-->

3 Jun 2010

WaNita2 yG DiKasiHi..



NyanYiannya TerHenTi OLeh AzaN (SiTi ZuBaidaH)


Dri buKu Wanita Yang DiKasiHi-FatiMah Hj. OmaR.



Mata air Siti Zubaidah terkenal dari dulu hingga sekarang. Terusan ini begitu popular dan amat penting sekali bagi kegunaan pengunjung yg dtg ke Mekah utk mengerjakan Haji. Terusan ini telah dibina lebih kurang 1400 tahun yg lalu. Dan orang yg bertggjwb dlm membina terusan ini tidak lain dan tidak bukan wanita yg bernama SiTi ZuBaiDaH..


Siapakah Dia?jasanya begitu besar dlm membangunkan Islam tetapi tidak ramai yg mengenal dirinya. Apalagi mengetahui latar belakang hidupnya. Sejarah seakan-akan dilupakan orang, walaupun jasanya masih boleh dilihat sampai sekarang, Siti ZuBaidaH sebenarnya adalah seorang Srikandi di Zaman AbbasiyaH.



KHaLiFaH HaRuN AL-RaSHiD



Biografi SiTi ZuBaiDaH sungguh menarik dan amat penting utk diketahui umum supaya semua dpt pengajaran dri apa yg berlaku pada dirinya.


SiTi ZuBaiDaH..berkahwin dgn Khalifah Harun Al Rashid pada zaman pemerintahan ayahnya Al Mahadi, pada tahun 165 Hijrah. Perkahwinannya diadakan secara besar-besaran, semua rakyat jelata dijemput hadir, Fakir miskin tidak ketinggalan, semuanya dijamu dgn hidangan lazat. Mereka juga dibekalkan dgn berbagai hadiah istimewa.


Begitulah Harun Al Rashid membelanjakan hartanya dlm meraikan perkahwinannya dgn Siti Zubaidah. Sebenarnya baginda terlalu gembira krn cita-citanya ingin berkahwin dgn Siti Zubaidah akhirnya terlaksana juga.



Siti Zubaidah adalah seorang wanita yg mempunyai akal yg cerdas, pendapatnya sentiasa dihormati. Kefasihannya dlm menghafal syair dan gurindam tiada tolok bandingannya.


Kebudayaan dan seni sudah menjadi darah daging dlm dirinya. Hasil kreativitinya telah menarik minat ramai penyair zamannya utk meminta nasihat dan pandangan beliau. Bahkan beliau juga mempunyai unit kebudayaan Negara yg mana beliau sendiri yg memimpinnya. Menjadi seorang pemimpin adalah berat tanggungjawabnya. Siti Zubaidah menyedari akan hal ini, beliau sendiri mencari jalan utk memahami jalan fikiran suaminya dan sebolehnya membantu perjuangan Khalifah Harun Al Rashid. Sebagai isteri seorang khalifah dia mesti memikirkan nasib kesemua rakyatnya agar terbela dan mendapat perlindungan.



Sewaktu beliau mengerjakan Haji pada tahun 186 Hijrah, beliau mendapat tahu penduduk Mekah menghadapi masalah kekurangan air. Apalagi bila tiba musim Haji, dimana ratusan ribu umat islam akan tertumpu ke situ. Sebagai seorang yg peka dgn kesusahan rakyat beliau segera menjemput semua arkitek dan para pekerja dari seluruh Negara dan berkata kpd mereka “Laksana projek terusan air itu walaupun menanggung perbelanjaan besar”. Ketika itu datanglah Arkitek2 dan pekerja2 ke Mekah. Mereka mula menyambungkan mata-mata air dari gunung-gunung persekitaran terutama dari gunung Hunain terus ke Mekah. Terusan ini dibuat dlm sebuah terusan batu yg pejal. Dan masih terus digunakan hingga sekarang. Projek ini telah menelan belanja sebanyak 1,700,000 dinar.



