-->

7 Jul 2012

SaNTaU!!


Assalammualaikum..
okey hari tuh dalam berblogwalking...jumpa pasal benda nih..saja la nak share kat sini gak..moga2 kita dilindungi dari perkara2 yg x baik..walaupun sekarang zaman moden..kita memang x dpt menafikan tentang wujudnya perasaan x puas hati orang lain pada kita lalu menyebabkan mereka membalas dendam secara halus kepada kita..mungkin juga bila kita ke tempat2 yg baru dan ada org x suka dgn kehadiran kita,mungkin juga ada org sengaja nak test2 ilmu yg ada lalu kita yg menjadi mangsa..apa yg aku maksudkan adalah mengenai Santau..Santau atau juga dikenali sebagai tuju-tuju, merujuk kepada sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh. Secara umum, santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin.Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Makanan seseorang itu ditaruh miang buluh, kaca, serbuk Ipoh, bisa besi, dan lain-lain. Bahan-bahan tersebut akan memasuki perut seseorang dan akan melukakan bahagian dalam perut.

 Musuh yang termakan racun santau ini akan muntah darah, pitam, pengsan dan meninggal dunia. Terdapat juga jenis santau yang hanya perlu diletakkan pada baju atau kasut mangsa. Bagi santau jenis ini, serbuk kaca atau buluh akan menyebabkan rasa miang yang menyebabkan mangsa menggaru. Perbuatan ini akan melukakan kulit mangsa dan membolehkan bahan racun ramuan santau memasuki saluran darah, dengan itu meracun mangsa.
Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.
Menurut kepercayaan juga, pengamal ilmu santau sukar atau tidak dapat zuriat disebabkan bisa santau yang diamalkan oleh mereka mampu membunuh zuriat yang dikandung oleh isteri mereka.
saja je aku nak share benda ni kat blog..moga benda ni semua dijauhkan dari kita semua..

Antara cara untuk mengatasi dari disantau dengan membaca2 ayat2 dan doa2 seperti dibawah insyaallah dengan Izin Allah S.W.T ianya akan melindungi kita..selain tu sentiasa dekatkan diri dengan ALLAH S.W.T..
gambar kat atas ni credit kepada Blog http://noorikmal.blogspot.com
Ada sesiapa pernah mengalaminya atau ada keluarga,kwn2 terdekat yg alaminya?
Read More »

6 Jul 2012

Episod MasterChef yg PaLing Sweet ^_^

Assalammualaikum..
Sape kat sini layan Masterchef..hehehe
Aku suke tgk Masterchef nih..best jer..minggu depan adalah minggu terakhir..
Selebriti yg tinggal hanyalah 5 org sahaja..iaitu Dato Fazley.Soo Wincci,Angah Raja Lawak,Farouk Hussein dan Juliza Azlizan..penyingkiran yg paling sedih bagi aku bila ToMok kuar..haha..dia sebelum nih dah 6 kali masuk pusingan penyingkiran..tapi bernasib baik sentiasa terselamat.,tapi penyingkiran yg ke-7 die sudah terkeluar..sedih masa die tersingkir n masa die nak bagi ucapan tuh mmg die mcm nak menangis jer tapi tetap maintain xnak nangis..tapi tersekat-sekat ucapan die..suke tgk tomok dlm Masterchef sbb nanpak die mcm budak baik jer dalam tuh haha..ingat lagi masa den sekolah2 dulu mmg minat giler ngan tomok ni tapi skrg tidak lagi sbb minat den dah berpaling tadah haha den dh terminat ngan JOZAN plak hehehe ..kat Masterchef aku suke tengok dan aku sokong Dato Fazley..die nmpk sangat baik sangat cool sangat pandai masak dalam M.Chef tuh..byk kali die menang cabaran memasak dlm MasterChef tuh..
Dato Fazley nih mmg sweet giler sentiasa tolong dan bantu rakan2 lain dalam M.Chef tuh..susah nk nmpk die marah2 dlm M.Chef tuh..pendek kata Dato Fazley mmg terbaik laa..dan aku rasa die ada peluang besar utk menang dlm MasterChef tuh..selasa yg lalu Azwan Ali yg terkeluar..lega sikit die kuar hehehe..ada satu episod dalam Masterchef tuh yg aku rasa sangat best sgt2 bila ada dato Siti Nurhaliza jadi juri jemputan..episod tuh sweet glerrr..paling sweet bila tengok reaksi Dato Fazley bila ternampak Siti Nurhaliza dlm Master Chef..die terkejut gler kata ko..mcm nampak hantu jer..mmg berubah benar muka D.Fazley masa nih..suke tgk D.Fazley terkejut mcm tuh hahaha sweet jer..Korang semua tau kan dulu ada gosip yg D.Fazley dan D.Siti Nurhaliza bercinta..ni kira kisah dulu2 la..dikatakan D.Fazley pernah rapat ngan D.Siti semasa D.Fazley menguruskan Konsert Siti kat Royal Albert Hall kt London dulu..sampai makanan Kegemaran Siti pun Fazley tahu sbb tuh masa cabaran memasak tuh Dato Fazley memilih utk masak Karipap Sardin sbb die tahu tuh kegemaran Siti..n die tahu yg Siti juga suka makan pedas so sweet..dan Siti pun tahu yg Dato Fazley anak sulung dlm keluarganya..nampak dua2 org ni mcm spechless je hehe...

