-->

22 Feb 2014

Johan & Jep Di Skool Of Lawak

Assalammualaikum..
Lepas selesainya MLM2013, munculnya satu program baru yang mencari pelapis pelawak yang dikenali dengan nama Skool Of Lawak. Minggu ini masuk minggu kedua dan Skool Of Lawak ini akan menggantikan program Raja Lawak yang sudah bersiaran sebanyak 7 musim. Untuk kelainan hos nya juga ditukar sikit dari JOZAN (Johan dan Zizan) kepada JJ (Johan dan Jep) selain terdapat tenaga pengajar yang terdiri daripada Fauziah Nawi, Sabri Yunus, Khir Rahman dan Pengetuanya iaitu Hafsham. Juri2 untuk Skool Of Lawak ni juga best2 iaitu Datuk Rosyam Nor, Mamat Khalid dan Prof Razak Mohaideen.
Tarikan utama untuk orang tengok program ni mestilah sebab pengacaranya iaitu JoJep/ JJ. Walaupun memang rindu dengan gandingan Jozan, dengan aksi2 sweet diorang semua tu. Tapi gandingan Johan n Jep juga kelakar tambahan lagi Jep pun tengah popular sekarang ni dan Zizan pula tengah busy shooting filem kan dan mungkin gak nanti2 busy buat persiapan kahwin ker hihihi. Tak tahulaa kalau gandingan JJ ni boleh ada aksi sweet2 gak sebab rasanya Jep memang x biasa nak bersweet-sweet ni hehe. Tapi bila tengok minggu pertama diorang jadi hos ni okey gak, cuma peserta jer yang kurenggg sikit. 
Komen juri2 untuk peserta Skool Of Lawak ni boleh tahan pedas gak laa..cuma bila tengok para peserta SOL ni banyak muka familiar kot hahaha kebanyakan mereka dah pernah join Raja Lawak dan program realiti lain. Ada yang pernah join MLM gak serta ada gak yg tersenarai dlm top 5 ABPBH pun masuk Skool Of Lawak gak. Ada gak adik beradik pelawak lain yg turut masuk SOL. Tak kisahlaa kan familiar ke tak, Good Luck untuk mereka semua..

5 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017