Korean Drama Review - Hwarang : The Poet Warrior Youth
Assalammualaikum..
Hari ini nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Hwarang : The Poet Warrior Youth. Drama Hwarang ini dilakonkan oleh ramai pelakon lelaki yang popular dan berlatarbelakangkan zaman raja - raja dan semua pelakon lelaki dalam drama ini memang berambut panjang hehe. Pelakon - pelakon drama Hwarang ini terdiri daripada Park Seo Joon, Go Ara, Park Hyung Sik, Choi Min Ho (Shinee), Do Ji Han, Seo Ye Ji, Jo Yoon Woo, Kim Tae Hyung (BTS), Kim Hyun Joon, Kim Ji Soo, Sung Dong Il, Choi Won Young, Lee Da In, Kim Chang Wan dan ramai lagi. Drama ini mula disiarkan pada 19 Disember 2016 dan tamat episodnya pada 21 Februari 2017 manakala pengarah drama ini pernah mengarah drama - drama popular seperti Bridal Mask, The King's Face dan banyak lagi. Selain itu, drama ini mempunyai 20 episod dan disiarkan bagi menggantikan Drama Sweet Stranger and Me dan kemudian akan digantikan pula dengan drama Perfect Wife / Ms Perfect. Bintang Running Man iaitu Lee Kwang Soo turut membuat kemunculan khas di episod awal drama ini dan menjadi kawan baik kepada watak Park Seo Joon iaitu Mo Myung serta abang kandung kepada Aro.
Gandingan Park Seo Joon dan Go Ara sebagai pasangan kekasih dalam drama ini agak kurang menyakinkan, aku lebih suka kalau mereka berdua jadi adik - beradik je hehehe. Aku rasa watak Aro yang dilakonkan oleh Go Ara lebih sesuai dan serasi dengan watak Ji Dwi / Raja yang dilakonkan oleh Park Hyung Sik. Aku juga mula minat dengan lakonan Park Hyung Sik menerusi drama Hwarang ini, sebab sebelum ini aku tidak begitu minat dengan drama - dramanya. Aku juga suka tengok scene - scene bromance pelakon lelaki dalam drama ini terutamanya ketika mereka berada dalam sekolah / institusi/ akademi Hwarang tu, Gelagat mereka ketika berada dalam akademi Hwarang tu memang best, di peringkat awal semuanya tak serasi dan asyik bergaduh tapi lama - kelamaan mereka semakin akrab dan saling tolong menolong. Aku juga suka scene - secene yang melibatkan Park Seo Joon dan Park Hyung Sik tu, diorang ni kejap kawan baik kejap lagi jadi musuh haha. Scene - scene suspen dalam drama ini juga memang best terutamanya ketika scene Sun Woo mengaku yang dirinya adalah Raja demi menyelamatkan Aro, manakala Jidwi pula seperti risau, takut serta agak lewat untuk mengaku yang dirinya raja. Scene ketika pelajar lain salah faham yang Sun Woo tu adalah raja tu memang lawak gak sebab semuanya siap bergosip gitu.
Kadang - kadang aku tengok Aro ni annoying juga sebab selalu menimbulkan masalah pada Mo Myung / Sun Woo dan Ji Dwi walaupun dirinya tak sengaja. Sun Woo pun annoying juga sebab dia nak bermusuh dengan Ji Dwi dan hanya pentingkan Aro semata -mata. Ini termasuk juga dengan Queen Ji So yang merupakan mak Ji Dwi, semuanya annoying hahaha, Queen Ji So ni pula, kerjanya hanya nak bunuh orang je, manakala menteri yang jahat tu boleh pula dia biarkan hidup dan timbulkan pelbagai masalah lain. Nasiblah Ban Ryu tu nanti akan berubah sikap jadi baik walaupun awalnya dia juga dalam kategori annoying juga hehe. Kisah cinta Ban Ryu dan Soo Yeon tu juga agak sweet dan comel berbanding kisah cinta Sun Woo dan Aro. Di pertengahan drama ini aku rasa jalan cerita dia mungkin sedikit meleret - leret nasib ada twist di penghujungnya yang buatkan drama Hwarang ini jadi lebih menarik. Di mana Sun Woo juga ada hak atas takhta dan boleh menjadi raja dan hal ini membuatkan konflik antara Sun Woo dan Ji Dwi jadi lebih suspen dan dramatik. Nasiblah Sun Woo tu akhirnya membuat pilihan yang tepat dan kekal jadi kawan baik dengan Ji Dwi serta menjadi penyokongnya.
Ketika Aro berada dalam istana, kelihatan dia sangat cantik apabila dia dah dimakeup semua, berbanding ketika dia di luar istana, mungkin makeupnya yang nipis nak menunjukkan yang Aro merupakan gadis miskin. Selain itu scene ketika Han Sung mati di episod 18 tu memang sedih sangat sebab dia sangat adorable dan manja betul dengan Sun Woo. Jadi apabila Han Sung mati ketika nak selamatkan Sun Woo tu memang paling sedihlah berbanding scene - scene lain. Lagu tema / OST Hwarang ini juga best dan sedap didengar dan aku paling suka lagu yang bertajuk Even If I Die, It's You nyanyian Jin & V (BTS), aku siap download lagu tu dan masukkan mp3 lagu tu dalam handphone aku hehe. Muzik latar ketika scene - scene suspen juga best dan sesuai. Secara keseluruhannya, drama ini seronok untuk ditonton dan aku bagi 8 Bintang dari 10 bintang untuk drama ini.
Siqah suka juga cerita ni. Walaupun annoying dengan King yang lambat betul nak mengaku dia King. Hehe. Aro cantik kalau di luar kan. Kalau tidak, pucat je muka dia. Siqah memang suka lakonan Seo Joon :)
BalasPadamMacam miss je lagu BTS yang Bonu cakap ni. Nak g dengar lagu ni jap. Hee
jarang ar aku layan cerita korea ni..
BalasPadamdapat tengok kejap je time cuti sem ritu....tp saya lagi suka love in the moonlight..hehe
BalasPadamNadia pun tgk drama nie. Bagi nadia boleh lah. hihihi tapi ada certain lagu drama nie best gak =)
BalasPadamSha tak puas hati dengan drama nie.. hehehe
BalasPadamGo ara saja saya tengok ni...
BalasPadam