-->

26 Feb 2014

Review Running Man Episode 186 With CN Blue

Assalammualaikum..
Baru lepas menonton Ep 186 Running Man yang mana guestnya adalah kump CN BLUE & Shim Eun Kyung. Baru perasan yg Shim Eun Kyung ni adalah pelakon utama filem Sunny, patutla muka die familiar gitu hehe. Ada 3 team iaitu Team Kuning yang diwakili oleh Jaesuk, Suk Jin, HaHa & Gary, Team Merah pula diwakili oleh Jong Kook, Kwang Soo, Ji Hyo dan Eun Kyung. CN Blue pula mewakili team Biru. Di permulaan episod ketiga-tiga team telah diperkenalkan secara ala2 Boy Band gitu siap menyanyi dan bermain muzik hihi. Game pertama yg diorang main adalah game makan2.
Lawak bila semua team nak kan kad yg tertulis Fail untuk diorang meneruskan makan makanan yg sedap2 lagi. Game seterusnya antara game favourite aku sebab diorang semua ke Nansan Tower dan main game dengan pengunjung dan pelancong kat situ. Game yg paling aku suka masa diorang semua kena cari huruf2 tu untuk membentuk satu perkataan, part ni lah banyak perebutan berlaku, rampas merampas dan lari sekuat hati untuk menyelamatkan sebanyak mana huruf yang mereka dapat sebelum dirampas oleh team lain. Lawak habis game ni.

Game Seterusnya pun best yang mana kali ni diorang boleh pilih game mana yg diorang nak main lepas cari 2 kotak hadiah yg berisi tajuk setiap game. Game kali ini x perlukan stamina tinggi atau kena berlari laju sebaliknya bergantung pada tuah/nasib masing2 ketika main game tersebut. Nama game tu aku x ingat sangat antaranya Game Mr cylinder, Game Titanic, Game duit syiling. Lebih kurang gitulah namanya hehehe, memang suspen jer game tu walaupun game tu agak senang nak main. Last game diorang main adalah game yg kena lekatkan warna team masing2 kt roda besar tu kemudian pusingkan. Diwarna mana yang roda tu berhenti, itulah pemenangnya dan pemenangnya digelar sebagai The Face Of Seoul.
Semestinya pemenangnya adalah team biru CN BLUE. hehe anggota CN Blue ni pun turut bergelar sebagai pelakon juga macam Jong Hwa dan lain2.

Review2 Drama Lakonan ahli2 CN Blue, klik tajuk dibawah untuk membaca review drama tersebut-

P/s-Tak sabar tunggu episod Running Man In Australia with Rain & Won Bin hehe..

5 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017