Kenangan Zaman Sekolah - Tiru Meniru
Assalammualaikum..
Teringat ketika zaman Sekolah dulu bila tengok gambar di atas tu hehehe, Suasana dan situasi seperti yang dikatakan dalam gambar diatas itu memang normal dan sering berlaku di sekolah. Aku dulu pun pernah macam ni juga terutamanya bila subjek tu bukan subjek kegemaran aku contohnya seperti subjek Matematik hehe. Jadi waktu pagi - pagi sebelum perhimpunan bermula memang ramai yang akan melakukan aktiviti meniru buku kawan yang dah siap kerja sekolah untuk subjek matematik. Selalunya buku kawan - kawan yang terror matematik yang akan jadi mangsa dan popular ketika ini. Aktiviti tiru meniru ini selalu terjadi pada aku ketika aku berada di Tingkatan Tiga.
Tambahan lagi Cikgu Matematik tu sangat garang dan tegas, malah akan sentiasa check dan tahu siapa yang tak hantar buku latihan padanya. Semasa dia tengah mengajar pun dia akan tahu siapa yang mengantuk ataupun tak. Jadi ketika di tingkatan 3 aku memang sentiasa stress dan tertekan bila sampai waktu subjek Matematik hahaha. Masuk Form 4 & 5 aku dah tak buat aktiviti ni semua sebab dah tiada tekanan masa tu sebab cikgu Matematik ketika ini sangat sempoi dan baik. Lagi pun aku hanya bermasalah pada subjek matematik je manakala subjek lain okey. Nasib masa form 6, aku tak perlu dah, nak mengadap subjek Matematik ni, walaupun terselit juga matematik tu dalam Pengajian Am dan Pengajian Perniagaan tapi stil matematiknya agak senang juga hehe.
Standard lah meniru kerja sek dulu2. Kak ana pun sama. Hehe
BalasPadamrindu pul dgn zaman sekolah suatu ketika dahulu bila terbaca entry banu ni..
BalasPadamselalu dulu buku MV lah yang jadi mangsa...semua dok salin dari MV
BalasPadamselalunya kerja sekolah yang susah sangat atau pun kita terlupa nak buat ..alamatnya tiru menirulah ..tapi kadang-kadang si cikgu dapat detect jugak anak buahnya meniru
BalasPadam