Tersebut dlm sebuah buku yg menceritakan mengenai projek air ini, ia merupakan suatu projek raksasa yg begitu luar biasa. Bangunan tempat keluar air itu masih ada hingga sekarang dan masih boleh dilihat bagi sesiapa yg dlm perjalanan dari Mekah ke Mina. Bangunan ini begitu kukuh terletak di tgh-tgh gunung, air akan turun dari situ menuju ke suatu tempat ke dlm bumi.



MEMPERBAIKI



Selain dari itu, Siti Zubaidah telah memperbaiki jalan antara Baghdad ke Mekah. Dibinanya perigi2 dan rumah2 persinggahan dan di sepanjang perjalanan bagi memudahkan org yg bermusafir utk mengerjakan haji, berehat dan mendapatkan air. Khalifah Harun Al Rashid merasa gembira mempunyai isteri sebijak dan secerdik Siti Zubaidah. Dia bukan saja cantik dan pandai melayan kehendak baginda sebaliknya pandai mengatur strategi membantu Khalifah dlm membangunkan kemajuan Islam.



POLITIK



Beliau sebenarnya tidak bermaksud untuk campurtangan dlm bidang politik Negara. Cuma dia berhasrat untuk menjadikan anaknya Al-Amin sebagai Putera Mahkota, kerana anaknya merupakan anak yg tertua. Tetapi Khalifah Harun Al Rashid tidak bersetuju dgn usul itu, baginda lebih suka kalau Al Makmum menggantikannya kelak. Tetapi sejarah kemudiannya menyaksikan perlantikan Muhammad Al Amin menjadi Putera Mahkota dan menjadi Khalifah sesudah kemangkatan Harun Al Rashid. Tugas sebagai seorang Khalifah bukanlah ringan dan beliau gagal dlm mentadbirkannya. Dia telah diturunkan drp tempatnya dan digantikan oleh Al Makmun. Al Amin kemudiannya telah dihukum bunuh.


HANCUR




Siti Zubaidah menyaksikan semua itu, betapa hancur hatinya, tetapi bila mengingatkan kata-kata suaminya dulu, jiwanya kembali tenang. Ada seorang datang cuba menghasutnya supaya menuntut bela di atas pembunuhan itu. Namun Siti Zubaidah terselamat dari segala hasutan jahat tersebut.Dia kenal anaknya sendiri dan kenal peribadi Al Makmun. Al Makmun tidak bersalah dlm hal ini. Yang hak pasti menang dan yg batil pasti kalah. Dia tidak mahu campurtangan dlm urusan pemerintahan.



Siti Zubaidah menghabiskan usia tuanya dgn memperbykkan ibadah, berwirid dan berzikir serta memohon ampun kpd Allah atas dosa2 nya yg lalu. Beliau juga menjadi tumpuan rujukan dan pertanyaan mengenai hal-hal furuq dlm ajaran Islam. Siti Zubaidah meninggal dunia di Baghdad pda tahun 216 Hijrah.



Di dlm kitab Riadhus Salikin ada diceritakan, slps bbrp mlm Siti Zubaidah meninggal dunia, ada seorang soleh yg bertaraf wali Allah bermimpi melihatnya berada di dlm syurga. Wali itu sempat bertanya , “Apakah amalan yg menyebabkan engkau memperoleh darjat ini?” Lalu Siti Zubaidah menjawab, “Tidak, bukan disebabkan itu aku memperolehi darjat ini kerana harta yg bercampur. Allah mengira pahala dan mengampunkan segala dosaku adalah kerana sewaktu aku mengadakan majlis nyanyian dan bersyair, aku hentikan apabila terdengar suara muezzin melaungkan azan, aku menyuruh semua jariahku berhenti bersyair dan bergendang bagi menghormati azan yg sedang berkumandang. Dan menyambung kembali setelah azan selesai . itulah amal ibadat yg Allah terima dan nilai..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017