aku x sure betul ke x tjuk die tu) yg mana filem ni Adam, Awal, Ning Baizura berlakon tu..kemudian filem TIPU KIRI TIPU KANAN..yg ada pelakon Indon tuh..n ada Hans Isaac, Natasha Hudson dll yg berlakon..n kedua-dua filem ni mang gagal di Pawagam..so bagi aku die mang bijak bile memilih utk mengadaptasi Lagenda budak Setan ke filem..


Disamping cuba memperbaiki imej nya sbagai pengarah yg berjaya hasilkan filem box office yg mana sebelum ni 2 filem nya telah gagal..pastinya die x nak gagal buat kali ketiga secara brturut-turut..malu la beb hehe..jadi pastinya untuk filem ketiga beliau..beliau akan melakukan yg terbaik utk mendaptkan keuntungan..disamping meraih kembali kepercayaan para penerbit..

telah aku menonton filem ni..dpt aku simpulkan

1. Ada sedikit PERBEZAAN dlm FILEM DAN NOVEL
Dimana dlm novel digambarkan Kasyah mempunyai seorang abang kandung yg brnama Iskandar serta masih mempunyai ibu..Kasyah juga mempunyai ayah tiri dan juga adik beradik tiri yg lain. Tapi Dlm Versi filem Kasyah digambarkan sebagai anak Yatim Piatu.


2. Dlm Novel latar tempat diambil masa Kasyah masih bersekolah..di Library, di bilik
Darjah, guru2, dimana ditunjukkan Kasyah, Ayu dan Azmi berada dlm 1 sekolah..ketika sedang bergelut dlm exam SPM yg bakal menjelma..manakala versi filem menunjukkan Kasyah dan Ayu sudah pun berada di Kolej.. manakala Azmi x ditunjukkan belajar dimana. Tup2 muncul jer.


3. Dlm novel menerangkan Kasyah melanjutkan pelajarannya di Luar Negara. X ingt lak nama tempat tuh..sebelum Ayu pula turut menyusul belajar disana..mereka bercinta bagai nak rak disana hehe..sebelum Ayu mendapat berita yg ibunya sakit dan terpaksa pulang ke Malaysia sekaligus dipaksa berkahwin ngan Azmi. Berbeza ngan versi filem Ayu dan Kasyah belajar di Kolej tempatan..kemudian Kasyah terpaksa pergi menyiapkan penyelidikannya di kwsn pdlmn selama setahun dan Ayu berjanji utk menunggunya..namun akhirnya Ayu terpaksa berkahwin dgn Azmi atas permintaan Ibunya yg berpura-pura sakit.


