-->

16 Feb 2014

Konsert Shah Rukh Khan Temptation Reloaded Live In Malaysia


Assalammualaikum..
Hari ni (Sabtu) bakal berlangsungnya konsert Temptation Reloaded Featuring Shah Rukh Khan (SRK), Madhuri Dixit, Rani Mukerji, Jacqualine Fernandez dan ramai lagi. SRK turut mengupdate status Twitternyer berkaitan dengan konsert ini. Beliau telah sampai di Malaysia pada pagi Jumaat yang lalu manakala di waktu petang pihaknya telah mengadakan Sidang Media. Ketika SRK tiba di KLIA Malaysia kelihatan die bertongkat akibat mengalami kecederaan ketika penggambaran filem Happy New Year. Walaubagaimanapun SRK telah pun menjelaskan keadaannya di Sidang Media yang dibuat.
Shah Rukh Khan berkata, keadaannya sudah beransur pulih dan yakin akan beraksi dengan baik di konsertnya nanti. "Saya boleh kata saya sudah beransur pulih dan yakin dapat menari dengan baik. Saya akan lakukan apa sahaja demi peminat Malaysia kerana terus terang ini negara yang paling saya sayangi. Saya akan menjanjikan persembahan yg paling menghiburkan dengan tarian-tarian yg akan dipersembahkan nanti". Ada yang pergi tak tengok konsert ni?? selamat menonton lah yer, dengar cerita harga tiket boleh tahan mahal gak..
Apapun mmg suka dgn SRK ni, dulu suka sgt tgk die bergandingan dengan Aishwarya Rai, pasangan ideal gitu. Madhuri ni pun aku suka gak masa dulu2 sebelum bertukar ke Aishwarya Rai plak lepas tu hehe. Rani pun den suka cuma filem die kebelakangan ni tak meletop sangat dah. Manakala Jacqualine Fernandez ni aku suka gak, lawa orgnyer aku suka tgk die dalam filem Aladdin tapi x brp suka tgk die dlm filem Race 2.

Gambar2 dan petikan kata credit untuk murai.com.my..

2 ulasan:

  1. Haa...agak2 mis banu...deqla pegi ke x ni ehh... :)

    BalasPadam
  2. amboiii soklan cik nur tu..haha.. meh nk jwb, deqla x pegi la.. bkn x nak..hari tu dah bercdg dah ngan ida nak pegi, nak beli tiket dah bila ada sorg lagi member ajak.. tp pikir2 blk x nk la baris blkg.. bkn nmpk dia pun..nmpk mcm semut jer dia.. last2 nanti kena tgk kat screen tu jer.. huhu.. yg sorg lagi tu pegi tp dia kata dgr suara org jerit2 jer kat blkg, suara konsert tu dah tenggelam.. hahaha.. x berbaloi kan? kalo baris yg dpn2 tu plak tiket mahal nak mampos..lain la kalau aku kayaaa.. hahahaha..tp apapun minat daku pd SRK tetap mentenn.. :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017