-->

19 Feb 2014

Erra Fazira Sah Bercerai Talak Satu Dengan Engku Imran


Shah Alam: Spekulasi rumahtangga membabitkan pelakon popular, Erra Fazira akhirnya terlerai apabila dia sah bercerai talak satu dengan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin di Mahkamah Tinggi Syariah, di sini.
Perceraian itu direkodkan dihadapan Hakim Syarie Mohammad Adib Husain selepas pasangan itu bersetuju untuk bercerai secara baik.
Bekas Ratu Cantik Malaysia 1992 itu memfailkan permohonan cerai secara baik dan permohonan hak penjagaan anak itu semalam masing-masing mengikut Seksyen 47 dan Seksyen 82 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pasangan berkenaan bersetuju untuk menyerahkan hak penjagaan anak perempuan mereka, Engku Aleesya, 5, kepada Engku Emran.
Bagaimanapun, Erra Fazira mendapat hak lawatan bermalam, cuti sekolah dan cuti perayaan yang diberikan secara bergilir-gilir. Pada prosiding itu Erra Fazira, 40, diwakili peguam Ahmad Nazib Johari manakala Engku Emran, 39, diwakili peguam Roshdan Sujak Rafie.
Erra Fazira berkahwin dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 di Restoran Puteri, Taman Tun Dr Ismail. 
Sebelum ini Erra Fazira pernah mendirikan rumahtangga dengan anggota kumpulan KRU, Yusry Abdul Halim pada Jun 2003, namun perkahwinan mereka hanya mampu bertahan selama tiga tahun.    (SumBer..)
Gambar2 credit to Google
P/s- Dah takde jodoh, Moga Erra tabah menghadapi dugaan ini.

7 ulasan:

  1. Semoga mereka tabah menghadapi dugaan :)

    BalasPadam
  2. Tkejut zara baca brita pceraian erra ni siang td.. mcm xsgkaa.. xda angin xda ributt.

    BalasPadam
  3. i mendoakan yg terbaik utk mrka...

    BalasPadam
  4. apapun kita doakan sajalah mereka ye r

    BalasPadam
  5. harap diorg tak abaikan anakkan..

    sian aleesya...

    BalasPadam
  6. seblm ni mmg dorang dah lama x sebumbung kan.. hmm jodoh x pjg kan.. apapun moga hubungan mereka baik2 jer demi anak.

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

  • Johan Menang Besar Di Anugerah MeleTOP Era 2015 (AME 2015)24.02.2015 - 4 Comments
  • CPUV Nuffnang - South Australia Tourism04.03.2015 - 2 Comments
  • Sinopsis Filem Interchange23.12.2016 - 2 Comments
  • BEsDaY SiaPa 23 ApRiL? ;)20.04.2010 - 0 Comments
  • Sinopsis Drama Misteri Wan Peah (Seramedi TV3)16.02.2017 - 2 Comments
  • KiTa yaNg SeMaKin BErbEzaa..07.04.2010 - 0 Comments
  • Segmen Bloglisted 2019 by Misya20.12.2018 - 2 Comments
Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017