-->

31 Jan 2018

Sinopsis Telemovie Teksi Love

Teksi Love, Telemovie, Telefilem, Sinopsis Teksi Love, Sweet, Cinta, Pelakon Telemovie Teksi Love, Mira Filzah, Fendy Bakry, Mak Wan, Julia Farhana Marin,
Sinopsis Telemovie Teksi Love Lakonan Mira Filzah & Fendy Bakry

Telefilem Teksi Love telah pun disiarkan disiarkan di Astro Citra & Mustika HD pada 27 Januari 2017 yang lalu. Antara Pelakon Telemovie Teksi Love ini adalah Mira Filzah, Fendy Bakry, Julia Farhana Marin, Mak Wan, Zul Helmy, Nazamanas, Azwan Soadi, Naim Shamsol, Zaki Azeman, Afiq Syahmi, Ilman Saldi, Razman Mahayuddin, Fauzi Tah, Meyra Wirman dan ramai lagi. Telemovie Teksi Love ini diarahkan oleh Osman Ali dan diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Best juga telemovie ini, jalan ceritanya sweet juga, ini juga adalah kali pertama Fendy Bakry melakonkan watak hero utama. Sebelum ini aku pernah menonton lakonannya dalam Telemovie Kuntom dan juga dalam drama Kerna Syurga Bukan Percuma. Apa pun jom tengok sinopsis telefilem Teksi Love ini di bawah ye. Selamat membaca okey..

Sinopsis Telemovie Teksi Love

Nada merupakan seorang pemandu teksi wanita, dia perlu membawa seorang pelanggan yang bernama Khairy ke satu tempat. Khairy yang sentiasa menyuruhnya memandu dengan laju dan cepat membuatkan Nada rimas dan stress, bukan itu saja, Khairy turut mengutuk teksi yang dibawa Nada itu buruk. Nada makin benggang dengan Khairy apabila mengetahui Khairy menipunya, Khairy sebenarnya tergesa - gesa ingin bertemu dan memujuk teman wanitanya. Disebabkan mereka sering bergaduh dalam perjalanan, akhirnya Nada menghalau Khairy keluar dari teksinya. Selepas keluar dari teksi Nada, malang menimpa Khairy, apabila dia dirompak oleh 2 perompak. Nada yang berasa tidak sedap hati kembali semula ke tempat yang dia tinggalkan Khairy itu lalu menolong Khairy dan 2 perompak berkenaan melarikan diri dengan motosikal. Nada dan Khairy kemudiannya pergi ke balai polis untuk membuat laporan dan disebabkan kasihan Nada turut menghantar Khairy ke tempat yang sepatutnya. Dalam perjalanan ke tempat tersebut, Khairy berasa terhutang budi pada Nada, malah mereka berdua juga dah berbaik.
Teksi Love, Telemovie, Telefilem, Sinopsis Teksi Love, Sweet, Cinta, Pelakon Telemovie Teksi Love, Mira Filzah, Fendy Bakry, Mak Wan, Julia Farhana Marin,
Ketika Khairy sampai ke tempat teman wanita itu, semuanya dah terlambat, teman wanitanya sangat marah kerana Khairy lambat datang lalu memutuskan hubungan mereka. Khairy berasa sangat sedih dan kecewa, lalu berjalan - jalan seorang diri di sekitar kawasan tersebut lalu terserempak sekali lagi dengan Nada yang memanggilnya. Mereka berdua kemudian menghabiskan masa bersama dengan berborak dan meluahkan masalah masing - masing. Khairy meluahkan rasa kecewanya pada teman wanitanya itu dekat Nada, manakala Nada meluahkan masalahnya tentang dia yang ingin menjual teksinya itu bagi membiayai pelajaran adiknya di universiti nanti. Khairy kemudian berasa kagum dengan ketabahan Nada lalu memutuskan untuk menolong Nada untuk membiayai pelajaran adiknya itu. Malah Khairy juga menyuruh Nada supaya tidak menjual teksi kesayangan Nada itu. Akhirnya Nada membawa Khairy ke rumahnya untuk bertemu dengan neneknya dan juga adik lelakinya. Khairy kemudian meluangkan masanya untuk bersama dengan Nada dan keluarganya.

Nada dan Khairy kemudiannya saling jatuh cinta antara satu sama lain, Nada kemudiannya menghantar Khairy pulang ke rumahnya. Namun tanpa disangka, teman wanita Khairy tiba - tiba muncul di situ dan membuatkan Khairy terkejut, manakala Nada pula kelihatan agak sedih lalu pergi dari situ. Apa yang bakal berlaku seterusnya?, apa tindakan Khairy dan siapakah yang akan di pilih oleh Khairy nanti?.

Jom Baca ini juga ➔ 5 Kenangan Pahit Bergelar Student!
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,

6 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017