-->

10 Jan 2018

Review Drama Korea - Strongest Deliveryman

Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review

Seperti biasa, hari ini aku nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Strongest Deliveryman yang release pada 4 Ogos 2017 dan tamat pada 23 September 2017 yang lalu. Antara Pelakon Drama Strongest Deliveryman ini adalah Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri dan ramai lagi. Kalau tak silap aku, ini merupakan drama pertama Go Kyung Pyo memegang watak hero utama, selalunya dia sering memegang watak hero kedua dalam banyak drama. Drama 16 episod ini disiarkan bagi menggantikan Drama The Best Hit dan kemudian akan digantikan dengan drama Go Back Couple. Watak Chae Soo Bin dalam drama ini adalah sebagai Lee Dan Ah yang merupakan seorang yang rajin bekerja untuk mengumpul duit supaya dapat ke luar negara untuk belajar dan bekerja di sana. Apa pun watak Lee Dan Ah itu memang agak kasar sikit. Selain itu aku agak annoying juga tengok rambut kerinting watak Choi Gang Soo yang dilakonkan oleh Go Kyung Pyo itu sebab tak sesuai. Nasib nanti dia akan make over rambut dia tu nanti. Lagu Tema / OST Strongest Deliveryman ini biasa - biasa saja bagi aku.
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Rasanya siapa - siapa yang menonton Korean Drama Strongest Deliveryman ini pasti akan tersuka dengan hero kedua drama ini iaitu Kim Sun Ho yang melakonkan watak Oh Jin Gyu. Comel dan cute habis dia dalam drama ini hahaha, tak kurang juga ramai yang dah jadi peminat Kim Sun Ho ini lepas menonton drama ini, maklumlah orangnya handsome, lepas itu ada lesung pipit pula tu haha, jadi ramai penonton drama ini yang dah jadi angau dengan dia hahaha. Tak sangka juga, dia sebelum ini ada berlakon dalam drama Chief Kim / Good Manager juga, tapi ramai yang tak begitu perasan sebab wataknya dalam drama itu agak pemalu dan tidak begitu menyerlah berbanding drama ini. Selain itu aku juga suka bromance antara watak Choi Gang Soo dan Oh Jin Gyu dalam drama ini, adorable betul dua - dua orang ini, walaupun ada satu tahap yang diorang akan bergaduh sekejap sebelum akhirnya berbaik semula dan bekerjasama. Tapi part diorang bergaduh ini memang sedih sikitlah terutamanya untuk watak Oh Jin Gyu itu. Selain itu aku juga agak suka dengan karakter Lee Dan Ah yang cantik tapi kasar dan tomboy serta mahir dalam ilmu mempertahankan diri seperti Taekwando, Judo dan sebagainya. Jadi tak mudah untuk orang lain mengganggu hidupnya, walaupun untuk mengoratnya, pasti akan kena belasah hahaha, cuma kadang kala tu aku rasa Lee Dan Ah ini terlampau kasarlah pula.
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Watak seterusnya yang agak unik bagi aku adalah Lee Ji Yoon yang dilakonkan oleh Go Won Hee yang merupakan anak orang kaya, yang lari dari rumah untuk mencari kebebasannya. Dia baik, tapi naif dan tidak matang, aku suka part yang dia sukakan Choi Gang Soo tapi akhirnya mengalah sebab Choi Gang Soo sukakan Lee Dan Ah dan dia juga sedar yang dia tak dapat nak lawan Lee Dan Ah kerana Lee Dan Ah sempurna dari segala segi berbanding dirinya. Begitu juga Oh Jin Gyu yang awalnya sukakan Lee Dan Ah tapi mengalah sebab dia merasakan dirinya tidak layak untuk Lee Dan Ah itu. Antara scene yang paling aku suka dalam drama ini adalah scene yang membabitkan watak Oh Jin Gyu dan Lee Ji Yoon, sebab watak diorang comel sangat. Scene ketika Lee Ji Yoon menyelamatkan Oh Jin Gyu dan mengawal hidup Oh Jin Gyu selepas itu juga menarik. Kiranya diorang ini boleh dikatakan couple yang adorable gitu. Dalam keseronokkan menonton drama ini, terdapat juga pengajaran yang berguna dalam drama ini terutamanya untuk watak Choi Gang Soo yang tidak mudah putus asa, yang berani ambik risiko untuk menubuhkan syarikat sendiri dan berani berhadapan dengan cabaran, apabila syarikatnya terpaksa melawan syarikat besar yang sudah berjaya tapi sentiasa cari peluang untuk menindas orang - orang susah,
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Paling best mestilah sebab Choi Gang Soo ini jenis yang suka menolong orang terutamanya kawan - kawannya yang susah. Jadi sebab itulah Choi Gang Soo ini mempunyai ramai kawan yang baik dan setia, malah sanggup buat apa saja atas dasar persahabatan mereka itu. Semangat setiakawan mereka semua itu memang terbaik, susah bersama - sama dan senang pun bersama - sama. Scene paling aku suka bila watak Oh Jin Kyu mula bekerja di bawah Choi Gang Soo dan kehadiran Oh Jin Kyu banyak membantu Choi Gang Soo dalam menguruskan syarikatnya disebabkan pengalaman yang ada pada Oh Jin Kyu itu. Pendek kata memang seronok layan Drama Korea Strongest Deliveryman ini dan aku bagi 8.5 Bintang dari 10 Bintang untuk drama ini. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Sinopsis Drama Korea Strongest Deliveryman

