-->

8 Feb 2016

Azlin Juara Seiras Seirama (Ikon Ziana Zain)

Assalammualaikum
Azlin menjadi Juara Seiras Seirama musim pertama, Azlin yang ikonnya Ziana Zain membawa pulang RM20,000 dan sebuah trofi. Azlin yang menyanyikan lagu Tiada Kepastian, Sangkar Cinta seterusnya berduet dengan Aweera untuk lagu Senja Nan Merah berjaya menambat hati juri sekaligus menjadi juara Seiras Seirama. Juri untuk Final Seiras Seirama terdiri daripada Mamat Khalid, Dato Khatijah Ibrahim dan Dato Ac Mizal serta dihoskan oleh Dato Aznil Hj Nawawi. Antara Ikon lain yang terlibat untuk Seiras Seirama Musim Pertama ni terdiri daripada Ziana Zain, Faizal Tahir, Ella, Jamal Abdillah, Misha Omar, Hafiz Suip dan Mas Idayu. Selain itu Aweera, Siti Nordiana, Aishah Aziz, Sufi AF2015, Juzthin, Waris, Adira dan Ezad Lazim menjadi artis jemputan yang berduet dengan para peserta. Kesemua Ikon turut membuat persembahan dengan menyanyi lagu masing2, ada gak yang berduet dan ada gak yang menyanyi lagu daripada ikon lain. 

Hanya Ziana Zain yang tidak menyanyi disebabkan sakit tekak kot. Ziana Zain nak bercakap pun susah, suaranya tak keluar. Hope beliau cepat sembuh nanti. Bagi aku persaingan semua hebat2 memang semuanya ada iras2 dengan ikon masing2 termasuklah dari segi rupa ataupun suara. Salah sorang peserta yang ikonnya Ella tu mempunyai suara yang sebijik sama dengan Ella hehe, sorang lagi plak nak sama dengan Jamal Abdillah. Manakala Azlin pula suara die ketika menyanyi untuk nada tinggi memang nak sama dengan Ziana Zain tapi part tinggi jerla walaubagaimanapun memang sedap suara Azlin ni. Dari segi peserta Seiras Seirama ni, ramai juga yang mencuba nasib termasuklah yang dah ada pengalaman menyertai pertandingan seperti Kilauan Emas, Mentor mahupun Akademi Fantasia. Kemungkinan besar akan ada Seiras Seirama Musim Kedua pulak nanti.


1 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017