-->

9 Mac 2017

Sinopsis Drama Dia Bidadariku Lakonan Erra Fazira

Sinopsis Drama Dia Bidadariku (Mega Drama Astro) Lakonan Erra Fazira dan Hisyam Hamid Menggantikan Drama Urusan Hati Cik Drama Queen
Sinopsis Drama Dia Bidadariku (Mega Drama Astro) Lakonan Erra Fazira dan Hisyam Hamid

Assalammualaikum..
Drama Dia Bidadariku sudah mula disiarkan di Astro Ria, bermula 6 Mac yang lalu, menggantikan Drama Urusan Hati Cik Drama Queen yang telah tamat episodnya. Drama Dia Bidadariku ini bukan adaptasi daripada Novel dan dilakonkan oleh Erra Fazira, Hisyam Hamid, Norman Hakim, Tisha Shamsir, Wan Raja, Raja Ilya, Salina Saibi, Dian P.Ramlee, Normah Damanhuri dan ramai lagi. Drama ini diarahkan oleh Aziz M. Osman dan diterbitkan oleh Skop Production Sdn Bhd. Semua pelakon drama Dia Bidadariku ini memang best - best belaka, siap ada Erra gitu, Hisyam Hamid memang laku betul dekat Astro ni, sebab masuk drama ini, dah 4 drama lakonannya ditayangkan di Astro bermula dengan Drama Isteri vs Tunang, Abang Bomba I Love You, Sayang Papa Saya Tak dan yang terbaru Drama Dia Bidadariku hehehe, murah rezeki Hisyam Hamid ni. Apa pun jom tengok sinopsis drama ini di bawah ye..
Sinopsis Drama Dia Bidadariku

Dia Bidadariku mengisahkan tentang seorang wanita bernama Suri (Erra Fazira) yang memilih untuk hidup membujang setelah putus tunang lebih dari 15 tahun yang lalu. Hati Suri seolah kecewa dan tertutup buat insan bernama lelaki. Suatu hari Ridzal (Norman Hakim) yang merupakan bekas tunang Suri muncul kembali untuk menagih cintanya. Sikap Ridzal seolah dia seorang lelaki yang psiko. Dalam masa yang sama muncul pula seorang lelaki bernama Ammar (Hisyam Hamid) yang mula tertarik pada Suri dan cuba untuk mendapatkan cintanya. Apa yang bakal berlaku seterusnya?Antara Ridzal dan Ammar, siapa yang berjaya memenangi hati Suri?.
Lagu Tema / OST Dia Bidadariku
➜ Tabah Nyanyian Elizabeth Tan

Episod Akhir / Ending Drama Dia Bidadariku

Episod Akhir Drama Dia Bidadariku bersiaran selama 2 jam terus, tapi aku tak berapa puas hati dengan ending drama ini yang tergantung. Apa jadi dengan Suri lepas dia lari tu? Geram pulak dengan bapa Suri tu, yang senang - senang hati buat kacau masa majlis pernikahan suri dengan Ammar tu. Kalau bapa dia nak bagitahu kebenaran ke apa ker, patutnya bagitahu sebelum majlis pernikahan, bukannya semasa majlis sedang dijalankan, ni slumber je bapa dia buat kejutan hahaha. Kesian Ammar dan Suri, Ridzal tu pulak patut move on je.

9 ulasan:

  1. awak di tag..

    http://anumabdullah93.blogspot.my/2017/03/the-sunshine-blogger-award-thanks-to.html

    BalasPadam
  2. Ezza Fariza ni maintain je muka dia. Dari dulu sampai sekarang sama je awet muda kan.

    BalasPadam
  3. Saya minat dia bidadariku
    Saya minta ending amar nikah dengan suri
    Jangan biar cerita tergantung
    Amar bertanggungjawab dan matang
    Rizal dan ayah suri skandal tak boleh diampun

    BalasPadam
  4. Menyesal aku tengok drama ni...ending macam ntah hape2...kalau tau macam ni aku tak nak buang masa tengok drama ni dari awal sampai habis..

    BalasPadam
  5. Tergantung gantung lah cerita ne

    BalasPadam
  6. Ending mcm ape2 entah.. merepek giler

    BalasPadam
  7. Yes .. Bru tgk last ep .. Memang xpuas hati betol laa .. Suri blah lari camtu je .. Bapak suri pon .. Eeeiiii geram aku .. Rosak kan majlis btol laa .. Tah pape je ending cite ni .. Sama mcm cite perisik cinta tanpa di undang .. Gantung weiiii 😠😠😠

    BalasPadam
  8. Ending gantung .. Tah pape .. Mcm cite perisik cinta tak di undang tu laa .. Buang masa tgk sampai abes ep 😠😠😠

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017