Ada beberapa kali Dato Fazley tergagap sikit bila bercakap ttg Siti antaranya " pertama kali saya pikir saya nak buat karipap sardin sebab saya tahu... ehemmm.. saya jangka dia suka karipap sardin.. hahaha... seterusnya die cakap "walau pon SAYA TAHU....errmm ehemmm...walau pon SAYA JANGKA dia suka pedas"...hahahaha die tersebut yg die tahu apa yg siti suka makan tapi bila tersedar yg die x patut cakap die tahu terus die tukar dri perkataan tahu kepada perkataan Jangka haha pastu die berdehem n senyum2 hehe sweet gler..die ada gak cakap mungkin Masterchef sengaja nk mengenakan die hahaha..so kat bawah ni aku sertakan videonyer sekali..korang leh tgk dari awal..tapi kalau korang nk tgk masa Siti Nurhaliza dh masuk..korang leh tengok video tuh bermula minit ke-20 dan ke atas..diorang buat karipap paling best..nampak Siti mcm releks jer bila cakap ngan Fazley hehe..cuma Fazley yg nmpk sikit spechless tuh..n last sekali Siti pilih Fazley jadi Juara untuk sajian Karipap..teringat pula masa kat Konsert AF masa Aznil dok mengusik Dato Fazley ngan Siti Nurhaliza..tapi diorang x de jodoh kan..masing2 dh ada keluarga sendiri skrg...

Mcm2gosip pernah keluar masa dulu tapi tak tahu la betul ke x..sebab benda ni semua gosip jer..
ada gak yg cakap D.Fazley pernah rapat ngan Siti tapi x sampai tahap bercinta pun..tapi xpela..ni semua kisah dulu kan..xpayah kenang balik..masing2 dah bahagia sekarang dgn keluarga sendiri..
apa pun harap diorang bahagia..dan semoga Dato Fazley menang Masterchef..
aku selalu post link entry kat twitter tapikan entry ni dahla aku dok cite pasal Dato Fazley n kat Twitter plak Dato Fazley follow aku..haha masak la aku lau die baca hehe..Dato Fazley jangan marah ye gurau2 je ni hehe..dato Fazley kan sporting ^_^ hehehe Okeylaa meh tengok video Masterchef yg paling sweet kt bawah nih..




Read More »

5 Jul 2012

New KoReaN DraMa-BiG (So Nice ^_^)

