-->

18 Mac 2017

Sinopsis Telemovie Hisyam dan 3 Hantutiyers

Sinopsis Telemovie Hisyam dan 3 Hantutiyers, Senarai Pelakon Telemovie Hisyam & 3 Hantutiyers, Fatiya Latiff, Luqman Hafisz, Namron, Altimet, Mark Adam, Zain Hamid,
Sinopsis Telemovie Hisyam dan 3 Hantutiyers ( Astro Citra & Mustika HD)

Assalammualaikum..
Telemovie Hisyam dan 3 Hantutiyers ini adalah Telemovie ketiga yang disiarkan di bulan Mac ini, di Astro Citra dan Astro Mustika HD, bermula dengan Telemovie Cupid, Kekasih Elektrik dan kini telemovie Hisyam & 3 Hantutiyers. Telemovie ini akan disiarkan pada 18 Mac ini dan dilakonkan oleh Fatiya Latiff, Luqman Hafidz, Namron, Altimet, Mark Adam, Zain Hamid dan ramai lagi. Juliana Evans turut membuat penampilan khas dalam telemovie Hisyam dan 3 Hantutiyers. Selain itu, telemovie ini diarahkan oleh Syed Fariz dan diterbitkan oleh Anomalous@Suar Channel. Tajuk telemovie ini juga dah unik, jadi jalan ceritanya pun pasti unik dan menarik juga kan, apa pun jom tengok sinopsis ringkas telemovie ini dibawah ye..

Sinopsis Telemovie Hisyam dan 3 Hantutiyers

Mengisahkan Tiga hantu cuba untuk membantu seorang lelaki bernama Hisyam yang dipercayai telah mati serta amnesia selepas terlibat dalam sebuah kemalangan. Mereka semua cuba untuk mencari mayat Hisyam dan mereka juga dibantu oleh seorang bomoh bernama Pak Tam. Apa yang bakal berlaku seterusnya?..

4 ulasan:

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017