-->

4 Feb 2014

Sepahtu, Shiro, Jambu, Nabil & Bocey Layak Ke Final Maharaja Lawak Mega 2013

Assalammualaikum..
Minggu ke-12 MLM2013 telahpun berlangsung dan menyaksikan tiada penyingkiran serta semua peserta layak untuk ke final di minggu ke-13 nanti. Walaubagaimanapun sebelum tu Sepahtu hampir2 tersingkir namun terselamat setelah AC mengumumkan tiada penyingkiran untuk minggu ke-12. Tahniah untuk semua peserta. Ajak Shiro telah berjaya memenangi "Man Of The Match" untuk minggu ke-12 ni. Tema untuk minggu ini adalah pelajar Kolej dan Artis undangan. MLM untuk minggu ini juga dibuat di Johor dan ternyata sambutan disana sangat meriah sekali.
Kumpulan Bocey membuat persembahan pembukaan dan sketsa mereka yg pertama adalah berkaitan dengan Konvokesyen di Kolej dan untuk tema artis undangan, diorang telah membuat sketsa ala2 filem Gila-Gila Remaja tu dan artis undangan mereka adalah Hairul Azreen. Siap ade adegan bawa motor n adegan lawan sikit2 hihi. Walaubagaimanapun Bocey bertuah sebab walaupun kumpulan baru diorang tetap konsisten dan berjaya melangkah ke final MLM2013.
Sepahtu di sketsa pertama diorang buat pasal hantu di Asrama dan Shuib yang jadi hantu, hantu yang tak berdialog hehehe. Siap main Spirit of the coin bagai, tapi untuk sketsa ni Sepahtu mendapat 3 bintang saja. Manakala untuk sketsa kedua, Ebby Yus yang menjadi artis undangan dan sketsa kedua mereka berkaitan pembahagian harta pusaka, peguam dan sebagainya. Sedikit boring sketsa kedua mereka ni dan kali ni Jep pula yang xde watak hehehe. Apapun Sepahtu antara kump yang disebut-sebut untuk menang MLM kali ni. Adakah mereka akan bergelar juara nanti? sama2 lah kita nantikan.
Kump Shiro pula membuat sketsa tentang Senior dan Junior di Kolej yang mana Senior buli Junior gitu, siap ada tarian naga semua hehe, Shiro juga menyanyikan lagu JDT dan membuatkan penonton teruja. Untuk sketsa kedua, Awie menjadi artis undangan mereka, ingatkan Shiro jadi samseng mulanya sebab dok bergaduh tapi bila Awie masuk terus keadaan bertukar bila semua jadi lembut hahaha, comel Awie jd lembut hihi, x leh blah tgk Shiro pakai baju ada bentuk love gitu hehe. Shiro antara kump yang konsisten di MLM2013 dan disebut-sebut juga ada harapan utk menang MLM2013 ni dan kalau tak menang pun maybe Naib Juara gitu. Apapun di final anything can happen sama2 kita tunggu nanti.
Kump Jambu pula membuat sketsa tentang perbahasan dalam bahasa inggeris di Kolej, kiranya Yus dan Tauke kena speaking lah kan hihi memang diorang bedal jer, habis semua perkataan bahasa inggeris diorang sebut hihi..Walaupun diorang merapu jer cakap dalam bahasa inggeris tpi still ada kelakarnyer hehe. Manakala dalam sketsa kedua pula mereka buat tentang gangster ala2 KL Gangster 2 tu, siap ada Tailong gitu hehe, Artis undangan mereka adalah Rosyam Nor. Lawak jer siap buat senaman iya iyalah hehe, pastu x leh blah dengan baju Rosyam Nor ada Hello Kitty n warna pink tau siap ada rambu2 semua hihi comel.  Kalau dulu masa MLM2012, Jambu jadi Naib juara, dapatkah diorang pertahankan kedudukan Naib Juara tu ataupun diorang berjaya mendaki ke tahap tertinggi sekaligus menjadi juara MLM2013?. Sama2 kita tunggu keputusannya nanti.
Nabil pula membuat sketsa ttg Negro jual Jam kot kalau x silap, kemudian untuk sketsa kedua Nabil bersama artis undangannya Harith Iskander membuat sketsa menerusi nyanyian dalam lagu2 popular yang menang Anugerah Juara Lagu (AJL28) sebelum ni. Dalam sketsa tu, diorang sebut pasal juri2 kiranya satu juri satu lagu hehe. Walaupun awalnya x sempat nak nyanyi lagu ke-4 untuk Datuk Yusof Haslam tapi akhirnya diorang nyanyi gak walaupun sekejap. Nabil dalam ML2011 dia mendapat tempat ketiga kemudian dalam MLM2012 dia join Boboi dan mereka mendapat tempat ke 4 kot kalau tak silap. Mampukah Nabil mendapat num 3 atau melonjak menjadi Naib Juara mahupun juara sama2 kita tggu dan lihat.

Good Luck untuk Semua peserta..Gambar2 diatas credit to Facebook Maharaja Lawak.
Baca ini jugak..KLik Tajuk dibawah untuk membaca entry tersebut.

12 ulasan:

  1. Ucapan daripada Jep time last memang terbaik... Haha

    BalasPadam
  2. sepah2 akhir ini memang tak best...huhu

    BalasPadam
  3. masa tu ingat ke memang sepahtu dah keluar..gimik semata-mata :D

    BalasPadam
  4. Entri yang menarik.

    Jom singgah blog saya awksweetgitu.blogspot.com :)

    BalasPadam
  5. Mmg persaingan sengit.. Semua hebat2 belaka...

    BalasPadam
  6. Lagu yang nabil nyanyi untuk dato yusof haslam tu ape tajuknye?

    BalasPadam
  7. @Anonymous sorry x ingat tajuk lagu yg nabil nyanyi tu..

    BalasPadam
  8. Penyanyinye tahu tak sape??

    BalasPadam
  9. @Anonymous penyanyi lagu yg nabil nyanyi tu pun saya tak tahu, sorry yer..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017