Assalammualaikum...apa khabar semua...
hari ni saja nak share 1 drama yg best..bagi yg minat drama Korea..korang patut tengok drama Korea yg terbaru nih yg bertajuk BIG tajuk die mmg x boleh blah mcm xde tajuk yg lagi best kan..tajuk tuh gak die nak guna..tapi jalan cerita sgt sweet bagi aku..drama ni antara yg terbaru di Korea panas2 lagi baru keluar dari oven jer ni n masih ditayangkan di Korea lagi sekarang ni baru masuk episod 10 ada baki 6 episod lagi lau x salah..so ending cerita ni masih x tahu..waaaa kenapa lambat sangat adoiii...
korang bayangkan bila ada dua lelaki sorang berumur 18 tahun sorang lagi 30 tahun..kedua-duanya kemalangan dan tenggelam..tapi dua-dua terselamat..tapi roh budak lelaki berumur 18 tahun tuh telah termasuk dalam badan lelaki yg berumur 30tahun tuh manakala sorang lagi telah koma..Bayangkan bagaimana seorang remaja nak hidup seperti seorang lelaki dewasa dan bekerja sebagai doktor dan die terpaksa hidup dalam badan orang lain..Lagi best bila lelaki yg berumur 30an tuh ada tunang dan tunangnya tuh adalah guru kepada budak lelaki yg berumur 18 tahun tuh tadi hahaha..
Maknanya kedua-dua lelaki berkenaan ada kaitan ngan seorang perempuan yg bernama Gil Da Ran yg mana dia adalah tunang dan guru kepada kedua-dua lelaki tersebut..dan Gil Da Ran nih memang tahu yg roh anak muridnya telah masuk kedalam badan tunangnya..haha jadi banyak la benda2 lucu berlaku..kemudian keluarga Gil Da Ran mendesak supaya dia cepat2kahwen sbb dah bertunang lama dh..maka keadaan lebih kelam kabut..sedikit demi sedikit pelajar nya itu mula suka dengan gurunya sendiri..tapi gurunya iaitu Gil Da Ran dh reject sebab die hanya menganggap pelajarnya yg berada dlm badan tunangnya tu hanya seorang budak kecik yg belum matang hahaha..kemudian diorang berpisah selama setahun..dan dalam tempoh masa setahun pelajarnya itu cuba melengkapkan diri untuk menjadi lebih matang dan dewasa dengan lebih cepat..
Akhirnya selepas setahun diorang bertemu dan berhubungan semula..akhirnya pelajarnya mengajar Gil Da Ran kahwin jer habis cite haha..guess what..atas desakan keluarga dan mcm2 perkara yg berlaku..Gil Da Ran berkahwin juga dengan pelajarnya yg kini berumur 19 tahun..hehe dan selepas berkahwin hubungan diorang macam biasa jer..tapi lama kelamaan Gil Da Ran mula jatuh hati sedikit demi sedikit dengan pelajarnya tu haha..tapi keadaan makin sukar bila kelihatan roh mereka iaitu roh lelaki yg berumur 30dan 19 tahun tuh mula kembali ke badan asal..tapi sekejap jer dalam beberapa saat jer..jadi Gil Da Ran mula bimbang bila die risau akan kehilangan pelajar yg dicintainya..episod yg latest aku tengok baru aku tau Budak lelaki yg berumur 19 tahun dan lelaki yg berumur 30 tahun tuh rupanya adik beradik 1 ayah lain mak..tapi dua lelaki berkenaan x tahu yg mereka adik beradik..patutla badan/roh leh tukar2..haha..
lelaki yg berumur 19 tahun tuh sebenarnya ada kawan perempuan.yg mmg fanatik dan obses dgnnya..yg bernama Jang Mari..dan Jang Mari akhirnya tahu juga rahsia dirinya yg dirinya telah terperangkap dlm badan orang lain..mcm2 caralah yg Jang Mari buat untuk mengembalikan rohnya ke badan asal mcm jumpa bomoh dan sebagainya..mmg kelakar cerita nih..sedih pun ada..jadi sape yg minat tengok cerita korea..haruslah tonton drama ni..bagi yg x minat layan gambar dh la ahaha..
dengar cerita skrip drama ni ditulis oleh penulis skrip drama2 popular seperti drama My GirL,My Girlfriend Is A Gumiho,Greatest LoVe..patutlah jalan cerita drama nih best rupanya penulis skrip sama..haha..
Dari segi pelakon2 nya memang muka2 pelakonnya aku dh kenal dri drama2 sebelum2 ni..antaranya Hero drama ni adalah hero drama cite Coffe Prince manakala Heroin yg pegang watak Gil Da Ran nih pernah berlakon dlm drama popular Boys Over Flower..manakala Jang Mari ni adalah pelakon dalam cerita Dream High..haha jadi ketiga mereka bergabung dalam drama BIG ni..Hero drama nih mmg handsome..hehe pastu karakter die ala2 remaja gitu..sweet gler..kelakar pun ada haha..
Sygnyer x tahu laa ending drama nih cmne..aku suke kalau Gil Da Ran ngan student die jer sbb diorang dh saling menyukai..tapi dapatkah Gil Da Ran menerima dan masih menyukai student/pelajarnya bila rohnya dah kembali ke badan asal..??aku pun konpius dah..cmne lak ngan reaksi diorang bila mereka tahu mereka adik beradik pastu minat perempuan yg sama lak tuh..haha..interesting drama nih..awalnya masa tgk sinopsis drama ni nmpk mcm bowink sikit..sbb nampak klise mcm drama lain..bila dh tgk baru rasa drama ni best dan menarik..hehe
Eksaited punya pasal terus buat entry pasal drama BIG nih sedangkan episodnya x habis tayang lagi hehehe..aku belum buat review drama Korea yg dh habis aku tgk iaitu Rooftop Prince dan Queen In Hyun's Man..terus dh buat entry nih hehehe..


