-->

25 Jan 2018

Memoir Of A Murderer - Korean Movie Review

Memoir Of A Murderer, Korean Movie, Filem Korea, Korean Movie Review, Review Filem Korea, Movie, Review By Miss Banu, Filem Adaptasi Novel, Pelakon Filem Memoir Of A Murderer, Sol Kyung Gu, Kim Nam Gil, Seol Hyun, Oh Dal Su, Lee Byung Joon, Hwang Suk Jung, Genre, Crime, Serial Killer, Memory Loss,
Review Filem Korea - Memoir Of A Murderer

Seperti biasa hari ini nak buat Review Korean Movie pula yang bertajuk Memoir Of A Murderer atau A Murderer's Guide To Memorization. Antara Pelakon Filem Memoir Of A Murderer ini adalah Sol Kyung Gu, Kim Nam Gil, Seol Hyun, Oh Dal Su, Lee Byung Joon, Hwang Suk Jung dan ramai lagi. Filem Korea Memoir Of A Murderer ini adalah berdasarkan daripada Novel karya Kim Young Ha dan diarahkan oleh Won Shin Yeon. Korean Movie ini release pada 6 September 2017 dan bergenre Jenayah / Thriller/ Serial Killer/Memory loss. Sebab utama aku tengok movie ini adalah kerana Kim Nam Gil, lepas menonton Drama Live Up To Your Name lakonan Kim Nam Gil itu terus buat aku nak tengok filem dan dramanya yang seterusnya. Lebih menarik lagi apabila Kim Nam Gil membawakan watak jahat dalam movie ini iaitu sebagai pembunuh bersiri, berbeza dengan wataknya dalam dramanya yang terdahulu yang sangat kelakar dan adorable. Macam susah pula nak benci watak jahatnya dalam filem ini, sebab masih terbayang lagi wataknya yang kelakar dalam dramanya sebelum ini. Apa pun lakonannya dalam filem ini sebagai watak Min Tae Joo memang terbaik, aku juga suka dengan gaya rambutnya dalam filem ini sebab menampakkan dia lebih muda gitu.
Memoir Of A Murderer, Korean Movie, Filem Korea, Korean Movie Review, Review Filem Korea, Movie, Review By Miss Banu, Filem Adaptasi Novel, Pelakon Filem Memoir Of A Murderer, Sol Kyung Gu, Kim Nam Gil, Seol Hyun, Oh Dal Su, Lee Byung Joon, Hwang Suk Jung, Genre, Crime, Serial Killer, Memory Loss, 2017,
Dari review - review lain yang aku baca, ramai juga yang memuji lakonan heroin filem ini iaitu Kim Seol Hyun. Masa tengok filem ini, tak sangka pula yang watak Eun Hee itu dilakonkan oleh Seol Hyun. Mungkin kerana makeup untuk wataknya agak natural dan tak terlalu terang membuatkan aku tidak begitu cam wajahnya. Lagi pun Seol Hyun memang terkenal dengan kecantikannya dan dia juga merupakan salah seorang ahli kumpulan Kpop terkenal iaitu AOA. Aku suka dengan jalan cerita filem ini yang berkisarkan tentang Pembunuh Bersiri yang menghidap penyakit Alzheimer cuba untuk melindungi anak perempuannya yang telah menjadi target kepada pembunuh bersiri yang lain. Dia sedaya upaya cuba untuk mengekalkan memorinya sampailah dia berjaya membunuh pembunuh bersiri berkenaan sekaligus menyelamatkan anak perempuannya itu. Namun penyakit Alzheimernya itu membuatkan ingatannya sekejap okey sekejap tidak dan hal ini sangat membimbangkannya. Agak unik juga apabila Kim Byeong Soo boleh tahu Min Tae Joo itu adalah pembunuh bersiri dengan sekali pandang saja, begitu juga sebaliknya. Kiranya macam hanya pembunuh bersiri yang boleh mengecam pembunuh bersiri yang lain.
Memoir Of A Murderer, Korean Movie, Filem Korea, Korean Movie Review, Review Filem Korea, Movie, Review By Miss Banu, Filem Adaptasi Novel, Pelakon Filem Memoir Of A Murderer, Sol Kyung Gu, Kim Nam Gil, Seol Hyun, Oh Dal Su, Lee Byung Joon, Hwang Suk Jung, Genre, Crime, Serial Killer, Memory Loss, 2017,
Walaupun Min Tae Joo (lakonan Kim Nam Gil) ini adalah pembunuh bersiri, tapi pekerjaannya adalah Polis. Jadi agak sukarlah untuk Kim Byeong Soo untuk membunuhnya. Plus agak annoying juga tengok Min Tae Joo yang gembira dan seronok melihat Kim Byeong Soo yang sekejap mengecamnya dan sekejap lagi hilang ingatan. Dengan bantuan anaknya yang memberikan Kim Byeong Soo itu satu walkman beserta kaset kosong telah membolehkannya merakam percakapannya tentang benda - benda yang perlu diingatinya, sekaligus memudahkan sedikit Kim Byeong Soo untuk mengingati memorinya yang hilang sekaligus menjejaki semula Min Tae Joo. Apa pun yang tak leh blah sekali bila ingatan atau memori Kim Byeong Soo ini hilang di saat - saat genting dan ketika berada di situasi bahaya. Contohnya memorinya hilang secara tiba - tiba ketika dia cuba nak menyelamatkan anaknya yang dah diculik oleh Min Tae Joo itu, so dari nak selamatkan anaknya itu dia boleh tiba - tiba blur dan sebaliknya yang berlaku. Tapi kat sini nampaklah yang Kim Byeong Soo benar - benar sayang pada anak perempuannya itu, walaupun Eun Hee itu sebenanrnya bukan anak kandungnya pun. 
Memoir Of A Murderer, Korean Movie, Filem Korea, Korean Movie Review, Review Filem Korea, Movie, Review By Miss Banu, Filem Adaptasi Novel, Pelakon Filem Memoir Of A Murderer, Sol Kyung Gu, Kim Nam Gil, Seol Hyun, Oh Dal Su, Lee Byung Joon, Hwang Suk Jung, Genre, Crime, Serial Killer, Memory Loss, 2017,
Ending Korean Movie Memoir Of Murderer ini memang suspenlah sebab ada pergaduhan dan pergelutan antara Min Tae Joo dan Kim Byeong Soo itu dan endingnya sudah boleh dijangka. Apa pun not bad juga movie ini, dan aku juga dapat tengok sisi lain Kim Nam Gil membawakan watak antagonist dalam movie ini. Secara keseluruhannya aku bagi 7 Bintang dari 10 Bintang untuk Filem Korea Memoir Of A Murderer ini.
Miss Banu Signature, Tandatanganku, Tandatangan Miss Banu, 2018, My Blog, Blog Miss Banu Story, Blog Miss Banu, Miss Banu, Miss Syahbanu, Owner Blog Miss Banu Story,

3 ulasan:

  1. Bestnya! okey saya pun nak tengok lepasni! Saya pun minat cerita-cerita korea.. Mesej dia pun mendalam. Saya pun ada jugak nak buat review Kdrama semua tu dekat blog saya! Nanti jemput lah singgah.. 😊


    https://sharifahaidahana.blogspot.my/2017/?m=1

    BalasPadam
  2. tak pernah tgk crita ni.. mcm best !

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017