Mengisahkan Choi Gang Soo yang bekerja di kedai makan sebagai penghantar makanan / deliveryman. Walaubagaimanpun dirinya tidak kekal lama di sesuatu tempat, sebab dia hanya bekerja selama dua atau tiga bulan saja di sesuatu tempat, kerana dirinya ingin mencari ibunya yang telah meninggalkannya dan ayahnya. Disebabkan telah bekerja di pelbagai tempat dan pelbagai kedai makan, membuatkan Choi Gang Soo juga mempunyai ramai kawan. Tak lama kemudian Choi Gang Soo bekerja pula di sebuah kedai makan yang dimiliki oleh Soon Ae, di situ terdapat seorang lagi penghantar makanan yang bernama Lee Dan Ah. Awalnya Choi Gang Soo tidak begitu suka dengan Lee Dan Ah ini, tapi akhirnya diorang makin rapat. Kemudian dirinya terjumpa pula dengan Lee Ji Yoon yang lari dari rumah dan kelaparan, akhirnya Choi Gang Soo bertindak untuk membantunya dengan memberinya makanan serta tempat tinggal sementara sehinggalah Lee Ji Yoon dapat kerja di Cafe. Manakala Lee Dan Ah pula menyelamatkan Oh Jin Gyu yang cuba membunuh dirinya akibat kecewa dengan sikap bapanya. Disebabkan terhutang nyawa dengan Lee Dan Ah, Oh Jin Gyu berjanji akan memberikannya wang yang banyak. Malah Oh Jin Gyu juga sanggup menggantikan Lee Dan Ah sebagai penghantar makanan kerana Lee Dan Ah sakit dan berada di hospital.
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Bromance, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Disebabkan Oh Jin Gyu bekerja sebagai penghantar makanan bagi menggantikan Lee Dan Ah, Choi Gang Soo mula berbaik - baik dan rapat dengan Oh Jin Gyu, mereka berdua mula berkawan baik. Dalam masa yang sama Oh Jin Gyu telah dijodohkan dengan Lee Ji Yoon, kerana mereka berdua sama - sama anak orang kaya. Namun mereka berdua tidak menyukai antara satu sama lain, mak Lee Ji Yoon iaitu Jung Hye Ran merupakan pemilik syarikat yang terkenal dan berjaya, Jung Hye Ran ini merupakan majikan yang tidak bertimbang rasa dan sanggup buat apa saja demi kepentingannya. Disebabkan satu peristiwa, hubungan baik C.Gang Soo dan O.Jin Gyu mula berubah menjadi musuh ketat, C.Gang Soo marah dan menginginkan O.Jin Gyu untuk masuk penjara atas perbuatannya. Tak lama kemudian Jung Hye Ran mengambil Oh Jin Gyu untuk berkerja dalam syarikatnya dan O.Jin Gyu berusaha keras untuk membuktikan kemampuannya. Manakala Choi Gang Soo pula telah mengambil langkah berani untuk membuka satu syarikat yang menyediakan perkhidmatan penghantaran makanan secara besar - besaran. Namun syarikatnya itu terpaksa bersaing dengan syarikat Jung Hye Ran yang kendalikan oleh Oh Jin Gyu. Hubungan Choi Gang Soo dan Oh Jin Gyu makin baik tapi tidak seakrab dulu.
Strongest Deliveryman - Korean Drama Review, Review By Miss Banu, Blog Miss Banu Story, Sinopsis Strongest Deliveryman, Korean Drama Strongest Deliveryman, Review Drama Korea, Korean Drama Review By Miss Banu, Cinta, Persahabatan, Deliveryman, Pekerjaan, Berani Berjuang, Pelakon Drama Strongest Deliveryman, Go Kyung Pyo, Chae Soo Bin, Kim Sun Ho, Go Won Hee, Jo Hee Bong, Lee Min Young, Kim Hye Ri, Sweet Couple, Cute, Best Drama, Pengajaran, Poster,
Tak lama kemudian Oh Jin Gyu mendapati yang hasil usahanya untuk memajukan syarikat tidak dihargai oleh Jung Hye Ran membuatkan Oh Jin Gyu nekad berhenti kerja. Oh Jin Gyu mula putus asa dan hidup merempat sehinggalah Lee Ji Yoon menyelamatkannya dan mengembalikan semangatnya yang hilang. Apa yang bakal berlaku seterusnya? Ending Drama Korea Strongest Deliveyman ini memang happy ending gitu. Apa pun berbaloi juga menonton drama ini.

Miss Banu Signature, Blogger, Blog, Miss Banu, Tandatangan, Blog Miss Banu Story,

8 ulasan:

  1. mcm best je...x pnah tgk pon..

    BalasPadam
  2. Saya tengok cerita ni sebab watak utamanya. 1st time nampak dalam cerita chicago typewriter where he was the 2nd hero. Sukasangat dia masatu.so terjebak la dalam cerita ni juga. Hee thanks for the review
    .
    .
    aima-hassan.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. tryla tengok lakonannya dalam drama Jealousy Incarnate juga :)

      Padam
  3. Tak tengok lagi drama ni. Menarik tengok hero kedua. Hehe

    BalasPadam
  4. menariks gak..tapi betul la...mcm tak sesuai kyung pyo tu berambut kerinting. hilan encem nya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kannnnn, sangat tak sesuai dia berambut kerinting tu..

      Padam
  5. tak menyempat dah nak tengok kdrama. kalau ada masa tentgok movie je cepat habis. akk suka watak tomboi ni

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017