Read More »

4 Jul 2012

WoRDLess WedNesday-Kucing yg cemBuRu!!

amboiii montel2 kucing ni semua gerammmm..rasa nk culik jer sorang dua hehehe..
kucing putih tuh cemburu ek..dan akhirnya menjadi penghalang dan pemisah hahaha....
Read More »

3 Jul 2012

RevieW FiLeM Hoore Hoore ^_^


Assalammualaikum..
okey hari ni saja nk uat review mengenai filem Hoore Hoore..
ikutkan malas nak uat review tapi bila memikirkan banyak aspek positif yg ada dalam filem nih maka review aku diteruskan hehehe..
antara yg menarik dalam filem ni mestilah dari segi muzikalnyer..sbb diselitkan dengan lagu2 Sudirman..seperti yg semua tahu kebanyakan lagu2 Allahyarham Sudirman memang sedap2 belaka dan popular..jadi lagu2 beliau diselitkan dalam filem dan dinyanyikan sendiri oleh pelakon2nya..antara lagu yg ada Merisik Khabar,Balik Kampung,Pelangi Petang,Ayah Ibu,Hoore Hoore dan banyak lagi..seterusnya banyak mesej2 positif yg diselitkan dalam filem ni contohnya Jangan berputus asa dalam mengejar Impian,Yakin pada diri sendiri,Kawan Sejati xkan pernah berubah hati,Kecantikan seseorang itu terletak pada hati yg suci,belajar menerima kekurangan dan kelemahan diri dan banyak lagi..Filem ini sangat santai dan sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat..

Filem ni mmg tgh ligat dimainkan di Astro First hehehe..dari segi lakonan semua pelakon memberikan yg terbaik..suke tengok AKim dalam filem ni..watak die mmg baik jer.. gentleman habissss hehehe..
suke gak tgk lakonan Fauziah Nawi dlm filem ni yg memegang watak nenek,dialah yg memberi sokongan dan semangat kepada cucunya utk masuk pertandingan Ratu Idola tuh..sygnyer filem ni x berapa laku dipawagam..mungkin sbb pelakon utamanya x berapa nk popular kecuali Akim jer..apa pun aku bagi 3.2 bintang untuk filem ni dri 5 bintang ^_^ meh tgk sinopsis filem ni..
SiNopSis
Filem Hoore Hoore mengisahkan seorang wanita bertubuh besar Nurul Aiman yang mempunyai tubuh yang agak gempal dan tidak terlalu cantik, bendul tapi berhati baik. Namun begitu, ciri-ciri kewanitaan tetap ada seperti gadis-gadis yang lain. Aiman mempunyai 2 orang sahabat baik Lana dan Azadan, mereka adalah rakan sekampung dan satu sekolah. Hubungan mereka erat dan mesra. Ibunya bernama Lia, dan ayahnya bernama Hairil. Nenek Aiman bernama Nenda Zaimah dan tinggal tinggal bersama mereka.

