-->

3 Mac 2017

Solomon’s Perjury - Korean Drama Review

Review Drama Korea Solomon's Perjury Lakonan Kim Hyun Soo, Jang Dong Yoon, Seo Ji Hoon dan ramai lagi
Review Drama Korea - Solomon's Perjury

Hari ini macam biasa nak buat Review Drama Korea yang bertajuk Solomon’s Perjury yang release pada 16 Disember 2016 dan tamat pada 28 Januari 2017. Drama 12 episod ini dilakonkan oleh Kim Hyun Soo, Jang Dong Yoon, Seo Ji Hoon, Seo Young Joo, Cho Jae Hyun, Shin Se Hwui, Back Cheol Min dan ramai lagi. Drama ini disiarkan bagi menggantikan Drama My Wife’s Having An Affair This Week yang telah tamat episodnya dan kemudiannya akan digantikan dengan Drama Strong Woman Do Bong Soon. Drama ini merupakan adaptasi daripada dua Filem Jepun tahun 2015 iaitu Solomon’s Perjury : Suspicion dan Solomon’s Perjury 2 : Judgment. Di peringkat awal, ramai juga pelakon yang menolak untuk melakonkan watak utama dalam drama ini antaranya ialah Go Ah Sung, Chae Soo Bin dan L (Infinite). Akhirnya pelakon Kim Hyun Soo yang pernah berlakon dalam drama popular My Love From The Star menjadi heroin dalam drama Solomon’s Perjury ini. Hero drama ini dilakonkan oleh Jang Dong Yoon yang aku aku rasakan mungkin pelakon baru.
Senarai Pelakon Drama Korea Solomon's Perjury
Drama ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar yang cuba mencari punca kematian rakan sekelas mereka iaitu Lee Soo Woo yang mayatnya dijumpai di kawasan sekolah. Polis kemudian menutup kes Lee Soo Woo ini dengan menganggap Lee Soo Woo membunuh dirinya sendiri. Namun Ko Seo Yeon dan rakan – rakannya tidak berpuas hati kerana menganggap kematian Lee Soo Woo sangat mencurigakan dan kemungkinan besar Lee Soo Woo dibunuh. Choi Woo Hyuk menjadi suspek dan dikatakan dia yang membunuh Lee Soo Woo. Kehadiran Han Ji Hoon yang mencadangkan agar dilakukan satu perbicaraan ala – ala mahkamah di sekolah itu untuk menyiasat kes Lee Soo Woo itu menimbulkan kekecohan di sekolah berkenaan. Ini ditambah lagi dengan campurtangan dari pihak sekolah yang melakukan segala cara untuk menghalang perbicaraan tersebut kerana risau jikalau reputasi sekolah akan terjejas. Setelah pelbagai halangan yang dilalui akhirnya mereka dapat membuat perbicaraan tersebut. Ko Seo Yoon menjadi ala – ala pendakwaraya manakala Han Ji Hoon menjadi peguambela Choi Woo Hyuk.
Pelakon Utama Drama Korea Solomon's Perjury Kim Hyun Soo, Jang Dong Yoon, Seo Ji Hoon, Seo Young Joo, Cho Jae Hyun, Shin Se Hwui, drama ini disiarkan menggantikan drama my wife having an affair this week yang tamat episodnya
Perbicaraan demi perbicaraan dilakukan dan akhirnya mereka mendapati Choi Woo Hyuk tidak bersalah. Personaliti Han Ji Hoon yang agak misteri dan seorang perahsia menimbulkan tanda tanya. Siapa sangka Han Ji Hoon mempunyai motif tertentu dalam perbicaraan ini untuk mendedahkan segala rahsia yang tersembunyi di sekolah tersebut melalui perbicaraan ini. Tiada kisah cinta dalam drama ini ye, walaupun nampak Bae Joon Young itu sukakan pada Ko Seo Yeon tapi Ko Seo Yeon tu nampak friendly dengan semua orang. Antara watak yang Berjaya mencuri perhatian aku adalah watak Choi Woo Hyuk yang merupakan pelajar bermasalah, anak orang kaya dan buat sekolah tu macam sekolah bapa dia je haha. Senang – senang hati dia nak buli, pukul pelajar lain, pendek kata dirinya sangat ganas dan cepat marah. Manakala pihak sekolah pula akan sentiasa menutup kesalahannya tanpa mengambil apa – apa tindakan. Satu lagi watak yang menarik adalah Lee Joo Ri yang memang gila, dia ini sangat anti dan bencikan Choi Woo Hyuk sebab Choi Woo Hyuk selalu membuli dirinya dengan cara yang sangat kejam dan membuatkan Lee Joo Ri yang merupakan saksi utama kes kematian Lee Soo Woo ini dengan sengaja menuduh Choi Woo Hyuk sebagai pembunuh Lee Soo Woo. Apapun personality Lee Joo Ri ni juga agak annoying juga, suka menipu, suka menjerit, suka marah – marah dan macam – macam lagi.
Korean Drama Solomon's Perjury akan digantikan dengan Drama Korea Terbaru Strong Woman Do Bong Soon.
Selain itu, sebahagian daripada guru – guru di sekolah berkenaan juga sangat annoying tapi ada juga beberapa guru yang baik. Drama ini ada banyak twist juga disamping Lagu Tema / OST Solomon’s Perjury ini juga biasa – biasa saja bagi aku. Manakala Ending drama ini happy ending, dimana semua persoalan akan terjawab di episod akhir drama ini dan yang jahat akan dapat pembalasan. Manakala semua yang terlibat dalam perbicaraan tersebut memulakan hidup baru yang lebih baik. Aku bagi 6.7 Bintang dari 10 Bintang untuk Drama Solomon’s Perjury ini.

2 ulasan:

  1. Kalau cerita pasal budak sekolah ni, saya kurang sikit tapi kalau so ji sub or shi min ah yang berlakon, maybe saya boleh consider tengok kot. Heheh

    http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/

    BalasPadam
  2. menariknya. dulu peminat cerita korea jugak. done follow ya sis :)

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017