-->

15 Okt 2010

GaGal @ BerJaya..seMuaNya di taNgaN Kita seNdiri..


"Sekiranya kita sanggup menghadapi risiko dan bersikap berani, tidak ada sebab mengapa kita tidak boleh berjaya." - Tun Dr. Mahathir Mohamad, 16 September 1995, Kuala Lumpur.



YANG BERJAYA,YANG GAGAL...


Seorang yang berjaya sentiasa ada kerja yang nak dibuat
Seorang yang gagal sentiasa ada alasan yang diberi
Seorang yang berjaya sentiasa berkata "biar saya buat kerja ini untuk awak"
Seorang yang gagal sentiasa berkata "ini bukan kerja aku"


Seorang yang berjaya sentiasa melihat jawapan terhadap setiap masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah terhadap setiap jawapan
Seorang yang berjaya berkata "perkara ni susah, tapi tak mustahil dilakukan"
Seorang yang gagal berkata "perkara ni tak mustahil dilakukan tapi ia terlalu susah"


Seorang yang berjaya melakukan kesilapan akan berkata "aku dah silap"
Seorang yang gagal melakukan kesilapan akan berkata "ini bukan silap aku"
Seorang yang berjaya sentiasa memberikan komitmen
Seorang yang gagal sentiasa memberikan janji-janji


Seorang yang berjaya menyimpan azam & cita-cita
Seorang yang gagal menyimpan angan-angan tanpa usaha
Seorang yang berjaya berkata "Aku mesti lakukan sesuatu"
Seorang yang gagal berkata "Sesuatu mesti dilakukan"


Seorang yang berjaya sentiasa melihat peluang dalam masalah
Seorang yang gagal sentiasa melihat masalah dalam peluang
Seorang yang berjaya melakukan sesuatu hingga terjadi
Seorang yang gagal membiarkan sesuatu terjadi


Seorang yang berjaya belajar daripada kegagalannya
Seorang yang gagal hanya meratapi kegagalannya
Seorang yang berjaya menyaksikan keceriaan
Seorang yang gagal menyaksikan kesedihan..


semoga kejayaan menjadi milikku..

Tiada ulasan:

Catat Komen

Terima Kasih kerana sudi meninggalkan komen anda di sini. Sila komen dengan berhemah yer.

My Random Post

Design By Sis Hawa | Copyright Reserved By Miss Banu 2009-2017