Di sekolah Aiman mempunyai seorang kawan bernama Johari, seorang yang tampan dan segak. Dalam diam Johari menyukai Aiman. Dalam pada itu, Lana dan seorang rakan sekolah yang lawa dan popular bernama Rita juga sangat meminati Johari. Rita seorang gadis yang ego dan sentiasa cari pasal dengan Aiman. Ayah Johari pula ialah seorang Ustaz iaitu Cikgu Murshid.
Pada masa yang sama, Aiman tergerak untuk menyertai pertandingan Ratu Impian yang di anjurkan oleh sebuah majalah. Rita juga menyertai pertandingan itu. Mengetahui yang Aiman juga menyertai pertandingan itu, Pelbagai rintangan yang dihadapi oleh Aiman bukan saja dari musuh ketatnya Rita tetapi masyarakat memandang serong akan niatnya itu

P/s-haha ramai plak yg tanya pasal cite Jozan..Zizan ada di JePuN skrg..shooting Travelog selama 13 hari disana..manakala dikhabarkan JOHARA ERA cuti seminggu ek..dgr cite Johan plak gi Thailand shooting gak kot..hjung minggu baru balik Msia..fuyooo JOZAN diluar negara tu...dasyat..masing2 mmg jadi rebutan hehe..dua2 xde kat Msia..

Read More »

2 Jul 2012

DeJaVu in My BLoG


Assalammualaikum..
perasan x bila masuk blog nih ada dengar lagu baru hehehe..
dulu lagu lain yg sememangnya aku suka sgt dgr yg bertajuk Bila Cinta yg merupakan OST filem Lagenda Budak Setan tapi dlm versi instrumental..konpius gak mula2 sama ada nak tukar ke tak nak..last aku tukar..sbb dh lama sgt lagu Bila Cinta dlm blog nih..lagu terbaru ni bertajuk Dejavu nyanyian asal dri Shila Amzah yg juga merupakan OST Filem Aku Kau dan Dia yg sedang ditayangkan dipawagam skrg..ramai yg cakap filem tuh best ala2 Filem Ombak Rindu cuma pelakonnya x berapa nk famous sgt kecuali Remy Ishak jer..
lagu Dejavu dlm blog ni masih berbentuk Instrumental..korang suke dgr lagu lama or lagu baru ni ek yg ada dlm blog aku ni??meh aku share video klip lagu ni nyanyian Shila Amzah..lagu ni sedap tapi liriknya sedih bangat dong..x caya meh tgk &dgr...


LiRik LaGu Dejavu-Shila Amzah

Aku bukan lemah tanpa cinta
Hanya tidak mampu sendiri tanpanya
Biarkan aku menangis kerna derita

Dia hadir mengubatkan rindu
Mengajarkan aku erti cinta
Namun semua tidak seindah ku sangka


[Chorus]
Dialah yang aku inginkan
Dia cinta yang kudambakan
Namun semua hanya tinggal mimpi
Terpisahnya cinta

Aku harus melupakannya
Aku harus memadam rasa
Namun hati tidak pernah mampu
Melepas kau pergi


Setelah sedar dari mimpi
Harus ku terus hidup tanpamu
Kini ku pasrah segalanya
Tentang cinta

Read More »

1 Jul 2012

FiNaL EURO 2012-SPAIN VS ITALI


Assalammualaikum..
ni entry ke-4 aku untuk hari ni..
sekali datang mood sampai 4 entry sekaligus aku post hehehe...
apa kes lak hari ni tetiba ada entry pasal BoLa nih..xde apela saje je nak buat heboh gak..
Hari ni atau lebih tepat lagi pagi ni nanti kan akan ada final EURO kan
so sape yg kaki bola mesti x sabarnyer..pagi nanti konform kecohnyer laa orang sorak GoLLLLL kat kawasan perumahan aku nih hehe..
sebenarnya ikutkan aku ni bukan kaki bola..tapi bolehlaa nak layan kadang2 kan..hehe
sebenarnya aku releks jer xdela fanatik sgt pasal Bola..aku ni lebih fanatik bila membabitkan mana2 perlawanan yg membabitkan pasukan Malaysia jer..semangat patriotik la kononnya..pasukan negara2 lain aku x berapa nk minat sgt..tapi Euro kan dh final hari ni rasa nak menyibuk gak la nk buat entry cite pasal final bola hehehe..Sape kt sini suka tengok Bola angkat tgn cpt!??hehe..

