-->

15 Sep 2010

SeLaMat HaRi MaLaySiaa...(16 September 1963)


SeLaMat menyaMbut Hari MaLaysia (16 September 1963) kepada seLuruh Rakyat Malaysia..semoga kita sentiasa menghargai dan bersyukur atas apa yg kita nikmati hari ini..walaupun mungkin sesetengah orang x tahu pun apanya hari Malaysia tuh..maklumlah x ramai bebudak laa ni yg minat sejarah, yg nak tau seJarah Negara kita..ruginya kalau ramai yg bersikap sedemikian…sedangkan ianya amat menarik..dan berguna utk kita…apa pun tepuk dada Tanya selera laa….jom kita baca sedikit sebanyak coretan yg sempat aku taip ni..aku amik dan rujuk drp buku (Peristiwa 13 Mei:SejaraH PerhuBungan Melayu-Cina (Leon Comber:diterjemah oleh Omardin Haji Ashaari))..



Pada 27 Mei 1961, TunKu Abdul Rahman, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah dijemput utk berucap didlm suatu majlis makan tghari oleh Persatuan Wartawan Asing Asia Tenggara di Singapura. Di dalam ucapannya selepas mkn tghari itu, beliau telah mencadangkan agar sebuah ‘Perikatan Agung Malaysia’ dibentuk yg terdiri drp Tanah Melayu, Singapura, Sarawak, Borneo Utara (Sabah) dan Brunei.


Negeri2 Malaysia yg baru telah wujud secara rasmi pada 16 September 1963. Sultan Brunei yg pada mulanya bersedia utk bergabung dgn Malaysia tetapi akhirnya bertukar fikiran disebabkan oleh baginda tidak berpuas hati dgn peraturan kewangan. Penggabungan tersebut akan merugikan Brunei, lebih-lebih lagi Brunei merupakan sebuah Negara yg kaya dgn minyak. Barangkali disebabkan itu juga, permintaan baginda utk disamakan tarafnya dgn Raja-raja Melayu di Semenanjung Malaysia tidak diterima. Namun Singapura telah menarik diri dari Malaysia pada pertengahan tahun 1965.


Pada asalnya , Tunku Abd Rahman bertujuan utk mewujudkan Negara baru itu pada 31 Ogos 1963, tetapi kelahirannya itu telah dilewatkan sehingga pada bulan yg berikutnya disebabkan oleh tentangan drp Indonesia dan Filipina..
Setakat ni jela yg aku petik drp buku tersebut..tulis pjg2 pun bukan org baca sgt pun kan hehehe..lagipun buku tuh lebih menjurus ttg hal2 sebelum, semasa dan selepas 13 mei…


Anyway…seLaMat Hari MaLaysia…k….utk semuaaa…………daaaa….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017