4. Dlm novel menerangkan watak Suzana yakni kawan Baik kpd Ayu yg byk menolong
dlm percintaan Ayu dan Kasyah sehinggalah mereka berkahwin..Namun dlm diam Suzana turut menyimpan perasaan pada Kasyah..yakni Suzanna juga mencintai Kasyah dlm diam tanpa diketahui sesiapa termsuklah Ayu sendiri..ketika Kasyah mendapat berita yg Ayu dh pun berkahwin..Kasyah amat kcewa..keadaannya tidak terurus..dan Suzanna la yg sentiasa memberi semangat dn menemani Kasyah setiap masa..Namun bila Kasyah dpt menerima dan berbaik semula dgn emilia (Ayu yg telah berubah wajahnya) Suzanna amat kecewa dan membawa diri pergi sambung belajar di suatu tmpat.sehingga la bertemu pengganti Kasyah disana..
Kasyah berasa pelik dgn perubahan Suzanna yg mendadak..namun akhirnya kasyah tidak memikirkan sgt ttg Suzanna dan perhatian kasyah beralih pada Emilia/Ayu..Ayu juga tidak berasa syak apa2 ttg kelakuan Suzanna..kirenyer Suzanna syok sendirilaa,cintai dlm diam..tapi dlm filem x ditunjukkan ttg perasaan suka Suzanna tuh..sebaliknya hnya menunjukkan suzanna ni hanya menjadi org tgh pada Kasyah dan Ayu.
5. Dlm novel menunjukkan ketika Ayu hilang ingatan..Kasyah dh pun mula menjalin
Cinta ngan Katerina..namun akhirnya Kasyah memilih untuk berkahwin dgn Ayu dan mengecewakan Katerina..Kate amat sedih dan berkurung berhari-hari dlm bilik dan rasanya die x dtg kot kenduri kahwin Kasyah (lau aku x silap) tp beza ngan filem yg tjukkan yg Kate mmg suka Kasyah tp mcm suka dlm diam..kasyah x tau pun kate suke kt die..n diorng x bercinta pun..kemudian kate slumber je dtg knduri khwin Kasyah..
Aku rase ada lgi perbezaan die tp x ingt dh..hehe..yg ni je yg aku ingt tu pun x tau la salah fakta ke x..maklumlah dh lama x tgk balik novel tu..hehehe..
Perbezaan2 yg aku sebutkan diatas mmg x dpt dielakkan sbb mungkin atas factor durasi masa tayangan filem ni yg pendek yakni sekitar dlm 2 jam je..kalau masanya dipanjangkan menjadi 2 stgh jam or 3 jam mungkin byk elemen dlm novel boleh dimasukkan dlm filem..jadi mahu x mahu banyakla benda terpaksa ditukar dan dipotong utk mencukupkan masa manjadi 2 jam jer..lagipun pengarah filem ni telah pun duduk berbincang dgn Ahadiat Akashah sendiri iaitu merangkap penulis novel cite ni..mencari dan mengedit jln cerita filem ni dr novel ke filem..jadi ini bermakna Ahadiat Akashah sendiri turut berpuas hati dgn cara filem ni digambarkan la sbb die pun mang terlibat sama dlm membuat dan mengedit versi novel ke filem..jadi x boleh kata la yg karya nya telah dirosakkan or whatever kerana beliau sendiri turut terlibat dlm proses membuat filem ni secara x lngsung mahupun lgsung..
Disamping itu, secara x lngsung filem ni dapat membantu Ahadiat Akashah dri sudut kewangan beliau sendiri yg kini dilaporkan di akhbar yg beliau sedang mengalami masalah kewangan yg agak serius..pejabat tutup, masalah kesihatan, masalah rumahtangga, masalah nafkah anak2 yg dh dibicarakan di mahkamah dsbnya..so kewujudan filem ni yg kini dh pun box office sedikit sebanyak mungkin dpt membantu beliau utk terus berkarya dgn lebih baik pada masa akan dtg..seingat aku novel terakhir karya die yg aku beli bertajuk UNTUK TIGA HARI dan sambungannya cite tu tajuk pe ntah..x ingt dh hehe..
SeBeLum dan SeLepAS menonton Filem ni
Sebelum menonton filem LBS ni aku sering meninjau pendapat2 bloggers mahupun di akhbar2 tempatan yg membuat review filem ni..byk gak kritikan..begitu juga pujian..ada yg suke sgt smpai menangis bagai nak rak.x kurang juga yg menyesal krn menonton filem ni..jadi aku pun penin nak gi tonton ke x..sedangkan mmg dh ada niat kalau gi sana mang nk tonton cite tu la..
Jadi dah ada rezeki aku pun uat keputusan nak tgk cite tuh..aku gi tonton tanpa ada sebarang jangkaan mahupun expectation yg tggi..aku pergi menonton sekadar inginkan hiburan semata-mata tanpa terlalu mencari kesalahan dan kekurangan dlm filem ni..aku just memandang sudut positif..jadi bagi pandangan aku..filem Lagenda Budak Setan ni berjaya menghiburkan aku..Alhamdulilah x sia2 aku gi tgk hehe.nasib tiket murah time tu..n org pun x ramai time tu..boleh dikatakan dpt menonton dgn amannya tnpa ada gngguan suara2 org lain kt situ..khusyuk sikit aku tgk..hehehe…alang2 nama pun review filem ni mestila kena kritik sikit ye x..hehehe..so ni antara kritikan aku yg x berapa pedas nyer la..sbb aku suke cite ni hehe..