Korang sokong pasukan mana cerciter sikit..berapa skor gol agak2 korang masa perlawanan tuh nanti..?ramai sokong Spain ek??Itali?? hehe Golllllll..hahaha
selamat menonton BoLaaaa Uollsss....pada yg x minat bola terus tido hehe esok kerja laaa..diorang menang Malaysia x cuti hehehe...

P/s-ramai yg tanya link nak tengok filem Bohsia 2 tuh ktne..meh2 semua klik sini kalau nk tgk filem Bohsia secara online..KLIK SINI CEPAt!!!
Read More »

Review FiLeM BoHSiA 2:JaLaN KeMBaLi

Assalammualaikum...
semalam baru habis menonton filem Bohsia 2: Jalan Kembali..aku tgk online kat tenet jer..
well not bad gak laa..best jugak filem ni..aku paling suka part bila diorang ni semua start insaf bermula dengan Amy,Shamsul yusof(aku x ingat nama watak die plak hehe) dan Tasha..
lakonan Sofi Jikan mmg terbaiklah haha..seriau den tgk die jadi bohjan...nabila huda pun..
kesian Amy..dh la dh insaf tapi teruk kena buli dgn senior2 tua kat pusat pemulihan tuh..ngeri tuh...
dialog2 dlm filem ni mmg x boleh blah..haha perkataan die mmg kasar habis..hehe gua lu2 jer..der yg paling best of course la ada Zizan kan..part2 lawak mesti ada Zizan..part yg best time Zizan menyanyi dan menari tuh..tapi sekejap jer sebab si Keting(lakonan Sofi Jikan)dh dtg mengacau siap sempat tampar pipi Zizan lgi haha..
Kemudian part bomoh tuh pun mmg x boleh blah haha boleh plak  die suruh bomoh (harun salim bachik)bomohkan motor die supaya jadi laju utk merempit..motor kena santau la apalah mmg x boleh blah..hehehe..part Zizan nak mengorat Amy(Salina Saibi)tuh pun best gak hehe...by the way mmg banyak pengajaran la dlm filem nih..Teringat masa filem Bohsia 1-Jangan pilih jalan Hitam masa tuh ada Johan Raja Lawak hahaha..Bohsia 2 ada Zizan...Bohsia 3 ada lagi ker hahaha lau ada kena amik JOZAN laaa pasnih..hehe..apapun mmg best gak layan filem ni..aku bagi 3. 5 bintang utk filem nih dri  5 bintang ^_^ meh tgk sinopsis kt bawah ni...

Sinopsis filem Jalan Kembali Bohsia 2
Filem Jalan Kembali Bohsia 2 menceritakan tentang gadis bernama Amy, seorang ex-bohsia yang sudah bertaubat dan tidak mahu mengulangi sejarah hitamnya dengan menjejakkan kaki ke sebuah pusat pemulihan manakala Tasya, bekas rakan karibnya pula makin hanyut bergelumang dengan gejala haram dan tingkah lakunya dikawal ketat oleh Keting, teman lelakinya.
Seperti Amy, Muz juga telah bertaubat dan tidak mahu lagi bergelumang dengan kehidupan yang pernah sia-sia itu namun Muz dan Ijan sentiasa mencuba untuk meraih kemenangan dalam setiap perlumbaan motor yang diadakan.

Akan tetapi, keputusan Amy untuk meninggalkan pusat pemulihan adalah peluang keemasan untuk Keting memesongkan Amy ke jalan hitam. Walau bagaimanapun, dengan pertolongan daripada Muz dan Ejan, Amy dan Tasha mencari jalan untuk memusnahkan segala hasrat Keting yang ingin merosakkan lebih ramai lagi gadis – gadis yang lemah pegangan agama.

 p/s-dgr cite filem Bohsia 2 ni dh berjaya kutip RM5 Juta di panggung..
Read More »

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017