-->

13 Mac 2017

English TV Series 2017 Yang Aku Layan

English Drama Imposters ini dilakonkan Inbar Lavi, Rob Heaps, Parker Young dan ramai lagi
English TV Series 2017 Yang Aku Layan

Assalammualaikum,
Berbanding Drama Korea ataupun Drama Melayu, Drama Orang Putih ni memang jarang benar aku tonton hahaha tapi ada juga English Drama yang aku suka tonton masa dulu - dulu antaranya ialah Desperate Housewife dan Merlin. Bila kedua - dua drama tersebut dah tamat dan tak akan disambung ke musim yang baru maka sedihlah jawabnya hahaha terutamanya lepas Merlin tamat, plus endingnya juga menyayat hati, susah betul nak move on dari Merlin dan Arthur ni tau. Sekarang ini aku tengok Drama Baru yang bertajuk Imposters yang dilakonkan Inbar Lavi, Rob Heaps, Parker Young dan ramai lagi. Mengisahkan tentang Maddie yang merupakan Con Artist yang menipu ramai lelaki dan mencuri semua duit mereka dan seterusnya melarikan diri dan kemudiannya mencari mangsa yang baru. Boleh tahan jugalah drama ini, especially masa lelaki - lelaki tersebut yang ditipunya bergabung dan bekerjasama untuk mencari Maddie itu. Kelakar pula tengok wajah Maddie yang terperanjat betul bila tengok kedua - dua lelaki berkenaan dengan seorang lagi perempuan muncul di depannya secara tiba - tiba hehe.
                                  Review dan Sinopsis English TV Series The Shannara Chronicles
The Shannara Chronicles ini aku tonton di TV3 je tapi itu pun kadang - kadang je sebab kadang - kadang aku terlupa pula nak tengok hahaha. Kalau nak baca Review atau pun Sinopsis The Shannara Chronicles ni bolehlah Klik ➔ SiNi.  
English TV Series Suits Season 1 - 6, Drama Suits ini dilakonkan oleh Gabriel Macht, Patrick J, Adams, Rick Hoffman, Megan Markle, Sarah Rafferty, Gina Torres
Masa season 1 hingga season 4 aku tidak begitu minat dengan drama Suits ini, kadang - kadang je tertengok tapi aku tak rasa best pun sampailah masuk ke musim kelima Suits ini, baru aku rasa jalan ceritanya mula jadi best dan menarik apabila semua struggle nak selamatkan firma guaman tersebut serta Mike Ross yang berada dalam dilema sama ada nak terus setia dengan Harvey dan firma guaman itu ataupun selamatkan diri sendiri dari masuk penjara kerana dia menipu untuk menjadi peguam. Mike akhirnya memilih jalan untuk setia dan terpaksa masuk penjara untuk selamatkan Harvey dan semua yang lain. Di penjara pula dia mengalami pelbagai kesukaran termasuklah ancaman untuk dibunuh. Sekarang ini dah masuk musim ke-6 pun, Mike dah keluar penjara, Jessica pula dah keluar dari firma guaman tersebut dan akan berhijrah ke tempat lain. Apa pun aku suka tengok persahabatan dan kesetiaan antara watak utama dalam drama Suits ini. Drama Suits ini dilakonkan oleh Gabriel Macht, Patrick J, Adams, Rick Hoffman, Megan Markle, Sarah Rafferty, Gina Torres dan ramai lagi.
The Walking Dead Season 1 -7
Berbanding dengan drama - drama english dekat atas tu, Drama The Walking Dead ini aku tengok secara online saja dan aku baru tonton The Walking Dead ini sampai pertengahan episod Musim Ketiga drama ini, nampak tak tertinggal kereta api betul aku ni hehehe. Sekarang ini aku dah stop sekejap dari tengok drama The Walking Dead ini. Nanti bila ada masa baru sambung kembali hehe. Disamping drama - drama diatas ini, aku juga suka menonton drama Law & Order yang merupakan antara drama terpanjang gitu. 

3 ulasan:

  1. Hehe dalam banyak2 nie the walking dead je elsa tengok itu pun tak follow sangat

    BalasPadam
  2. DRAMA-DRAMA NI BEST..TAPI BILA SAMBUNG SEASON BARU & TERLEPAS TENGOK MULA JADI MALAS NAK LAYAN GITU...HAHAH...MACAM CERITA SUPERNATURAL...SAMPAI DAH BERMUSIM-MUSIM...PENAT AHKAK...HAHAHAHIMPOSTER DAH START EHH..HARITU INGAT NAK LAYAN SEBAB TENGOK IKLAN MACAM BEST..TAPI TERLUPO EDEN...

    BalasPadam
  3. cerita orang putih ni jarang aku layan..

    BalasPadam

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017