-->

18 Dis 2016

Sepahtu Reunion Live

Sepahtu Reunion Live Di Astro Warna 

Assalammualaikum..
Selepas Sepahtu Reunion mendapat sambutan, kini Sepahtu Reunion kembali lagi dengan bersiaran secara langsung gitu menggantikan program Lawak Solo yang telah tamat. Kalau dah program live ni mestilah lagi mencabar n kelakar sebab kena pandai cover kalau terbuat salah ker apa ker hehehe. Kali ni tak nampak Mamat plak dalam program Sepahtu Reunion Live ni hanya ada Jep, Shuib, Ilya dan Rahim namun nampaknya ada ramai juga artis jemputan yang akan menyerikan program Sepahtu Reunion Live ni. Boleh tahan gak la episod pertama Sepahtu Reunion Live ni dan di episod pertama ni juga ada Ebby Yus, Erra Fazira dan Michael Ang yang jadi artis undangan dalam program ini. Tak sabar nak tunggu artis mana yang akan jadi guest dalam Sepahtu Reunion Live di episod - episod yang akan datang.
Artis Undangan untuk Episod ke-2 Sepahtu Reunion Live adalah Faradhiya dan Rozita Che Wan.
Artis Undangan untuk Episod Ke-3 adalah Izara Aishah & Dato Seri Vida. 
Artis Undangan utk Episod 4 adalah Sari Yanti, Buntat & Nasha Aziz.

Episod 5 - Artis undangannya adalah Kilafairy dan David Teoh
Episod 6 - Anzalna dan David Arumugam (Alleycats)
Episod 7- Intan Ladyana dan Awie
Episod 8- Maria Farida, Maya Karin dan Dato Jalaluddin Hassan.
Episod 9 (Episod Akhir Sepahtu Reunion Live) - Artis Undangannya terdiri daripada Siti Elizad, Fauziah Latiff, Dato Siti Nurhaliza dan Dato Jamal Abdillah.

3 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017