KRITIKAN

1. Bagi aku tempoh durasi masa filem ni patutnya dipanjangkan lagi..selama 2 jam stgh ke, 3 jam pun xpe hehe..yela kalau filem Hindustan kite leh tgk sampai hbis kenapa lak filem Melayu kite x leh trima kalau ianya pun 3 jam gak..lgi best..berbaloi ngan tiket yg dibeli hehe..xde la kejap sgt..pastu byk lak kena potong sbb x cukup masa..rasanya tempoh tygn filem LBS Ni hanya 1 jam 55 minit cmtu kot lau x silap aku..mungkin ada yg kata x snggup nk duduk dl pnggung lama2 so jd x pyg dtg panggung habis cite kn..tgk cite lain, x pun tggu dvd die kuar..
2. Kesetanan Kasyah x cukup digambarkan dlm filem ni..hanya berapa babak yg tjukkn
Kenalan Kasyah dn kwn2 die..patutnya lebih banyak barula sesuai dgn gelaran Budak Setan tuh..aku rase Kasyah mang x cukup setan dlm filem ni berbanding dlm novel..
3. Aku paling suka babak yg membabitkan Azmi ngan Ayu..penuh emosi, penuh warna,
mmg mata aku x berganjak mana2 pun bile tgk babak diorng ni..Lakonan Que Haidar mang best..die ni mcm psiko skit..die amat cintakan Ayu tp dlm masa yg sama die snggup mengasari Ayu..die mcm ada knflik jiwa, panas baran terlampau..
4. Dlm filem ni x menemukan watak Azmi dan Kasyah..sebaliknya Azmi hanya melihat
Kasyah dr jauh jer..so agak x best la coz kalau Kasyah dan Azmi saling bertemu mcm terserempak ke apa ke..bru la akan ada impak yg kuat dlm filem ni..
5. Watak Fazura sbg Kate (Katerina) hanya beberapa babak jer..huhu aku rase kalau di
Banyakkan lgi babak Fazura mesti lg best..die muncul mcm biskut kejap ada kejap xde..selain itu watak Hisyam ex-boy kate x diterangkan secara jelas..mungkin dlm filem bahagian seterusnya kot..
6. Babak ketika Ayu cedera teruk di muka akibat accident..ditunjukkan muka Ayu dibalut
Keseluruhannya..rasa kelakar lak time ni sbb rmai yg ckp nmpk rupa ayu time ni mcm
rupa Hantu Bungkus Hehehehe..
7. Watak Ayu yg telah berubah menjadi wajah menjadi Emilia yg dilakonkan oleh plakon bru brnama Shikin yg gntikan Lisa tu agak kaku lakonan die mungkin ni first Filem die..so tu yg agak kaku sume tu..tmbh2 bukan suara die yg tuturkan dialog sebaliknya mggunakan suara Lisa Surihani..ni mungkin kehendak skrip sbb Ayu hanya berubah wajah bukan berubah suara..jadi suara Lisa mang harus digunakan.

HaRAPan unTUk SeKuEL filem LBS yg akan dtg..
-x silap aku sekuel seterusnya utk LBS adalah bertajuk Katerina kalau dri segi novel die la..n aku harap sgt Fazura akan terus menjadi Katerina utk filem sekuel ni..utk watak Kashah pun aku rase better kekalkan Farid Kamil sbb baru la ada feel nak menonton sekuelnyer kalau pelakon asal dikekalkan..kalau diubah pelakonnyer tentu mood lari sikit..huhu..
-aku pasti banyak rombakan kena dibuat sbb kalau nk ikut sebijik cm dlm novel Katerina agak mustahil aku rase kerana jalan cite dia agak daring sikit..kerana memaparkan isu Gay, kecurangan, Seks bebas dsbnya..jadi byk ketelitian dn pemilihan babak2 yg sesuai perlu dilakukan..apa yg aku harapkan jalan cite die x terlampau berubah sgt laa..
-Seterusnya aku harapkan pelakon2 yg akan membarisi filem sekuel LBS ni hendaklah pelakon2 hebat yg dh ada nama besar..baru gerenti meletup box office nyer..aku rasa watak Hisyam (watak negative) yg mana merupakan ex-bf Katerina agak sesuai dipegang oleh ZulhuzaimY..Aku rase die mang sesuai sgt ngan karakter sbg Hisyam…x pun Remy Ishak pun boleh laa..hehe
-Runut bunyi or Lagu tema utk filem ni seboleh mungkin biarlah penyanyi Malaysia yg menyanyikannya..baru la nampak Filem kita wajah kita hehe..sebab lagu tema filem LBS ni versi wanita or Lelaki dinyanyikan oleh penyanyi Indonesia..
Emm apa lgi harapan aku ek..emmm yg ni je kot setakat ni..dh x tau nk tulis pe dh hehehe..
So ni just my opinions jer..so kalau yg x suke ngan my opinions tu terpulanglah..masing2 ada pandangan masing..jd sama2 kita menghormati setiap pandangan yg diutarakan =)
Teringin nak tgk sekuel ke-3 TwiLight – Eclipse bulan depan.. (Insyaallah lau ada kesempatan dan rezeki)…

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017