-->

20 Feb 2016

Sinopsis Reza, Arman dan Bill (Cerekarama TV3)


Assalammualaikum..
Telemovie Reza, Arman dan Bill akan disiarkan di Tv3 pada 20 Feb ini dan dilakonkan oleh Fimie Don, Shafie Naswip, Aedy Ashraf, Mawar Rashid serta ramai lagi. Diarahkan oleh Yeop Hitler dan merupakan terbitan Country & Universal Sdn Bhd. Dari sinopsis Telemovie Reza Arman & Bill ni nampak macam ianya berkisarkan tentang bola sepak / Futsal gitu. Menarik juga jalan cerita telemovie ni, apapun jom layannn sinopsis cite ni kat bawah k..

Sinopsis Telemovie Reza, Arman dan Bill

Mengisahkan Reza seorang pemuda yang gilakan bola sepak. Sehariannya tidak lengkap tanpa membincangkan tentang bola sepak. Dia juga seorang pemain amatur yang hebat, terutama bermain futsal. Namun setelah dia cedera, yang mana kecederaan itu telah disengajakan oleh musuhnya, Arman, dia tidak mampu untuk bermain lagi. Perasaan untuk terus bermain bola juga lenyap, apatah lagi selalu diganggu oleh Arman dan rakan-rakan yang mengatakan dia seorang kaki bangku. Satu hari Reza dibuli teruk sehinggakan seorang pemain bola sepak yang menyedari kejadian tersebut datang menyelamatkannya dan menghadiahkan sepasang kasut bola kepada Reza. Kasut itu dikatakan mampu membantu Reza bermain kembali namun dengan syarat, kasut itu harus dijaga dengan baik dan tidak boleh hilang kerana ia akan menentukan nasib Reza.

3 ulasan:

  1. teringat adik saya... sangat gila bola. tp dicederakan dgn sengaja oleh kawannya, hingga patah tulang di lutut huhu..

    BalasPadam
  2. SINGGAH PAGI ~ http://jmbelog.blogspot.my/2016/02/semoga-baik-baik-saja.html

    BalasPadam
  3. boleh tahan jgk jalan cerita nie


    wahh moga dapat beri manfaat kepada semua

    Last Dayy !! Jom vote blog acik di MSMW 2016 : Cara mengundi di sini

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017